BMW Malaysia meneruskan dominasi segmen sedan sport premium dengan memperkenalkan varian terbaharu BMW M340i xDrive M Sport Pro, model 3 Series paling berkuasa yang pernah dipasang secara tempatan (CKD).
Diperkenalkan sempena ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, model ini bukan sekadar satu lambang prestasi automotif, tetapi juga satu pernyataan gaya hidup maskulin untuk lelaki moden yang menghargai kelajuan, kemewahan dan teknologi pintar.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, “Selama lima dekad, BMW 3 Series telah menetapkan standard dalam pengalaman pemanduan yang benar-benar mengujakan dan berfokuskan pemandu.”
Beliau turut menambah, “Model ini merupakan simbol utama kepada kejayaan BMW dalam acara-acara penting tahun ini seperti Malaysia Autoshow dan MY BMW World, di mana kami meraikan kehebatan jentera ini bersama para peminat tempatan.”
Pakej Prestasi
Di sebalik garisan luarannya yang maskular dan tajam, BMW M340i xDrive M Sport Pro menawarkan pengalaman pemanduan yang berada dalam kelas tersendiri. Enjin 3.0 liter enam silinder sebaris BMW TwinPower Turbo menjana sehingga 387hp dan tork 500Nm.
Jentera ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 4.4 saat, satu pencapaian yang mencerminkan kejuruteraan prestasi tinggi BMW.
Sistem pacuan semua roda xDrive dan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport memberikan kelancaran dan cengkaman maksimum di pelbagai permukaan jalan.
Ads
Suara enjin yang garang digandingkan dengan kawalan stereng yang tajam membuatkan setiap selekoh terasa lebih puas dan berani.
Dengan suspensi adaptif M dan brek M Sport, pemanduan harian berubah menjadi satu pengalaman beremosi.
Reka Bentuk Premium, Teknologi Termaju
Bahagian dalam kabin disempurnakan dengan kemasan Sensatec, tempat duduk sport dan panel instrumen premium.
BMW Curved Display yang menggabungkan skrin 12.3 inci dan 14.9 inci menyampaikan info dengan kemas dan moden, manakala sistem operasi BMW 8.5 memastikan setiap kawalan mudah dicapai.
Ads
Tambahan sistem bunyi Harman Kardon 464W serta pencahayaan ambien memberikan sentuhan mewah untuk penumpang dan pemandu.
Di luar, model ini tampil dengan rim aloi ringan M 19 inci, rekaan gril Kidney ikonik BMW dalam Dark High Gloss, serta diffuser belakang dengan elemen Shadowline.
Setiap inci rekaan memberi isyarat jelas bahawa ini ialah sedan berprestasi tinggi dengan sentuhan premium.
“Model ini bukan sahaja menawarkan kuasa dan teknologi, tetapi juga mencerminkan evolusi gaya hidup pemandu moden,” ujar Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia sebelum ini yang juga memainkan peranan penting dalam pengembangan portfolio kenderaan BMW di Malaysia.
Harga jualan atas jalan tanpa insurans bagi BMW M340i xDrive M Sport Pro ialah RM388,800 dan hadir dengan pelbagai pelan pembiayaan menarik termasuk Easy Drive daripada BMW Group Financial Services.
Pelanggan turut menerima perlindungan komprehensif menerusi BMW Service & Repair Inclusive serta BMW Protection+.
Bagi lelaki moden yang tidak berkompromi dalam soal prestasi, gaya dan teknologi, BMW M340i xDrive M Sport Pro bukan sekadar kereta. Ia adalah manifestasi citarasa, keyakinan dan kekuatan dalam setiap perjalanan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menunggang motosikal untuk berjalan dalam jarak yang jauh sangat membosankan kecuali kita selitkan perjalanan tersebut dengan menyanyi.
Jangan pula anda tidak tahu bahawa menyanyi adalah satu terapi yang bukan sahaja menyegarkan malah memberikan semangat untuk berjalan jauh.
Selain menyanyi, anda juga boleh berzikir kerana menerusinya, anda pun dapat pahala dan perjalanan anda insya’Allah diberkati.
Semasa menunggang motosikal secara berseorangan, siapa lagi yang ada kecuali diri kita sendiri. Maka, tidak salah untuk menyanyi bagi meneman jiwa kita yang kesunyian.
Ia membantu mata dan otak anda untuk fokus ketika berada di jalan raya. Namun jika mata sudah benar-benar berat, berhenti dan berehatlah buat seketika.
Menyanyi semasa berada di atas motosikal boleh menghilangkan stress. Ini kerana anda mungkin menjerit atau menyanyi sekuat-kuat hati dan perasaan lega akan muncul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas pelancaran model Jazz Hibrid, Honda Malaysia sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai negara pertama selain Jepun membawa masuk model City Sport Hybrid i-DCD. Di Jepun, Honda City Hybrid dikenali sebagai Honda Grace.
Peluang ini tentunya tidak dilepaskan oleh Honda Malaysia susulan penjualan model hibridnya yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan.
Model sedan berkenaan kini dibuka tempahannya di 91 buah pusat jualan sah Honda. Berikut informasi ringkas perlu anda ketahui tentang Honda City Hybrid:
ENJIN:
Honda City Hybrid menggunakan enjin yang sama dengan Jazz Hybrid. Justeru itu, soal prestasi dan teknologi kedua kenderaan berkenaan tidak memiliki perbezaan yang signifikan.
Kuasa yang dihasilkan dari enjin City Hybrid memiliki persamaan dengan hamburan kuasa enjin 1.8 liter. Enjin sama yang dipakai oleh Civic generasi terdahulu.
Honda City Hybrid dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC bersama gabungan transmisi 7-kelajuan DCT (transmisi dual klac). Enjin bersama gabungan Integrated High Power Motor itu mampu menghasilkan kuasa 137PS dan tork maksimum 170Nm.
Di atas kertas, City Hybrid merekodkan kecekapan bahan api 3.9L/100km. Honda menggunakan bateri Lithium ion (Li-on) yang memiliki kapasiti tinggi dan lebih tahan lama bagi penghantaran kuasa lebih lancar.
CIRI PERALATAN:
Varian hibrid itu juga dilengkapi dengan pedal shifter bagi tukaran gear dengan hanya di hujung jari.
Ia juga dilengkapi dengan desain meter 3D yang merangkumi informasi aliran kuasa, meter sport, kecekapan bahan api, info pemanduan dan indikator ECO.
Lebih menarik City Hybrid juga mengekalkan ruang kargo 536 liter seperti varian petrol.
Selain itu, City Hybrid dipadankan dengan paparan audio 6.8 inci, panel sentuh bagi pendingin hawa, lampu nyalaan siang, lampu belakang LED dan rim aloi dua tona warna bersaiz 16 inci.
CIRI KESELAMATAN:
Demi ketenangan minda pemilik, Honda Malaysia menawarkan segudang peralatan keselamatan terdiri daripada empat beg udara, ABS, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), paparan kamera undur dan signal berhenti kecemasan (ESS).
WARNA:
Lunar Silver Metallic (perak), Modern Steel Metallic (kelabu) dan White Orchid Pearl (putih).
WARANTI:
5 tahun bersama perbatuan 10,000km tanpa had perbatuan
HARGA:
Harga jualan Honda City Hybrid RM89, 200 seunit (tidak termasuk insurans)
Apa perasaan anda bila sedang menunggang motosikal, tiba-tiba terasa seperti ada jerutan di leher, dan anda tak boleh berhenti kerana dikelilingi kereta yang laju?
Itulah mimpi ngeri yang dialami oleh seorang lelaki berusia 27 tahun, Muhammad Faris Rosaidee seorang penjawat awam yang nyaris kehilangan nyawa gara-gara tali layang-layang yang melintang di jalan.
Insiden yang berlaku sekitar jam 6 petang di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Tasik Metropolitan Kepong ini bukan sekadar satu lagi berita sensasi ia adalah kisah amaran buat semua lelaki yang setiap hari menjadikan jalan raya sebagai laluan hidup. Terutamanya para penunggang motosikal.
Dalam nada tenang namun jelas masih tergamam, Faris berkongsi detik cemas itu: “Saya tak boleh berhenti sebab kiri kanan kereta. Cuma boleh perlahankan motosikal dan tunggu tali dekat leher putus sendiri,” katanya.
Ketika kejadian, Faris dalam perjalanan dari Batu Caves menuju ke Bandar Sri Damansara. Seperti biasa, MRR2 menjadi laluan pilihan. Tapi hari itu lain – tali layang-layang yang halus dan hampir tidak kelihatan mula-mula singgah di badan, kemudian naik ke dada dan terus ke leher.
Tiga lapisan perlindungan –jaket, baju dan beg galas semuanya koyak, malah kesan luka melecur di bahu menjadi bukti betapa tajam dan berbahayanya tali tersebut. Mujur Faris memakai penutup muka khas yang turut melindungi leher, jika tidak mungkin lain ceritanya.
Faris bukan mangsa pertama dan jika tiada tindakan, dia juga bukan yang terakhir. Bermain layang-layang bukanlah satu kesalahan. Tetapi bila tali dibiarkan melintang di lebuh raya, ia bukan lagi permainan itu adalah senjata maut yang tak nampak mata.
Apa yang membimbangkan, tali jenis ini kadang-kadang diikat dengan kaca (tali ‘gelasan’) boleh menyebabkan kecederaan serius, termasuk memutuskan salur darah leher. Sekilas pandang, ia mungkin kelihatan seperti benang halus, tapi impaknya… setanding dengan pisau.
Keselamatan diri bukan hal remeh. Ia satu keutamaan. Berikut langkah yang boleh menyelamatkan nyawa:
✅ Pakai penutup leher atau scarf riding – bukan sekadar gaya, ia lapisan pertahanan pertama. ✅ Gunakan visor tertutup penuh – elak tali terkena terus ke muka atau leher. ✅ Tingkatkan kesedaran komuniti – laporkan kawasan berisiko kepada pihak berkuasa. ✅ Pilih laluan alternatif jika ada – terutamanya di musim orang galak bermain layang-layang.
Faris telah membuat laporan polis dan aduan kepada DBKL. Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membahayakan pengguna jalan raya. Beliau turut memuat naik video insiden untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.
“Saya risau kalau perkara ini berlaku kepada orang lain. Saya masih bernasib baik,” katanya.
Tali layang-layang bukan musuh utama. Tapi sikap ambil mudah itulah punca utama. Ride safe, bro. Nyawa bukan mainan.
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.