Pengenalan kereta elektrik kini semakin ditunjangi oleh pelbagai jenama automotif dalam peranan mereka ke arah kelestarian alam. Begitu juga dengan jenama kereta premium, BMW yang menampilkan salah sebuah model terbarunya, BMW i7.

Terbaru, BMW Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi jentera elektrik BMW i7 terbaharu iaitu sebuah kereta sedan elektrik tulen yang sulung dan yang dinanti-nantikan ramai dalam kelasnya.

Bukan itu sahaja kemunculan jentera ini bakal memperkayakan lagi barisan kenderaan elektrik premium serba mewah di bawah BMW Group untuk pasaran Malaysia.

BMW Malaysia Umumkan Harga Pasaran Jentera Elektrik Terbarunya BMW i7

Jentera elektrik BMW i7 yang baharu ini hadir dalam varian M Sport dan merupakan antara model terkini yang diperkenalkan oleh pengeluar kenderaan premium ini bagi portfolio BMW 7 Series, di samping varian-varian BMW 750e xDrive terbaharu dan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu yang dirungkaikan pada tahun ini.

IKLAN

Tampil dengan 544 kk (400kW) dan jarak operasi sejauh 600 kilometer (WLTP), BMW i7 elektrik terbaharu mempersembahkan bahasa reka bentuk BMW yang terkini – dinamakan “Forwardism”, untuk kelas mewah.

BMW Malaysia Umumkan Harga Pasaran Jentera Elektrik Terbarunya BMW i7

Lampu hadapan kristal BMW Iconic Glow dalam bentuk terbahagi di samping bingkai gril ‘kidney’ yang menonjol dengan iluminasinya mencungkil pesona sedan mewah ini yang tersendiri, disinambungkan dengan aneka kelengkapan kelas pertama serta ambien yang bersofistikasi tinggi.

IKLAN

BMW Malaysia Umumkan Harga Pasaran Jentera Elektrik Terbarunya BMW i7

Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 8,401.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

Pemilik jentera elektrik BMW i7 xDrive 60 yang baharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW
• Servis Dalam Talian BMW

IKLAN

BMW Malaysia Umumkan Harga Pasaran Jentera Elektrik Terbarunya BMW i7

Harga jualan bagi BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu dengan Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah RM 729,800.00.

Untuk info lanjut anda boleh layari laman sesawang BMW Malaysia yang rasmi. Jangan lupa subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI