BMW MOTOSIKAL

Bila menyebut tentang BMW mungkin ramai di antara anda terbayangkan akan kehebatan kereta yang dihasilkan oleh jenama mewah ini. Namun dalam masa yang sama ia turut mempunyai segmen motosikal yang tidak kurang hebatnya. Terbaru, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R 18 First Edition.

Ia merupakan motosikal dalam segmen kruiser yang menawarkan pengalaman tunggangan luar biasa. Kruiser boxer berkapasiti besar ini menggabungkan ciri-ciri ikonik dalam sejarah BMW Motorrad dan memodenkan tunggangannya dengan karakter unik.

“Kami mengotakan janji ‘Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan’. Kami sekali melangkah masuk ke segmen kruiser dengan BMW R 18 First Edition. Ia diperkenalkan buat pertama kali sebagai Concept R 18 di acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este.

BMW R 18 First Edition, Kruiser Boxer Berkapasiti Besar Eksklusif

“Kruiser konsep yang tulen ini telah memberi bayangan kepada dunia apa yang bakal hadir dalam segmen tersebut. Dan kami ingin membekalkan kepuasan tunggangan yang sebenar dengan kruiser ini,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

IKLAN

PENGARUH ELEMEN

Kruiser memaparkan beberapa elemen daripada model-model terkenal seperti BMW R 5 dari segi teknologi dan visual. Varian edisi pertama yang eksklusif ini menggandingkan iras BMW R 18 yang klasik dengan ciri-ciri kelengkapan eksklusif dalam warna cat serta krom.

Boxer klasik berkapasiti besar ini menampilkan logo edisi pertama dengan gubahan jalur halus berlatarkan warna glos hitam sekali gus menyerlahkan gaya sensasi.

BMW R 18 First Edition, Kruiser Boxer Berkapasiti Besar Eksklusif BMW R 18 First Edition, Kruiser Boxer Berkapasiti Besar EksklusifPesona kruiser baharu ini turut disumbang oleh bar hendal, tuil penukar gear, pelitup hendal, pelitup kepala silinder, pelitup engkol, serta komponen salur masuk udara dalam material Krom. Hanya 18 unit sahaja yang bakal disediakan di Malaysia.

IKLAN

Jentera hebat ini juga membawa interpretasi kruiser moden yang berpegang kepada tradisi BMW Motorrad. Ia dilengkapi tangki bahan api 16 liter dengan bentuk titis air yang berasal daripada BMW R 5. Ini termasuklah dapra hadapan dan belakang, panel sisi di bawah tempat duduk, selongsong serampang serta perumah lampu hadapan dan panel instrumen bulat yang kesemuanya diperbuat daripada bahan logam.

SPESIFIKASI HEBAT

Kruiser mewah ini membekalkan elemen pencahayaan yang jelas dengan lampu hadapan LED penuh, serta lampu belakang LED dan lampu brek yang dirangkumkan dalam indikator belakang. BMW R 18 terbaharu juga membawakan elemen gubahan berjalur kembar dan berkrom.

Enjin boxer sesaran yang terbesar dibangunkan oleh jenama ini merupakan nadi utama motosikal ini. Ia hadir dengan enjin boxer empat lejang, dua silinder yang diperbaharui tersebut hadir dengan aci sesondol berasaskan rantai.

IKLAN

BMW R 18 First Edition, Kruiser Boxer Berkapasiti Besar Eksklusif

Kesemuanya terletak di atas komponen aci pacuan yang menggalas kapasiti bernilai 1,802 cc, ia mampu mencatat tork maksimum berjumlah 158 Nm pada paras 3000 rpm, dan kelajuan tertinggi mencecah 180 km/j. Juga dikenali sebagai “Big Boxer”, enjin boxer ini disejukkan melalui udara atau minyak.

Kruiser ini turut hadir dengan gear mengundur dan pelitup pengisi bahan api yang boleh dikunci sebagai standard. Untuk memperibadikan lagi BMW R 18 ini, para pemilik juga mempunyai pilihan untuk menambah aksesori dengan aneka Original BMW Motorrad Accessories, sama ada untuk memperkayakan aspek muatan, reka bentuk, penampilan, serta ergonomik dan keselesaan jentera ini.

Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update paling gempak.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI