Siapa sangka pempengaruh yang dikenali dengan perkongsian kisah-kisah mistik di ML Studio rupanya mahir menunggang kuda dan memanah.
Kemahirannya yang tersembunyi itulah menyebabkan John Bear akhirnya memainkan watak Sitong di dalam filem Pendekar Awang.
Ditemui MASKULIN selepas sesi tayangan perdana filem itu pada 2 Januari lalu, John menjelaskan yang beliau sendiri tidak pernah merancang untuk terlibat dalam dunia lakonan.
Bagaimanapun, peluang itu hadir disebabkan kebolehannya menunggang kuda dan memanah.
Ads
“Tok Guru saya beritahu ada nak pakai pelakon yang kena berkuda. Ada aksi kena buat kuda-kuda, saya suka lah. Jadi, saya pun okay,” katanya kepada MASKULIN.
Tambah John, pada awalnya beliau menyangka dirinya hanya diperlukan sebagai watak tambahan tanpa berdialog.
“Tahu-tahu sampai-sampai, ada watak penting pula kena berlakon. Jadi, Alhamdulillah. Rezeki,” jelasnya.
Ads
Takut Pada Awalnya, Namun Dibantu Pelakon Lain
John yang tidak pernah berlakon sebelum ini turut mengakui berasa takut apabila dipertanggungjawabkan memainkan watak Sitong.
“Sebab kita tak biasa dengan benda ni kan. Tapi Alhamdulillah, selepas saya belajar, ada banyak orang yang hebat-hebat dikeliling saya yang banyak membantu saya, dapatlah kita lihat hasil seperti yang kita lihat hari ini (hari tayangan perdana)”.
Ads
Meskipun dunia lakonan adalah sesuatu yang baharu baginya, John memberitahu yang dia tidak teragak-agak untuk mencabar dirinya mencuba sesuatu yang baharu apabila diberi peluang berkenaan.
Dia yang aktif dalam nyanyian dan kandungan video atas talian beranggapan yang lakonan adalah satu lagi cabang seni yang patut dicuba jika terdapat peluang.
Diterbitkan juga oleh Studio Kembara, filem yang dibintangi oleh Fattah Amin sebagai teraju utama ini akan ditayangkan di pawagan bermula 11 Januari 2024.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menikmati makanan enak sudah sebati dalam budaya masyarakat kita. Mana tidaknya, perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini dan bukannya makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Budaya ini menyebabkan ramai dalam kalangan kita sakit, bukan disebabkan tidak cukup makan sebaliknya kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang terutama dalam kalangan golongan muda yang lebih mengutamakan kepuasan diri semata-mata.
Jika ada kesedaran sekalipun, kadang kala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan badan apabila semakin meningkat usia.
Bentuk struktur seperti kristal
Banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu dari struktur keras menyerupai kristal yang terbentuk daripada bahan mineral di bahagian antara ginjal hingga ke saluran kencing akibat masalah kekurangan air dalam tubuh badan manusia.
“Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik, yang mana mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan. Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.
“Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadang kala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter). Ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak.
Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor, pendarahan dan pendarahan dalam kencing, malah jika dibiarkan boleh mengakibatkan maut.
“Meskipun tidak banyak kes kronik yang menyebabkan kematian, penyakit ini jika dibiarkan berlarutan dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada penyakit kritikal lain seperti kanser prostat sekali gus meningkatkan risiko kes kematian.
Lebih ramai pesakit lelaki
Tambahnya, masalah batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita kerana beberapa faktor, terutamanya gaya hidup tidak sihat yang menyumbang kepada masalah ini.
Fakta itu dibuktikan menerusi kajian global yang melaporkan tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang disebabkan gaya hidup.
“Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari sekali gus menyebabkan berlaku dehidrasi. Selain itu, gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang mengalami kegemukan dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca mereka mendapat batu karang,” katanya.
Selain itu, saluran air kencing lelaki yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan itu, namun risiko berkenaan boleh dikurangkan jika mereka mengubah gaya hidup.
“Apa yang penting, tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat.
Kencing bernanah
Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan batu karang besar yang menyebabkan buah pinggang atau saluran buah pinggang tersumbat. Air kencing bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.
“Jika seseorang itu mengalami kencing berdarah, air kencing kotor, sakit di kawasan pundi kencing, wujud butiran pasir di dalam air kencing dan demam serta badan menggigil, kebarangkalian individu ini menghidap penyakit ini adalah tinggi.
“Jika ada gejala ini, jumpa doktor dengan segera untuk menjalani ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan imbasan tomografi berkomputer (CT scan),” katanya.
Bagi pesakit yang mempunyai saiz batu karang kecil, mereka perlu minum air dengan banyak selain perlu mengambil ubat tahan sakit dan ubat untuk menghancurkan batu karang yang kemudiannya akan keluar bersama air kencing.
“Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing,” katanya.
INFO
Jenis batu karang
– Kalsium
– Asid urik
– Struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
– Cystine
Faktor risiko
– 10 peratus daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang
– Kerap berlaku di negara bercuaca panas
– Gaya hidup yang kurang aktif
– Dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)
– Pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi
– Jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang
– Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu karang
– Lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang
Gejala
– Kencing berdarah
– Sakit belakang/kawasan pundi kencing
– Wujud butiran pasir di dalam air kencing
– Jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
– Demam dan badan menggigil
– Kencing kotor
Rawatan Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)
– Kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan
– Membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang
– Kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing
– Sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X
– Pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan
– Rawatan pesakit luar
Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)
– Pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang
– Tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound
Litotripsi Ureteroskopi (URS)
– Pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang
– Kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang
– Batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara
pneumatik atau laser melalui skop
Vesikolitotripsi
– Pembedahan untuk memecahkan batu karang di pundi kencing
– Kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga untuk memecahkan batu karang
Pencegahan
– Banyakkan minum air
– Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang
– Elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa kepada risiko pembentukan batu karang
– Protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan adalah kira-kira 150g sehari
Makanan yang menggalakkan pembentukan batu karang
– Kacang tanah, walnut, gajus, kacang dal
– Ikan bilis, ikan sardin
– Bayam, cendawan
– Organ dalaman haiwan, daging merah
– Makanan laut seperti kerang, ketam dan udang
– Kentang, keledek
– Teh, coklat, soya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Penyakit show off” demikian tulis seorang pengguna Twitter juga memuat naik tweet Hafiz Hamidun berkata penyakit suka menunjuk-nunjuk semakin membarah dalam masyarakat kita.
Malah, Pinot (@_miyaarsad) juga menyertakan beberapa gambar yang dipernah dimuat naik oleh Hafiz bersama dengan ‘harta kemewahan’.
Tweet Pinot yang dimuat naik sejak jam 5.31 petang Rabu telah dikicau 11,155 kali dan disukai 4,593 pengguna laman berkenaan yang juga memberikan pelbagai reaksi terhadap tweet tersebut.
Tidak kurang juga, ada yang mengecam Pinot kerana menimbulkan fitnah dan memalukan dirinya sendiri.
“Maaf cik atau puan, fikir dulu sebelum tweet. Sekarang awak sendiri dah memalukan diri awak sendiri,” kata Dham (@nordhamira).
“Yang aku tak faham sekarang ni, individu yang post ini tak dengki pun. Hahaha! Dia just nak tunjuk balik ciri-ciri orang munafik ini apabila dia berkata dia berdusta. Hahaha! Rata-rata pekomen sekarang cakap individu ini hasad jeles apa semua. Hahaha! Meleis sangat,” kata Fxdz.lie (@jxmbonix).
Bagaimanapun, tampil seorang individu menjelaskan dua gambar yang dikongsikan Pinot itu merupakan gambar ELshape di Melaka, bukannya harta Hafiz seperti yang didakwa.
Sementara itu dalam tweet balas Hafiz berkata, “Alhamdulillah. Semoga hidup awak bahagia dan jiwa awak senang.
“Kalau posting itu buat awak puas hati, I hope you juga sedia tanggung benda fitnah yang orang mengata pasal saya. Assalamualaikum,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dewi Remaja 2025 menutup tirainya dengan aura megah dan penuh emosi, mempertemukan enam finalis terbaik negara di pentas akhir yang bukan sahaja menonjolkan bakat, tetapi juga keberanian, prinsip, ketelitian dan karakter sebenar generasi muda Malaysia hari ini. Dalam dunia yang semakin mencabar, finale kali ini membuktikan bahawa bakat baharu tidak hanya dinilai pada rupa dan persembahan, tetapi juga pada minda, empati dan idealisme.
MASKULIN turut berada di lokasi untuk sesi rakaman finale serta watch party eksklusif, menyaksikan sendiri bagaimana perjalanan 40 tahun jenama Dewi Remaja diraikan dalam sebuah malam yang sarat dengan nostalgia, inspirasi dan kematangan.
Musim ini menjadi istimewa kerana ia menandakan empat dekad Dewi Remaja 2025 sebagai platform pembentukan wanita muda Malaysia.
Sejak 1985, jenama ini konsisten melahirkan ikon seni, hos televisyen, pelakon, pemimpin industri dan suara penting rakyat. Tahun 2025 pula menegaskan evolusi yang lebih matang, menunjukkan Dewi Remaja bukan lagi pertandingan kecantikan semata-mata, tetapi sebuah ekosistem pembinaan identiti dan daya pemikiran generasi baharu.
Dari episod pertama, para finalis diuji dengan cabaran yang memerlukan keberanian intelektual dan kreativiti.
Mereka digalakkan menyuarakan pandangan dengan matang dan penuh keaslian, mempersembahkan diri bukan sekadar peserta, tetapi sebagai pemimpin muda yang kritis dan berkeyakinan.
Finale menyaksikan aksi yang benar-benar seimbang. Setiap finalis membawa penghayatan, disiplin dan personaliti yang cukup kuat untuk berdiri di pentas akhir. Dengan bimbingan hos Dewi Sister Shaza Bae, tenaga intens Nabila Huda dan karisma Kamal Adli, finalis tampil dengan keyakinan baharu yang dibentuk sepanjang musim.
Kemunculan Keanu Azman sebagai pengacara bersama menambah elemen moden yang dekat dengan generasi Z. Panel juri pula menampilkan Scha Al Yahya, sosok yang relevan kerana beliau sendiri pernah bergelar juara Dewi Remaja 2005/2006. Kehadirannya membuka simbol perjalanan penuh lingkaran, daripada seorang Dewi ke mentor generasi baharu.
Selepas pusingan persembahan Top 6, dua finalis tersingkir sebelum Top 4 mara ke pusingan Question and Answer yang menjadi penentu mutlak kejuaraan. Keberanian menjawab soalan secara spontan di hadapan tokoh industri membuktikan bahawa Dewi Remaja 2025 masih menitikberatkan minda, wibawa dan kematangan sama seperti bakat persembahan.
Detik kemuncak tiba apabila Nylea diumumkan sebagai Juara Dewi Remaja 2025. Sorakan memenuhi dewan, meraikan personaliti anggun yang memiliki prinsip teguh serta kemampuan menyampaikan suara generasinya secara matang dan beradab.
Beliau membawa pulang mahkota, selempang, trofi dan wang tunai RM15,000 sebagai simbol pengiktirafan terhadap dedikasi serta perjalanan emosinya sepanjang musim.
Tempat kedua jatuh kepada Nelysa Kay yang menyerlah dengan ketepatan persembahan dan kejelasan pemikiran. Dheper pula meraih tempat ketiga dengan karisma tersendiri, manakala Marisa melengkapkan empat teratas dengan semangat juang yang konsisten.
Anugerah khas turut menghangatkan kemeriahan malam itu dengan Elisha Chew dinobatkan sebagai Dewi Persahabatan, manakala Sharmaine meraih gelaran Dewi Favorite hasil sokongan peminat yang luar biasa sepanjang musim.
Sempena ulang tahun ke-40, MDMT Ballroom di Datum Jelatek menjadi lokasi watch party eksklusif. Bukan sahaja keenam enam finalis, malah kehadiran alumni Dewi Remaja dan Hero Remaja menjadi simbol kuat bahawa legasi ini bukan permainan musim tetapi kesinambungan empat dekad.
Turut hadir nama-nama besar seperti Aleeza Kassim, Kuza, Syatilla Melvin, Arena Wan, Pushpa Narayan, Harris Annuar dan ramai lagi. Kehadiran mereka membawa memori, inspirasi dan bukti bahawa Dewi Remaja 2025 bukan sekadar pertandingan, tetapi batu asas perjalanan hidup ramai figura ternama.
redONE Mobile sebagai Telco Rasmi turut memeriahkan acara dengan pengalaman kamera 360 darjah dan pelbagai aktiviti menarik, menjadikan finale ini bukan sahaja penutup musim, tetapi perayaan budaya pop dan aspirasi wanita muda Malaysia.
Dewi Remaja 2025 membuktikan bahawa generasi hari ini semakin matang, kritis dan penuh empati.
Finale yang megah ini bukan hanya melahirkan juara baharu, tetapi menjadikan pentas Dewi Remaja sebagai wadah untuk mencorakkan masa depan industri hiburan dan suara wanita muda Malaysia.
Dengan sokongan redONE Mobile dan legasi 40 tahun yang tidak pernah pudar, Dewi Remaja 2025 terus menjadi simbol inspirasi dan platform pembinaan bintang masa hadapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.