Di penghujung Ramadan ini ,lagu raya malar segar sudah mula kedengaran di corong radio menandakan sambutan hari raya Aidilfitri kian menjelang tiba.
Malah, ada banyak video lagu raya baharu turut dilancarkan pada masa ini. Begitu juga dengan iklan-iklan raya.
Namun terdapat juga perkara menjelikkan terselit di dalamnya, apatah lagi jika ia melibatkan hal yang bertentangan dengan syariat Islam.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan, amat malang buat umat apabila Aidilfitri yang merupakan hari kebesaran dalam Islam dan mengingati Allah SWT itu dicemari dengan video raya yang menjijikkan.
“Apatah lagi video yang seakan mengembalikan semula elemen jahiliah setelah Allah mengurniakan keindahan Islam buat kita,” katanya menerusi sebuah hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa.
Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dr Ahmad Sanusi.
Jelas beliau, hakikatnya hari raya merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam.
Ads
Bahkan, ia adalah anugerah Allah SWT kepada umat Islam bagi menggantikan perayaan dalam tradisi jahiliah.
Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu hari yang lebih baik dari (perayaan jahiliah terdahulu) iaitu Hari Aidildha dan Hari Raya Aidilfitri.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Seorang Mukmin Patut Tidak Tenang Lihat Kemungkaran
Sebagai Mukmin, Ahmad Sanusi menjelaskan, sewajarnya kita sensitif dengan perkara kemungkaran yang merupakan antara ciri orang beriman sebagaimana digambarkan dalam hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa’i.
Ads
“Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang.
“Justeru sebagai seorang Mukmin, kita seharusnya membenci perkara-perkara yang menjijikkan seperti ini. Jauhi diri daripada memberikan perhatian yang salah terhadap mereka yang mencarinya.
“Barangkali sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap video-video yang mencemar kesucian agama ini,” tegasnya.
Ads
Terdahulu, sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tular di media sosial.
Klip video yang dipercayai sedutan dari lagu raya usahawan itu dilihat meperlekehkan kesucian sambutan Aidilfitir umat Islam sehingga ramai menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Kemarahan yang ada di dalam diri menyebabkan fungsi tubuh tidak berjalan dengan sepatutnya. Berikut beberapa implikasi negatif terhadap kesihatan disebabkan seseorang itu marah.
Amarah anda itu mampu menjadikan anda seorang yang pelupa. Semakin lama semakin sukar untuk anda mengingati memori manis dalam hidup. Ini kerana emosi marah menguasai diri, hormone kortisol dan hormone yang berkaitan dengan stress yang lain akan dirembeskan dalam kadar yang tinggi. Ia mengakibatkan pusat memori anda kian mengecut dan kurang fungsinya.
Inilah organ yang paling terjejas dengan emosi anda. Jantung anda akan diberikan tekanan yang hebat setiap kali anda marah dan meningkatkan lagi tekanan darah anda. Kesannya jika tidak dikawal, anda mungkin diserang sakit jantung atau stroke.
Rasa Marah juga mewujudkan perasaan ingin melawan dalam diri seterusnya membuatkan hormon ‘epinephrine’ dirembeskan. Rembesan dalam kuantiti yang tinggi akan memberikan tekanan pada sistem imunisasi tubuh membuatkan anda mudah diserang jangkitan dan penyakit.
Mampu membuatkan penglihatan anda menjadi berganda dan kadang-kadang anda akannampak satu garis cahaya mengganggu anda. Gejala ini juga biasanya akan disertai dengan rasa pening atau migraine. Apabila anda marah, proses tekanan darah ke otak akan menegang dan inilah puncanya.
Adakalanya rasa marah mampu membuatkan anda terasa getaran pada gigi. Situasi ini adakalanya berlarutan dan boleh berlaku tanpa anda sedari dalam waktu tidur. Mengetap gigi boleh menyebabkan rahang anda terasa sakit dan lama kelamaan mampu mengakibatkan gigi patah.
Apabila marah menguasai fikiran, otak juga akan mengeluarkan bahan kimia semula jadi iaitu ‘serotonin’ dan ‘acetylcholine’ yang mampu mengurangkan tekanan darah ke perut anda. Inilah faktor mengapa anda selalu merasa seperti tidak sedap perut setiap kali dilanda tekanan. Adakalanya tekanan yang anda alami juga memungkinkan anda mengalami cirit birit secara tiba-tiba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum kemunculan drama Korea di Malaysia, drama Filipina, Telenovela Mexico dan Sinetron Indonesia telah menghiasi hari-hari anda di kaca tv. Drama Thailand juga tidak ketinggalan. Anda masih ingat lagi dengan drama Wei Rai High School? Drama yang cetus fenomena di Malaysia. Selepas dari itu, banyak filem dari negara jiran ini masuk ke dalam negara kita seperti Ong Bak, Shutter dan banyak lagi. Dalam 2010, Malaysia digemparkan dengan pelakon Thailand yang memiliki wajah seperti artis kpop. Filem A Crazy Little Thing Call Love ini memang trending lah dekat Malaysia ni. Jadi, ini antara artis Thailand yang mungkin anda kenal, atau mungkin anda tak kenal menjadi hero dalam Thai Lakorn.
Weir Sukollawat Kanarot
Pelakon kacak yang mempunyai kelulusan Civil Engineering ini sudah mula belakon daripada tahun 2008. Lahir pada 18 April 1985, Weir masuk ke dalam industri dengan bantuan pengurusnya Ae Suphachai yang melihat gambarnya dari telefon rakannya. Ae terus melamar Weir untuk masuk ke dalam dunia hiburan. Pada ketika itu, Weir masih lagi dalam pengajian. Setelah dapat green light daripada orang tuanya, beliau terus masuk ke dalam dunia lakonan. Lakorn pertama beliau ialah Plik Din Su Dao dimana dia berpasangan dengan bekas teman wanitanya, Pancake Khemanit Jamikorn.
Mario Maurer
Sebelum semua wanita gilakan Menteri Belia dan Sukan, wanita banyak gilakan pelakon Thailand ini. Mario Maurer yang mula masuk ke pasaran Malaysia menerusi lakonannya dalam filem A Crazy Little Thing Call Love. Tak sah kalau mereka yang gemar kpop tidak tahu filem ini. Cinta remaja yang sangat sweet! Untuk pengetahuan anda, lelaki yang lahir pada tahun 1988 ini, mempunyai darah kacukan Cina dan Jerman. Sebab itu wajahnya kacak! Pada usia 16 tahun, Maurer telah mejadi model pengambaran untuk tujuan komersial, sisipan kulit muka majalah dan video muzik. Pada tahun 2007, beliau memulakan kariernya sebagai pelakon sebagai watak utama dalam filem bergenre percintaan berbahasa Thai iaitu The Love of Siam.
Sunny Suwanmethanon
Lelaki yang makin mencipta nama di Malaysia menerusi filem I’m Fine Thank yoU, Love You ini lahir pada 18 Mei 1981. beliau merupakan seorang pelakon dan model Thailand. Beliau terkenal setelah berlakon sebagai Khaiyoi dalam filem Dear Dakanda pada tahun 2005. sedikit trivia untuk anda, Sunny tidak pernah datang ke Malaysia sebelum ini, melalui filem yang di promosikan bersama Nickhun dan Yaya, beliau berasa sungguh teruja kerana mempunyai peminat di Malaysia. Mestilah kita suka Sunny cakap English! Vass
Sukrit Wisetkaew
Sukrit Wisetkaew dilahirkan 4 September 1985, lebih selesa dipanggil dengan nama panggilannya Bie. Dia merupakan seorang penyanyi dan pelakon pop Thailand. Bakatnya mula dikenali apabila dia memasuki tandingan bakat televisyen Thailand yang ketiga di The Star. Selepas berjaya mendapat tempat ke dua, Bie menjadi salah satu penyanyi yang paling popular dan mendapat populariti yang besar selepas single debutnya I need Somebody.
Selain kariernya sebagai penyanyi dan pelakon dalam drama TV dan sitkom, beliau juga dilatih untuk menjadi pelakon teater dalam beberapa muzikal.
Pada 2008, selepas di bawah 2 tahun dalam dunia hiburan, Bie menjadi salah satu daripada Orang Yang Paling Berpengaruh di Thailand menerusi salah sebuah majalah tempatan Thailand. Lakonannya memang menjadi, antara drama lakonannya adalah You’re My Destiny yang di adaptasi dari drama Taiwan dan Korea. Sila tengok ye.
Nadech Kugimiya
Lahir pada tahun 1991 ini merupakan aktor dan model di Thailand. Nadech Kugimiya dilahirkan di Khon Kaen, Thailand. Beliau merupakan lelaki kacak berdarah campuran Austria dan Thai. Namun, beliau telah dibesarkan oleh ayah angkatnya, Yoshio Kugimiya dan ibu angkatnya, Sudarat Kugimiya. Beliau adalah anak tunggal kepada ayah dan ibu angkatnya. Ayah angkatnya adalah orang Jepun dan ibu angkatnya adalah orang Thai. Nama samaran beliau “Barry” datang dari nama samaran asal beliau, “Brand”. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Komunikasi di Universiti Rangsit, Thailand. Pada tahun 2010, beliau memulakan debut drama beliau menerusi wataknya sebagai “Nawa Gamtornpuwanat” dalam drama Ngao Rak Luang Jai. Beliau memperoleh populariti yang besar di Thailand selepas lakonannya sebagai watak utama, “Fai Akkanee Adisuan” bersama pelakon wanita Urassaya Sperbund dalam drama Duang Jai Akkanee daripada siri drama 4 Hua Jai Haeng Khun Khao.
Mike Pirath Nitipaisankul
Awalnya lelaki ini merupakan seorang pnyanyi berkumpulan bersama abangnya sejak tahun 2002 lagi. Kebelakangan ini, Pirath atau lebih selesa dengan panggilan Mike lebih menumpukan pada aktiviti lakonannya. Mula menempah nama di Malaysia apabila Thailand membuat remake drama siri Korea Full House, lelaki yang mempunyai iras Korea ini status sudah berkahwin tidak menghalangnya untuk terus melebarkan sayapnya di seluruh asia dengan membintangi drama bersiri dari China.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lumrah bila pasukan negara berjaya masuk ke perlawanan akhir pasti tiket akan menjadi rebutan ramai. Ini bukan lagi macam pisang goreng panas tetapi umpama jongkong emas!
Seperti yang dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Facebook semalam, mereka terus menggunakan portal tickethotline (www.tickethotline.com.my) untuk proses jualan secara online.
Menurut FAM, tiket secara online akan diperuntukkan sebanyak 40,000 keping dengan jualan sebanyak 20,000 pada hari ini (7 Disember 2018) dan 20,000 pada hari esok (8 Disember 2018).
Sejak semalam ramai peminat sudah mula bersedia dan menyatakan keterujaan mereka untuk mendapatkan tiket yang dijadualkan dibuka pada jam 9 pagi bermula hari ini. Namun apa yang berlaku tidak seperti yang dijanjikan.
Pada hari ini tiket telah dibuka untuk jualan secara online lebih awal. Menurut keluhan peminat di Twitter, ada yang berjaya mendapatkan tiket seawal jam 8:30 pagi.
Kami di MASKULIN juga cuba telah membuka laman web tersebut pada jam 8:45 pagi dan mendapati ia telah mula dibuka untuk jualan. Namun akibat jumlah trafik yang tinggi kami gagal mendapatkan tiket.
Gara-gara tiket yang release terlebih awal tanpa sebarang notis ini telah mengundang kemarahan ramai peminat. Jelas ramai yang tidak berpuas hati mengapa perkara ini berlaku. Jualan tiket sebanyak 20,000 dikatakan telah sold out sebelum jam 9 pagi.
Kemudian pada kira-kira jam 10 pagi, Tickethotline telah mengumumkan di Twitter; disebabkan sambutan yang sangat luar biasa mereka mengeluarkan sebanyak 10,000 lagi tiket atas arahan FAM. Jelas FAM, pihak Tiekcthotline telah melakkan ujian pada sistemnya setengah jam lebih awal. Disebabkan perkara ini tiket lesap disapu bersih dalam tempoh kira-kira setengah jam. Dan seperti dijangka ia lesap dalam sekelip mata bak duit gaji dalam dompet.
Adakah esok Tickethotline akan mengeluarkan hanya baki 10,000 tiket yang diperuntukkan untuk jualan online atau lebih? Dan adakah ia akan mula dijual lebih awal… seawal azan Subuh mungkin?
Seperti penyokong yang lain, kami di MASKULIN berharap perkara ini dapat diberikan penjelasan. Sistem jualan secara talian ini sebenarnya sudah baik cuma perlu dielakkan sikap ‘cakap tak serupa bikin’ dengan melakukan jualan terlbih awal seperti yang dijadualkan.
Apa-apa pun kepada yang tak berjaya mendapatkan tiket bolehlah mula mencari khemah untuk berkampung di depan Stadium Nasional nanti kerana baki tiket akan dijual di sana.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang