Ads

Joong Archen Serikan Acara Eksklusif Penuh Gaya Di BONIA Pavilion KL Concept Store

bonia

BONIA terus mengukuhkan posisinya sebagai jenama lifestyle mewah serantau apabila concept store BONIA Pavilion KL diraikan dalam sebuah acara eksklusif yang cukup meriah baru-baru ini.

Acara ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran pelakon dan model terkenal Thailand, Joong Archen, yang tampil sebagai Brand Muse BONIA.

Konsep stor baharu ini bukan sekadar ruang membeli-belah biasa, sebaliknya membawa pengalaman immersive yang menggabungkan budaya kontemporari dengan seni pertukangan kulit mewah, DNA yang telah menjadi teras jenama ini sejak sekian lama.

Joong Archen Serikan Acara Eksklusif Penuh Gaya Di BONIA Pavilion KL Concept Store

Joong Archen dan Semangat Craftsmanship 

Menurut kenyataan rasmi, kehadiran Joong Archen mencerminkan semangat maskuliniti moden yang selari dengan falsafah rekaan BONIA. Keyakinan hadir secara effortless, gaya tampil intuitif, dan craftsmanship kekal menjadi nilai utama dalam setiap koleksi BONIA.

Joong turut meluangkan masa meninjau ruang konsep stor tersebut, berinteraksi mesra dengan para tetamu serta peminat, selain menyelami naratif rekaan di sebalik pembukaan bab baharu concept store BONIA Pavilion KL dalam dunia retail moden.

Joong Archen Serikan Acara Eksklusif Penuh Gaya Di BONIA Pavilion KL Concept Store

Ads

Joong Archen Serikan Acara Eksklusif Penuh Gaya Di BONIA Pavilion KL Concept Store

Acara Eksklusif Penuh Gaya di Pavilion Kuala Lumpur

Acara pelancaran ini menarik perhatian ramai apabila ruang stor dipenuhi peminat, wakil media dan penggemar fesyen yang hadir untuk menyaksikan detik istimewa tersebut.

Suasana penuh energi dan keterujaan jelas mencerminkan kejayaan baharu buat jenama beprengaruh ini di dalam industri fesyen mewah serantau.

Joong Archen Serikan Acara Eksklusif Penuh Gaya Di BONIA Pavilion KL Concept Store

Ads

Aktiviti Interaktif Untuk Pengunjung

Menariknya, ia turut menyediakan beberapa aktiviti khas untuk pengunjung Pavilion KL concept store sehingga awal Februari.

  • Find the JONO: Pengunjung boleh mencari beg JONO yang tersembunyi dalam instalasi kraf kertas 3D, berkongsi jawapan di Instagram dan menerima ganjaran menarik.
  • Photo with the Digital Muse: Sebuah reruai foto interaktif membolehkan pengunjung mengambil gambar digital bersama Joong Archen, lengkap dengan sticker dan elemen kreatif.
  • Quest of the Muse: Cabaran jigsaw puzzle khas yang perlu diselesaikan dalam masa 30 saat untuk memenangi enamel pin edisi terhad.
  • The Muse’s Personal Atelier: menawarkan servis hot stamping percuma dengan tandatangan Brand Muse pada produk terpilih, menjadikan setiap item sebagai collectible memento.
  • The Art of the Ribbon: Pengunjung boleh menghasilkan penanda buku istimewa dengan riben, simbol perjalanan jenama ini merentas sempadan masa.

Joong Archen Serikan Acara Eksklusif Penuh Gaya Di BONIA Pavilion KL Concept Store

Mereka turut menjelaskan bahawa pengalaman ini direka untuk menjadikan retail sebagai ruang penemuan, interaksi dan hubungan emosi, di mana craftsmanship bertemu budaya.

Ads

Semua aktiviti ini dibuka kepada orang ramai sehingga 1 Februari, manakala aktiviti Find the JONO akan diteruskan sehingga 10 Februari.

BACA: Upgrade Gaya ‘Lower Body’ Anda, Ini 7 Jenis Seluar Wajib Ada Selain Jean & Slack!

BONIA dan Evolusi Luxury Lifestyle Serantau

Ditubuhkan pada tahun 1974 di Singapura dengan inspirasi elegan Eropah, BONIA dikenali sebagai jenama yang menekankan pertukangan kulit mewah serta gaya kontemporari. Hari ini, BONIA mempunyai butik di pasaran utama termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Jepun.

Pembukaan concept store BONIA Pavilion KL menjadi simbol evolusi BONIA dalam membawa pengalaman luxury lifestyle yang lebih moden dan inklusif, sekaligus menghubungkan jenama dengan generasi peminat baharu.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads

Persediaan Pemakanan Dua Hari Sebelum Larian Half Maraton & Maraton

Persediaan melakukan half marathon atau maraton bukan sahaja dari segi kecergasan tetapi persediaan pemakanan sebaiknya.