Perubahan dan penggantian posisi dalam mana-mana perusahaan tidak hanya berlaku di kalangan pekerja sahaja, tetapi termasuk majikan mahupun bos anda sendiri. Ia tidak mampu untuk dijangka dan boleh terjadi pada sesiapa saja. Bisa jadi majikan anda yang baru lebih baik mahupun sebaliknya. Apa pun yang berlaku, ada beberapa tip yang boleh digunakan bagi menghadapi saat-saat ini.
1- JAGA ‘ATTITUDE’
Sikap ini sewajarnya perlu dikekalkan walaupun sebanyak mana julat perubahan posisi majikan anda. Ketahuilah, majikan anda cukup berpengaruh dalam kelangsungan karier serta masa depan anda. Oleh itu, pelihara dan jagalah disiplin dan prestasi anda sebaik mungkin. Apa yang boleh anda lakukan adalah untuk sentiasa tonjolkan keupayaan anda, agar majikan baru anda rasai berbaloi untuk menerima posisi di pejabat anda bekerja itu.
2- BERSAHABAT
Tidak salah sekiranya anda mengambil inisiatif untuk mengenalinya dengan lebih lanjut. Ambillah peluang ini untuk mengenalinya lebih mendalam, di saat waktunya serius mahupun ketika santai. Anda boleh mencuri masa sedikit untuk berbual dan mengkaji serba sedikit ‘perangai’ serta do’s and dont’s dalam senarai dirinya. Ini baik untuk anda lebih berwaspada sekiranya bekerja lama di bawah pemerhatiannya.
Ads
3- TERIMA PERUBAHAN
Kesukaran untuk menerima perubahan dalam struktur organisasi pejabat terutama sekali majikan anda tentunya dihadapi apabila anda terlalu ‘attached’ dengan bos lama. Mungkin kerana terlalu rapat atau bos anda yang sebelum ini terlalu sukar untuk anda lepaskan. Ketahuilah, apa saja boleh berlaku. Apa pun, anda perlu lah bersedia untuk menerima apa saja perubahan dan cuba bersikap positif saat anda menghadapinya. Just go with the flow!
Ads
4- KURANGKAN JANGKAAN
Berbeza orang, berbeza caranya. Maksudnya di sini, corak pengurusan dan cara pemikirannya pasti sukar untuk anda adaptasi di saat-saat awal. Anda sendiri perlu kurangkan jangkaan dan harapan bos baru anda akan mengurus dan melakukan hal yang sama seperti bos anda. Pastinya, setiap orang memiliki pendekatan masing-masing. Oleh itu, bersikaplah fleksibel dan cubalah hidup dengan sistem yang baru ini.
Ads
5- AMBIL KESEMPATAN
Saranan ini tidak bermaksud untuk anda mengambil kesempatan menggunakan taktik-taktik kotor – mengipas majikan mahupun merasuahnya. Mengambil kesempatan dalam konteks ini ialah kehadiran bos baru sebenarnya memberi anda peluang untuk melangkah lebih maju. Mungkin bos lama anda tidak berupaya melihat potensi dan keupayaan anda. Dengan mengekalkan disiplin dan meningkatkan prestasi kerja anda, ia sebenarnya mampu buat anda meraih kejayaan.
6- BANDINGKAN
Membanding-bandingkan bos lama dan bos baru mungkin tidak adil. Maklumlah, masing-masing punya cara dan pembawakan tersendiri. Namun, tidak salah bagi anda membandingkan bos anda dalam sudut pandang yang positif. Pembandingan ini boleh membuartkan anda untuk sentiasa berjaga-jaga apabila ingin membuat sebarang keputusan yang melibatkan kerja anda. Tetapi ingat, jangan pula anda bandingkan dengan taktik yang kotor sehingga menimbulkan fitnah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda penggemar filem dan merupakan seorang kaki wayang pastinya anda tahu tentang filem terbaru arahan pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof yang berjudul ‘Misteri Dilaila’.
Sehingga kini ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton dan telah menjadi bualan terutamanya di laman media sosial. Penonton-penonton yang telah menyaksikan filem ini berkongsi rasa terkejut dan teruja mereka apabila mendapati filem misteri lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.
Ia menjadi bualan hangat warganet kerana dikatakan mempunyai dua babak akhir yang berbeza. Perkara ini juga disahkan oleh pihak panggung wayang seperti Cathay Cineplex dan MBO Cinemas yang mengeluarkan notis tentang perkara ini di pawagam mereka.
Foto: Twitter @filmdocs
Dipercayai ‘Misteri Dilaila’ merupakan filem tempatan yang pertama berani memperkenalkan pendekatan seperti ini.
Ia merupakan satu langkah berani yang dilakukan oleh pembikin filem tempatan dan melihatkan reaksi daripada warganet, ternyata gimik ini agak menjadi.
Adakah anda sudah menonton filem ini? Jika ya, adakah ia seperti yang digembar-gemburkan?
Siapa yang tidak sedih apabila tidak dapat bersama keluarga tersayang menyambut Ramadan dan Aidilfitri, apatah lagi jika ia terpaksa disambut di balik tirai besi.
Sebagai seorang yang pernah bergelar banduan suatu ketika dahulu, Ameng Spring menyifatkan sambutan Ramadan lebih sayu berbanding Aidilfitir di penjara.
Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail itu berkongsi pengalamannya menerusi laporan Gempak.
Muncul sebagai tetamu dalam salah satu episod Borak Dulu Baru Buka, Ameng menyifatkan pengalaman berpuasa di dalam penjara sebagai ‘keras’.
Sahur Jam 11 Malam
“Sambut Ramadan di dalam penjara sangat ‘keras’. Makan tidak tentu hala, berebut-rebut.
“Sahur pada pukul 11 malam, kalau tidak makan mereka akan ambil makanan yang diberi.
“Warden pula agak keras dan kita juga ada tekanan emosi. Fikir anak, isteri, ibu.
“Pada saya Ramadan lebih sedih daripada Aidilfitri,” ujar Ameng.
Khatam Al-Quran 3 Kali Sepanjang Ramadan Di Penjara
Walaupun sayu, Ameng menyifatkan ia adalah bulan paling berkualiti bagi dirinya. Malah sepanjang menyambut Ramadan di penjara, Ameng berjaya khatam Al Quran sebanyak tiga kali.
“Untuk saya, hidup paling berkualiti pada Ramadan. Setiap masa duduk dalam air sembahyang.
“Saya boleh khatam tiga kali dalam Ramadan. Seratus peratus saya habiskan masa mengaji. Jadi setiap 10 hari saya dapat khatam sekali,” katanya.
Justeru Ameng menitipkan pesan buat semua umat Islam agar memberi fokus setiap Ramadan datang.
“Jika ini adalah Ramadan terakhir buat saya atau kita semua, fokus dan khusyuk. Jangan lepaskan Ramadan berlalu begitu sahaja,” pesan Ameng.
Untuk rekod, Ameng pernah dipenjara selama lapan tahun bermula pada 2011 atas tiga kesalahan dengan dua daripada kerana memiliki dadah.
Ketika artikel ini ditulis sebanyak 1,306 kes jangkitan COVID-19 telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seramai 139 pesakit telah pulih dan dilepaskan manakala sebanyak 10 kes menyaksikan kehilangan nyawa.
Melihatkan keadaan semasa maka tidak hairanlah ramai orang awam melahirkan kebimbangan serta kerisauan tentang kemungkinan mereka juga dijangkiti virus tersebut.
Adakah kalau anda demam-demam biasa boleh terus ke hospital untuk jalani ujian pengesahan? Atau jika selesema biasa?
MASKULIN tertarik dengan penjelasan dan juga rayuan yang dilakukan oleh Dr Zhafran di laman Facebook beliau.
Beliau menegaskan adalah amat baik jika anda semua ambil berat terhadap tahap kesihatan diri.
Namun usah tergesa-gesa ke hpsital kerana beliau tidak mahu anda yang tiada jangkitan Covid-19 terdedah dengan orang yang sudah dijangkiti semasa menunggu untuk rawatan atau berjumpa doktor.
Jelasnya secara terperinci jika anda tidak memenuhi kriteria yang dibahagikan kepada beberapa kumpula dan pin, maka tidak perlu ke hospital. Ikuti penjelasan lanjut beliau di bawah:
RASA NAK KE HOSPITAL LAH, NAK CHECK COVID19
Anda risau anda dapat #COVID19 ?
Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan? 😰
ANDA BAGUS SEBAB ANDA CONCERN PASAL KESIHATAN ANDA DAN ORANG SEKELILING ANDA.
TAPI TUNGGU DULU.🖐🏻
Kami sayang anda.
Kami tak mahu anda yang SEBENARNYA SIHAT / TAKDE COVID untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
JADI, jawab soalan-soalan di bawah SEBELUM anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.
1. Anda ada flu symptoms?
(Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak)
kalau ya, 1 poin
kalau ada salah satu saja, tak dikira ya
2. Anda ada pergi ke mana-mana Negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?
china, south korea, japan, italy, iran, etc
(Sila check full list negara-negara terlibat, ni contoh negara yang ada jumlah kes tertinggi sahaja)
join tabligh sri petaling, church di sarawak, atau anda dengar melalui berita bas yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID
kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA
Kalau ya, 1 poin
3. Anda ada close contact dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID?
Close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc
Contact yang tak dikira: contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun org tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(+anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing2. Tak sepatutnya dia berjalan2 di tempat awam.
Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA
jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point
KEPUTUSAN. KALAU ANDA ADA:
0 point
anda berisiko rendah dijangkiti covid
duduk diam2 kt rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jgn ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.
1 point
anda berisiko sederhana dijangkiti covid
duduk diam2 di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)
2 & 3 points
anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil taknak check, kesian kt ahli keluarga anda.
Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:
1. Symptoms ada sejak bila
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
3. Siapa positive COVID contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc)
Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID adalah rendah sebab COVID hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.
————————————————————
Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID19 di HOSPITAL.
Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit2 bersesak2 menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID19 secara tak sengaja.
Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.
KKM buat begitu untuk:
1. mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
2. mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam2 di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID19 ini.
Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan.
Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.
KAMI AKAN TERUS PERGI KERJA UNTUK MEMBANTU ANDA.
ANDA DAPAT MEMBANTU KAMI DENGAN DUDUK DIAM DI RUMAH.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.