![hdghdghsdv](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/1841a1cea75f7254fdaaf6c6c3db69ea/hdghdghsdv.jpg)
Sebelum dimasak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Kebanyakan orang akan terus membuang air bekas cucian beras tersebut. Betul tak?
Tahukah anda khasiat air beras ini boleh memberi pelbagai manfaat buat anda. Beras mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri ianya kaya dengan vitamin dan mineral seperti niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu juga, beras kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan.
Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malahan bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan. Ya, Air bekas cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah, jerawat, dan masker rambut. Silakan mencuba 6 langkah berikut untuk mangetahui khasiatnya. Lagi elok ambil air basuhan pertama kerana terdapat banyak khasiat
1. Kulit lembut dan halus
Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus kotoran dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Jika diamalkan rutin ini wajah jadi halus dan lembut.
2. Segarkan wajah
Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker untuk menyegarkan wajah. Ambil kapas muka dan rendam ke dalam air beras selama lebih kurang 10 minit.
Kemudian tekap kapas muka mengandungi air beras itu pada wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum menanggalkannya dan anda akan dapat rasa wajah makin segar.
3. Wajah lebih cerah
Sentiasa simpan air basuhan beras dan gunakan setiap kali mahu mencuci muka. Jadikan amalan setiap kali selepas mencuci wajah. Khasiatnya adalah untuk mencerahkan kulit. Jadi anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras saja.
4. Mengecilkan pori-pori
Celupkan kapas muka ke dalam air beras dan oles terus pada wajah. Usap dan tekan secara perlahan pada bahagian wajah yang pori-porinya terbuka. Cara ini akan mengecilkan liang pori-pori sekali gus membuat wajah tampak licin.
5. Penyembuh jerawat
Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.
6. Atasi kulit wajah minyak
Setiap kali membasuh beras, simpan sedikit airnya untuk kegunaan selepas mencuci wajah dengan buih pembersih. Setiap kali selesai mencuci wajah, bilas dengan air beras pula. Bukan saja dapat mengurangkan minyak malah mencerahkan kulit wajah juga. Inilah dia bahan pemutih kulit semula jadi yang paling selamat.
Mudah bukan! Tak rugi untuk mencuba kerana rawatan ini adalah percuma.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Hanya Tahu Nak Sixpack Tapi Tak Tahu Cara Senaman Yang Betul. Ini Jawapan Untuk Senaman Yang Betul Bagi Body Anda Lebih Sexy, Smart dan Sixpack!
![Jangan Hanya Tahu Nak Sixpack Tapi Tak Tahu Cara Senaman Yang Betul. Ini Jawapan Untuk Senaman Yang Betul Bagi Body Anda Lebih Sexy, Smart dan Sixpack!](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/0917b1ceaa0519e415f36136ba3fab19/muscular-abs_5_1.jpg)
Memiliki perut sixpack merupakan idaman untuk kebanyakan lelaki di luar sana. Tidak hanya pada lelaki sahaja, wanita pun ada juga yang memiliki keinginan yang sama untuk membentuk otot-otot tubuh, terutama pada bahagian perut.
Beberapa cara yang umum dilakukan untuk memiliki perut sixpack adalah dengan mengikuti latihan di tempat-tempat kecergasan, angkat beban, latihan kardio, serta diet. Namun, apakah kesemua cara tersebut merupakan kaedah yang tepat untuk dilakukan?
Pelbagai cara yang salah telah anda amalkan secara tidak sengaja dalam usaha anda untuk membentuk perut sixpack.
-
Hanya fokus pada crunch dan sit-up
Hal ini tidak benar, kerana pada kenyataannya crunch dan sit-up hanya mampu untuk membakar kalori dalam kadar yang sedikit. Sit-up dan crunch akan bekerja hanya untuk menguatkan otot perut, tetapi tidak banyak membantu jika kita masih memiliki banyak lapisan lemak yang menutupi otot perut.
-
Terlalu banyak senaman kardio
Kesalahan lain ketika membentuk perut six-pack adalah menganggap bahawa anda perlu melakukan latihan kardio selama berjam-jam untuk mendapatkan otot perut. Sebenarnya, latihan kardio bukanlah satu-satunya cara, latihan interval dapat mempercepatkan kadar metabolisme, sehingga anda akan mengalami kadar pembakaran lemak yang cepat sepanjang latihan.
-
Berhenti bersenam setelah punya perut sixpack
Ketika anda telah berjaya memiliki perut sixpack tentu anda akan berasa puas dengan hasil kerja keras anda. Namun jangan pula anda ingat bahawa sixpack akan tetap kekal untuk selamanya. Kenyatannya, sixpack akan menghilang sekiranya anda tidak menjaganya dengan senaman rutin dan juga diet seimbang.
-
Hanya fokus melatih otot perut
Latihan untuk otot perut memang perlu, tapi anda juga harus memerhatikan juga bahagian tubuh yang lain. Ini akan sangat bermanfaat kerana anda mungkin tak sedar bahawa melatih otot perut sebagai otot sekunder akan lebih mudah dilakukan daripada hanya fokus terhadap latihan membentuk otot perut.
-
Terobsesi pada bentuk perut kotak-kotak
Faktor genetiklah yang menentukan bentuk perut sixpack milik anda. Pada beberapa orang, otot perut akan berbaris kotak-kotak secara rata, tapi pada yang lain tidak selalunya begitu. Untuk sebahagian orang, kotak-kotak perut akan tersusun elok, namun sebahagian lagi tidak. Sehingga, kita tidak boleh menentukan sendiri bentuk otot perut pada tubuh kita.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Tip Dari Tubuh XL Ke XS, Rahsia ‘Buang’ 37kg Dalam Masa 6 Bulan Sahaja
![Lelaki Ini Kongsi Tip Dari Tubuh XL Ke XS, Rahsia ‘Buang’ 37kg Dalam Masa 6 Bulan Sahaja](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/9a219631d3d35304091482527614bc35/Screen-Shot-2018-02-05-at-1.41.04-PM-630x332.png)
Perkongsian lelaki ini yang berjaya menurunkan 37kg dalam masa 6 bulan mungkin boleh dijadikan rujukan dan inspirasi buat korang di luar sana. Terdapat beberapa tips penting yang kita selalu terlepas pandang dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Kena faham apa itu diet?
Assalamualaikum!
Di atas permintaan ramai (macam ramai sgt ?) untuk pertama kalinya saya share kan tips & cara saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 37 kg selama 6 bulan kepada public setelah hampir 2 tahun memikirkan susunan ayat2 power ?
DIET KALORI : FROM XL TO XS
Pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yg silap termasuk sy, igt DIET tu bermaksud tak makan. Itu tanggapan yg sgt2 salah. DIET sebenarnye bermaksud PEMAKANAN YANG SIHAT. Selebihnya boleh rujuk dgn pakar pemakanan ye ?
Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT ? ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit ooo so bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu…itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus.
- Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yg terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.
- Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita bole bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!
- Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.
Nasi tak menggemukkan cuma…
- Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.
- Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 97kg mcm sy dulu ? kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, xyah la nk berkira sgt dgn 0.23L tu ?
- Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau bole elak menggoreng sayur, rebus ye buat sup sayur.
- Ramai org diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia ?? tak boleh tinggalkan nasi ?. So nasi sy makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebi sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebi kurang 150 kcal.
So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT ?.
- Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yg hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun da 154 kcal.
- Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tp jgn dibantai bihun goreng pulak bihun sup ye atau tom yam.
- SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan laju (fast food) McD , KFC & sewaktu dgnnya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yg telah diproses spt daging burger, nugget dll. Semua tu feberet tu
- PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang2. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup ayam sampai wife pun naik boring . Yang goreng2 elak ye.
- DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).
- SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang.
- Ramai yg bertanya, ubat apa yg saya ambil utk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa2 ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.
15 PUASA. Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yg terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramdhan mulalah berazam nak diet utk kurus. Puasa juga bagus utk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau bole buat semua puasa2 sunat yg ada lg bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!
Elakkan stress
- INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebi dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari utk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda bole check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html
- Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yg kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilasn kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Bole install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal utk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.
- STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress bole jejaskan program diet kita. Macam sy dulu klu sy stress sy suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yg tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, in shaa Allah
- Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa2 pun semuanya dengan keizinan dari Nya
- Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga mmg kelaut la diet kita tu
- Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu org ye menipu diet anda. So hari tu kita bole makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.
Diharap dgn sedikit ilmu dan pengalaman yg saya kongsikan ini dapat membantu anda semua untuk mencapai berat badan yg ideal untuk jangka masa yg panjang dan kekal sihat in shaa Allah.
Akhir kata, terima kasih kepada coach online saya iaitu Mr. Kevin Zahri & terima kasih juga kpd anda semua kerana sudi membaca coretan saya.
Kredit : Ahmad Zulzaidi Zulkarnain
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Putih Telur Bagus Untuk Tutup Masalah Pori Lelaki
![Putih Telur Bagus Untuk Tutup Masalah Pori Lelaki](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/80edd61587883654257957ef5e36e6a7/5-best-places-to-experience-fall-in-New-York-State-3.jpg)
SEMAKIN LAMA USIA KITA SEMAKIN MENINGKAT DAN IA MEMBUATKAN KOLAGEN MULA MENURUN. JIKA KOLAGEN BERKURANG,INI AKAN MELAMBATKAN PROSES REGENERASI KULIT. MUKA KITA PUN MULA MENAMPAKKAN GARIS-GARIS HALUS TERUTAMA SEKITAR MATA,MULUT DAN DAGU.
PUTIH TELUR
Telur adalah salah satu sumber protein. Bahagian putih telur biasa digunakan untuk tegangkan kulit muka. Ia disapukan secara rata ke seluruh bahagian muka kemudian dibersihkan dengan air suam dan akhir sekali basuh dengan air biasa. Amalkan paling sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
- Putih telur kaya nutrisi dan sumber asam amino yang akan memperbaharui sel-sel kulit anda dan juga dapat menyerap minyak berlebih di kulit wajah anda.
- Putih telur mengandungi enzim Lyzozyme yang dapat secara ampuh membunuh bakteria penyebab jerawat.
- Putih telur juga memiliki zat astringent, di mana hal ini membuat putih telur dapat mencegah terjadinya jerawat di kemudian hari.
- Putih telur memiliki sifat eksfoliate, di mana hal ini bererti bahawa putih telur dapat mengangkat dan menyingkirkan kotoran yang mengendap di kulit anda, serta dapat juga mengangkat sel-sel kulit mati dari kulit anda.
- Putih telur mengandungi suatu senyawa protein yang dinamakan albumin yang secara alami akan membunuh bakteria penyebab jerawat kerana senyawa protein ini dapat merosakkan struktur sel bakteria penyebab jerawat.
- Putih telur juga dapat memperkecil pori-pori kulit wajah sehingga mengurangi risiko penyumbatan minyak berlebih di pori-pori kulit yang akan berujung ke timbulnya jerawat.
- Putih telur juga merupakan sumber Vitamin B kompleks yang telah terbukti keampuhannya sebagai sumber antioksidan yang dapat menangkal radikal bebas dan melawan infeksi yang dapat menimbulkan peradangan.
- Putih telur juga telah teruji keampuhannya dalam membersihkan kulit wajah anda dan mencegah pertumbuhan bakteria penyebab jerawat.
DENGAN MENGGUNAKAN MASKER PUTIH TELUR
- Pertama, anda harus memisahkan putih telur dari kuning telurnya. Setelah itu, tempatkan putih telur pada bekas dalam beberapa saat.
- Setelah itu, oleskan putih telur ke area kulit anda yang terdapat bekas jerawat. Kemudian biarkan hingga masker putih telur ini mengering di kulit anda.
- Setelah masker ini mengering, kemudian segera bilas kulit anda dengan menggunakan air hangat dan keringkan dengan segera.
- Untuk hasil yang maksimal, gunakan masker putih telur ini secara rutin setiap hari.
- Sebagai alternatif, anda dapat menggunakan masker putih telur ini sesaat sebelum anda tidur malam dan biarkan masker putih telur ini meresap semalaman di kulit anda. Pada pagi harinya, segera bilas kulit anda dengan air bersih.
CAMPURAN PUTIH TELUR DAN MADU
Cara kedua yang juga ampuh untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan campuran putih telur dan madu. Campuran putih telur dan madu ini memang sangat bermanfaat untuk mempercepat proses pengelupasan sel kulit mati. Bagaimana cara menggunakan masker putih telur dan madu untuk bekas jerawat?
- Pertama, anda perlu menyiapkan putih telur dengan madu. Jika anda menggunakan 1 butir putih telur, cukup tambahkan 1 senduk teh madu, kemudian aduk campuran tersebut hingga tercampur merata.
- Setelah itu, segera oleskan campuran tersebut ke area kulit anda yang terkena jerawat dan tunggu hingga campuran ini mengering di kulit anda.
- Setelah campuran tersebut mengering, segera bersihkan kulit anda dengan air hangat.
- Untuk hasil yang maksimal, gunakan campuran ini secara rutin sekali setiap hari.
- Sebagai alternatif, anda dapat menggunakan campuran ini sesaat sebelum tidur. Biarkan campuran ini meresap semalaman dan segera bilas kulit anda pada pagi harinya.
CAMPURAN PUTIH TELUR DAN TEA TREE OIL
Cara ketiga yang juga ampuh untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan campuran putih telur dan tree tee oil. Tea tree oil ini memiliki khasiat yang sangat ampuh untuk menyingkirkan sel kulit mati dan juga dapat memicu pertumbuhan sel-sel kulit baru. Bagaimana cara menggunakan masker putih telur dan tea tree oil untuk bekas jerawat?
- Pertama, anda perlu untuk menyiapkan putih telur dengan tea tree oli. Kemudian campurkan 1 butir putih telur dengan 4 tetes tea tree oil. Stelah itu aduk campuran ini hingga merata.
- Setelah dicampurkan secara merata, segera oleskan campuran ini ke area kulit anda terkena bekas jerawat, kemudian tunggu antara 15 hingga 20 minit.
- Setelah 20 minit, segera bilas kulit anda dengan menggunakan air suam.
- Untuk hasil yang maksimal, anda perlu untuk menggunakan campuran ini sekali sehari secara rutin.
CAMPURAN PUTIH TELUR DAN LEMON
Cara keempat yang juga sangat ampuh untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan campuran putih telur dan lemon. Lemon ini kaya akan Vitamin C yang akan membuat kulit anda tampak sihat dan cerah secara alami, yang membuat bekas jerawat anda semakin tersamarkan. Bagaimana cara menggunakan masker putih telur dan lemon untuk bekas jerawat?
- Pertama, anda perlu untuk mencuci kulit anda dengan air bersih terlebih dahulu.
- Setelah itu, campurkan putih telur dengan perasan lemon. Kemudian aduk campuran ini hingga putih telur dan perasan lemon tercampur secara merata.
- Setelah itu, segera oleskan campuran ini ke area kulit anda yang terdapat bekas jerawat. Diamkan selama kurang lebih 20 minit.
- Setelah 20 minit, segera bilas kulit anda dengan menggunakan air hangat, kemudian dilanjutkan dengan menggunakan air dingin.
- Untuk hasil yang maksimal, gunakan campuran ini sehari sekali secara rutin.
CAMPURAN PUTIH TELUR DAN PISANG
Cara ketujuh yang juga sangat ampuh untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan campuran putih telur dan pisang. Pisang kaya akan kandungan antioksidan dan juga dapat menyihatkan kulit anda dan membuat kulit anda cerah secara alami, membuat bekas jerawat menjadi semakin tersamarkan. Bagaimana cara menggunakan masker putih telur dan pisang untuk bekas jerawat?
- Pertama, anda perlu menyiapkan 1 buah pisang, kemudian tumbuk pisang tersebut hingga halus, kemudian tambahkan air sedikit sehingga pisang tersebut memiliki tekstur yang cair.
- Setelah itu, campurkan 1 butir putih telur ke dalam tumbukan pisang tersebut, lalu aduk hingga campuran tersebut merata.
- Setelah itu, segera oleskan campuran tersebut ke area kulit anda yang terkena bekas jerawat. Biarkan campuran tersebut meresap di kulit anda selama 20 minit.
- Setelah 20 minit, segera bilas kulit anda dengan menggunakan air yang bersih.
- Gunakan campuran ini paling tidak 2 kali dalam seminggu secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimal.
SUMBER : WAJAH JERAWAT
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI