Ads

Skechers International Pickleball Tournament 2026 Catat Rekod Baharu Dengan 1,282 Penyertaan Dari 14 Negara

pickleball

Sukan pickleball kini bukan lagi sekadar aktiviti santai hujung minggu. Di Malaysia, popularitinya terus melonjak dengan komuniti pemain yang semakin berkembang merentasi pelbagai peringkat umur dan tahap permainan.

Perkembangan itu jelas dapat dilihat menerusi Skechers International Pickleball Tournament – Malaysia Edition 2026 yang berjaya mencatat rekod terbesar sejak diperkenalkan empat tahun lalu.

Berlangsung di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya pada 8 hingga 10 Mei lalu, kejohanan kali ini menghimpunkan seramai 1,282 pemain dari 14 negara. Ini termasuklah Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan, lebih 1,600 perlawanan berlangsung merentasi 29 kategori dengan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 dipertandingkan.

Penyertaan Meningkat 

Menurut Skechers Malaysia, kejohanan tahun ini mencatat peningkatan penyertaan yang cukup signifikan. Peningkatan sebanyak 38 peratus dapat disaksikan berbanding edisi sebelum ini. Ia sekali gus membuktikan pickleball masih semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Skechers International Pickleball Tournament 2026 Catat Rekod Baharu Dengan 1,282 Penyertaan Dari 14 Negara

Antara paling mencuri perhatian ialah pengenalan semula kategori Junior Bawah 18 Tahun atau U18 yang membuka peluang kepada generasi muda menyertai pertandingan bertaraf kompetitif.

Sebanyak 34 pemain junior mengambil bahagian, dengan peserta termuda berusia hanya 11 tahun.

Bagi ramai pemain muda ini, kejohanan tersebut menjadi pengalaman pertama mereka bersaing dalam persekitaran rasmi bertaraf DUPR atau Dynamic Universal Pickleball Rating.

Platform Untuk Bakat Tempatan Bersinar

Selain menghimpunkan pemain antarabangsa, kejohanan ini turut menjadi platform penting untuk mengetengahkan bakat pickleball tempatan.

Ads

Antara yang mencuri perhatian ialah atlet Skechers, Colin Wong yang kini semakin menyerlah di pentas antarabangsa selepas dipilih menyertai UPA Asia Trailblazers Class of 2026 untuk saingan profesional di Amerika Syarikat.

Skechers International Pickleball Tournament 2026 Catat Rekod Baharu Dengan 1,282 Penyertaan Dari 14 Negara

Turut beraksi ialah pasangan wanita negara Delia Arnold dan Toi Sieu Ee yang kini antara gandingan beregu wanita terbaik Malaysia dalam litar kompetitif pickleball.

Menurut Delia Arnold, kejohanan seperti ini memberi peluang kepada pemain untuk belajar daripada pelbagai gaya permainan selain meningkatkan tahap kompetitif masing-masing.

“Apa yang menarik ialah sesiapa sahaja boleh bermain di sini, daripada pemain junior hinggalah pemain berpengalaman dari luar negara.

“Dan kerana setiap perlawanan menyumbang kepada ranking DUPR, pemain dapat melihat dengan lebih jelas tahap sebenar mereka,” katanya.

Ads

Skechers International Pickleball Tournament 2026 Catat Rekod Baharu Dengan 1,282 Penyertaan Dari 14 Negara

Juara Open 19+ Jadi Tumpuan

Dalam kategori utama Open 19+ Men’s Singles, Phoenix He muncul juara selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang kejohanan.

Bagi kategori Women’s Singles pula, Jas Almaguer berjaya merangkul gelaran juara selepas mengatasi persaingan sengit dalam saingan akhir.

Skechers International Pickleball Tournament 2026 Catat Rekod Baharu Dengan 1,282 Penyertaan Dari 14 Negara
Open Men Doubles 19+

Sementara itu, kategori beregu lelaki Open 19+ dimenangi Marco Leung dan Vanshik Kapadia manakala kategori Mixed Doubles pula dimenangi pasangan Man Kwan Wun dan Syed Uzair Sufi.

Skechers International Pickleball Tournament 2026 Catat Rekod Baharu Dengan 1,282 Penyertaan Dari 14 Negara
Open Men Doubles 35+

Skechers Tampilkan Koleksi Kasut Pickleball

Selain aksi di gelanggang, kejohanan ini turut menjadi platform untuk Skechers memperkenalkan koleksi kasut pickleball Viper Court yang direka khas untuk pergerakan pantas dan aksi kompetitif sukan tersebut.

Skechers International Pickleball Tournament 2026 Catat Rekod Baharu Dengan 1,282 Penyertaan Dari 14 Negara

Ads

Antara model yang diperkenalkan termasuk Viper Court Pro 2.0, Viper Court Rally, Viper Court Reload serta Hands Free Slip-ins Viper Court Elite 2.0.

Koleksi ini direka untuk memberikan kestabilan, cengkaman dan keselesaan optimum ketika melakukan pergerakan lateral, pivot dan rally pantas di gelanggang.

BACA: Kecederaan Kepala Selepas Kemalangan Boleh Jadi Bahaya Senyap, Ini Simptom Yang Ramai Abaikan

Skechers International Pickleball Tournament 2026 Catat Rekod Baharu Dengan 1,282 Penyertaan Dari 14 Negara

Pickleball Semakin Kukuh Di Malaysia

Secara keseluruhannya, kejohanan ini memperlihatkan bagaimana pickleball kini semakin berkembang daripada sekadar sukan rekreasi kepada arena kompetitif yang serius di Malaysia.

Dengan peningkatan jumlah pemain, penglibatan generasi muda dan sokongan jenama antarabangsa seperti Skechers, sukan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah. 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
marc syahmie

Pengalaman Masuk Peti Mayat Sebenar Ketika Penggambaran, Marc Syahmie Melawan Fobia

“Saya betul-betul rasa jadi mayat.” Marc Syahmie kongsi pengalaman mendebarkan masuk peti mayat sebenar demi jayakan babak drama terbaru