Memilih haruman perfume atau minyak wangi yang sesuai dengan bau badan dan juga personaliti sering kali tidak begitu diambil berat oleh ramai orang.

Ini terutamanya lelaki yang kadang-kadang menganggap perfume apa pun sama sahaja. Asalkan badan berbau wangi, itu sudah cukup.

Alangkah ruginya jika anda tidak tahu dan kenal perfume yang sesuai untuk menyerlahkan personaliti anda. Antara perfume terbaru yang membawa sifat cukup versatail di pasaran ialah BOSS The Scent Pure Accord.

Pertama kali melakukan semburan wangian ini ke badan, perkara pertama yang terus menerjah ke minda ialah kesegaran baunya yang membawa sisipan adunan bau seorang jejaka romantis.

BOSS The Scent Pure Accord, Elemen Wangian Bangkitkan Sensasi Romantis

IKLAN

Uniknya perfume BOSS The Scent Pure Accord ini hadir dengan nota tertinggi dari bauan halia. Adunan buag maninka yang hadir selepas itu pula memberikan sensual ‘manis’ pemakainya namun tidaklah terlalu feminin. Manakala nota asas baunya pula terdiri daripada White Suede.

Di negara bercuaca panas seperti sekarang bau BOSS The Scent Pure Accord diserlahkan dengan cukup baik walaupun badan sedikit berpeluh.

IKLAN

Berbeza pula dengan BOSS The Scent Pure Accord For Her, padanan bau perfume ini lebih membawa naluri sensual.

BOSS The Scent Pure Accord, Elemen Wangian Bangkitkan Sensasi Romantis

IKLAN

Dihadirkan dengan nota paling tinggi dari bergamot serta disusuli dengan haruman bunga Osmanthus, versi wanita juga tidak kurang hebatnya. Bagi nota asasnya pula, ia tampil dengan musk yang secara tidak langsung membawa kesemua elemen bergabung menjadi haruman yang wangi.

Untuk padanan romantik, penggunaan BOSS The Scent Pure Accord bersama pasangan dalam masa yang sama mampu membangkitkan naluri romantis. Tarikan dua wangian BOSS The Scent Pure Accord ditonjokkan menerusi kempen mereka yang mengetengahkan Jamie Dornan dan Birgit Kos.

BOSS The Scent Pure Accord, Elemen Wangian Bangkitkan Sensasi Romantis

BOSS The Scent Pure Accord kini boleh dapati di pasaran dalam botol kandungan 50ml dan 100 ml.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI