Kejohanan Futsal MASKULIN Beat Boot Battle 2024 yang julung kali diadakan semalam menyaksikan pasukan BR’D Vamos muncul sebagai juara pertama.
Bertempat di Republic of Futsal Petaling Jaya, BR’D Vamos berjaya menumpaskan lawan Vamos FT dengan skor 1-0 pada perlawanan akhir.
Skor itu sekaligus melayakkan BR’D Vamos muncul sebagai juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000, sebuah piala dan pingat bagi setiap pemain.
Vamos FT yang meraih naib juara pula menerima wang tunai sebanyak RM1500 dan pingat bagi setiap pemain.
Foto: Vamos FT (kiri) dan BR’D Vamos (kanan) di pusingan akhir Kejohanan Futsal MASKULIN Beat Boot Battle.
Sebanyak lapan pasukan berentap bagi merebut kejuaraan di penganjuran pertama Beat Boot Battle ini.
Selain dua pasukan tersebut, pasukan yang turut serta berentap di kejohanan ini ialah SFTWEV, MBBR FT, ZM FT, BBRO FC, Wawasan FT dan Vamos Jr.
Ads
Foto: Wawasan FT.Foto: Pasukan Vamos Jr.Foto: Pasukan BBRO FC.Foto: Pasukan ZM FT.Foto: Pasukan SFTWEV.Foto: Pasukan MBBR FT.
Beat Boot Battle 2025 Lebih Hebat
Beat Boot Battle pertama kali dianjurkan tahun ini dengan membuka penyertaan sebanyak lapan pasukan sahaja.
Menurut Ketua Bahagian New Gen dan Mens & Hobbies Nu Ideaktiv Fiezreen Ahmad, penganjuran pertandingan ini menjadi satu arena untuk mengumpulkan para lelaki dalam satu persaingan yang sihat sekaligus membentuk komuniti MASKULIN yang berdaya saing, kompetitif namun mengutamakan setiakawan.
Foto: Kejohanan Futsal MASKULIN Beat Boot Battle ditaja oleh Sunshine Bakeries Malaysia, TKNK by Cason dan Maro.
“Kejohanan Futsal Maskulin Beat Boot Battle 2024 merupakan acara fizikal yang pertama dianjurkan Maskulin setelah lebih 5 tahun,” kata Fiezreen.
Ads
“Semalam kita telah meyaksikan pasukan BR’D Vamos mejulang trofi kejuaraan manakala Vamos FC pula akur sebagai naib juara. Kedua-dua pasukan ini sama hebat dan menampilkan perlawanan sengit”.
Tidak terhenti di sini, Fiezreen menjanjikan Beat Boot Battle yang lebih hebat dan had penyertaan lebih luas bagi tahun 2025.
“Siapa tahu mungkin hadiah yang lebih hebat,” tambah Fiezreen lagi.
Beat Boot Battle pada tahun ini turut dilengkapkan dengan tajaan makanan dari Sunshine Bakeries Malaysia dan tajaan produk penjagaan diri dari TKNK by Cason serta jenama syampu lelaki premium dari Jepun iaitu Maro.
Ramai orang kurus yang nak ada badan berotot. Tapi bila mengenangkan berat badan kurang, anda rasa seolah-olah tiada harapan untuk membina otot.
Sebenarnya ada senaman efektif dan selamat yang orang kurus boleh buat kalau nak badan cepat berotot.
Sebelum memulakan senaman, anda ambil makanan tambahan protein iaitu whey. Ini kerana menurut kajian, whey didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk orang kurus seperti anda.
Ini 3 senaman yang boleh anda buat untuk dapatkan badan berotot.
Semoga dengan senaman ini dapat membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan dan menyelesaikan masalah anda dalam membina badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Garmin Run Asia Series 2024, yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini, sekali lagi menyatukan lebih 12,000 peserta yang penuh semangat untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.
Hadir dengan tema “From Zero to Hero,” acara larian tahunan yang sangat popular ini membawa mesej yang jelas – tiada yang mustahil jika kita berusaha melangkah lebih jauh.
Ia bukan sekadar acara larian biasa tetapu merupakan cabang gaya hidup yang mendorong semua peserta untuk terus bergerak dan mencabar diri dalam mencapai impian yang lebih sihat.
Sebelum memulakan larian, para peserta disambut dengan sesi zumba yang rancak, yang bukan sahaja memanaskan badan tetapi juga mencipta aura yang penuh energi dan semangat kesukanan.
Kehadiran Alif Satar, selebriti tempatan dan duta luar Garmin, turut menambahkan kemeriahan apabila beliau sendiri turut serta dalam acara larian 10km.
Beliau bukan sahaja memberi sorakan kepada peminat, tetapi juga menjadi inspirasi untuk semua yang hadir dengan menunjukkan bahawa menjaga kesihatan adalah untuk semua peringkat umur.
Alif turut berkongsi, “Setiap tahun, saya terharu melihat komitmen rakyat Malaysia yang berusaha untuk kehidupan yang lebih sihat. Garmin Run Asia Series ini bukan sekadar larian tetapi satu platform di mana kita semua boleh bersama-sama untuk menyokong antara satu sama lain dalam mengejar impian kesihatan.”
Garmin Run Asia Series 2024 menawarkan pilihan jarak 5km, 10km, dan 21km, sesuai untuk semua tahap kecergasan.
Bagi mereka yang baru bermula, 5km mungkin mencukupi untuk mencapai matlamat peribadi. Namun, untuk pelari tegar yang ingin mencabar diri, 10km dan 21km adalah pilihan yang lebih mencabar. Setiap peserta mempunyai matlamat sendiri, dan acara ini membantu mereka merealisasikannya dalam suasana yang penuh sokongan.
Apa yang menarik, Garmin bukan sahaja menyediakan platform untuk berlari tetapi turut menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM138,000 untuk peserta terbaik.
Lebih menarik, para peserta berpeluang memenangi jam tangan Garmin, produk aminoVital, dan barangan lain dalam cabutan bertuah.
Antara pemenang yang mendapat perhatian ialah Noor Amelia Musa, juara Kategori Terbuka Wanita 21km, yang mengungkapkan kegembiraan dapat menyertai acara profesional yang tersusun rapi. “Melintasi garisan penamat membuatkan saya berasa sangat bangga dengan diri sendiri,” kongsinya.
Sebagai penaja acara, Garmin terus komited untuk menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Menurut Pengurus Negara Garmin Malaysia, Jimmy Chuang, “Kami sangat terharu melihat sambutan masyarakat Malaysia terhadap Garmin Run Asia Series. Kami berbangga dapat menyokong perjalanan setiap pelari dengan teknologi Garmin.”
Garmin Run Asia Series bukan sahaja acara sukan; ia adalah panggilan untuk kita semua mengambil langkah pertama dalam membina kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Dari peserta pemula hingga atlet berpengalaman, semuanya berkumpul dengan satu tujuan—mencapai versi terbaik diri.
Siapa tengok perlawanan pagi tadi? Mesti semua berdebar-debar kan menantikan siapa yang akan mara ke separuh akhir Piala Dunia. Tahniah kepada Croatia kerana berjaya mengalahkan England 2-1 dan sekaligus melakar sejarah buat kali pertama dalam Piala Dunia FIFA.
Piala Dunia FIFA adalah pertandingan bola sepak persatuan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1930. Ia dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki anggota Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Kejohanan ini telah berlangsung setiap empat tahun, kecuali pada tahun 1942 dan 1946, apabila pertandingan dibatalkan akibat Perang Dunia II. Piala Dunia yang paling baru, yang dihoskan oleh Brazil pada 2014, dimenangi oleh Jerman, yang mengalahkan Argentina 1-0 selepas masa tambahan.
Brazil
Brazil adalah pasukan kebangsaan yang paling berjaya dalam Piala Dunia FIFA, pertandingan antarabangsa bola sepak utama, yang telah memegang tahta sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002.
Brazil juga mempunyai prestasi terbaik secara keseluruhan dengan catatan 73 kemenangan dalam 109 perlawanan yang dimainkan, 124 jaringan gol, 237 mata, dan 18 kekalahan.
Jerman
Jerman juga tidak kurang hebatnya, pasukan ini telah memenangi bukan saja di peringkat FIFA, malah juara dunia keseluruhan dengan memenangi empat Piala Dunia (1954, 1974, 1990, 2014), tiga Kejohanan Eropah (1972, 1980, 1996), dan satu Piala Konfederasi (2017). Mereka juga telah menjadi juara tiga kali dalam Kejohanan Eropah, empat kali di Piala Dunia, dan empat lagi tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi Olimpik Emas pada tahun 1976.
Itali
Itali pernah mengungguli Piala Dunia, setelah memenangi empat gelaran (1934, 1938, 1982, 2006) dan muncul dalam dua final lain (1970, 1994), mencapai tempat ketiga (1990) tempat keempat (1978). Pada tahun 1938, mereka menjadi pasukan pertama untuk mempertahankan kejayaan kejohanan Piala Dunia sebelum tercetusnya Perang Dunia ke II. Itali juga memenangi Kejohanan Eropah (1968), serta muncul dalam dua kejohanan lain (2000, 2012), satu kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah. Kemuncak tertinggi Itali di Piala Konfederasi FIFA pada 2013, apabila skuad mencapai tempat ketiga.
Agentina
Bercakap mengenai pasukan ini, pasti anda akan teruja kerana Lionel Messi merupakan pemain berbakat menerajui pasukan ini. La Selección (pasukan kebangsaan), juga dikenali sebagai Albicelestes, telah muncul dalam lima perlawanan akhir Piala Dunia, termasuk perlawanan pertama pada 1930, yang mereka kalah 4-2 ke Uruguay. Argentina memenangi penampilan terakhir mereka pada 1978, mengalahkan Belanda pada masa tambahan, 3-1. Argentina, yang diketuai oleh Diego Maradona memenangi semula pada 1986, kemenangan 3-2 ke atas Jerman Barat. Mereka sekali lagi mara ke final Piala Dunia pada 1990, dan kalah 1-0 kepada Jerman Barat. Argentina, yang diketuai oleh Lionel Messi membuat penampilan kelima mereka di final Piala Dunia pada 2014, sekali lagi kalah kepada Jerman, 1-0 dalam masa tambahan. Biarpun tahun ini kita tidak dapat menyaksikan Agentina berentap di padang final, namun peminat pasukan ini akan sentiasa menyokong.
Uruguay
Pasukan itu telah memenangi Piala Dunia FIFA dua kali, termasuk Piala Dunia pertama pada 1930 sebagai tuan rumah, mengalahkan Argentina 4-2 di final. Mereka memenangi kejuaraan kedua mereka pada tahun 1950, menjaringkan tuan rumah Brazil 2-1 dalam perlawanan akhir, yang menerima kehadiran lebih tinggi daripada perlawanan bola sepak yang pernah ada.
Mereka telah memenangi Pingat Emas dalam bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas dua kali, pada tahun 1924 dan 1928 diiktiraf oleh FIFA sebagai Kejohanan Dunia, sebelum kewujudan Piala Dunia. Uruguay juga memenangi 1980 Mundialito, satu kejohanan di kalangan bekas juara Piala Dunia. Secara keseluruhan, Uruguay telah memenangi 20 gelaran rasmi, rekod dunia untuk gelaran paling antarabangsa yang dimiliki oleh mana-mana negara.
Tak sabar rasanya kan nak tengok Croatia akan bertemu Perancis di perlawanan akhir pada 15 Julai di Stadium Luzhniki Moscow. kita tengok apa siapa pula bakal menjuarai Piala Dunia 2018!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JPJ memperketat penguatkuasaan terhadap peserta himpunan motosikal susulan kemalangan, kesesakan dan rungutan mengenai tunggangan berbahaya serta pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi.