Jenama radio pilihan nombor satu Pantai Timur, radio Gegar memperkenalkan segmen baharu iaitu “Bro Pagi Gegar” yang akan ke udara setiap Ahad hingga Khamis, jam 6 hingga 10 pagi.
Segmen itu merupakan antara pembaharuan yang dilakukan sebagai pembuka tirai 2024 di samping memperkenalkan Fizie Roslan selaku penyampai baharu radio itu.
Fizie bertanggungjawab mengemudikan “Bro Pagi Gegar” bersama rakan penyampai Issey Fazlisham yang akan menceriakan pagi pendengar dengan beberapa pengisian baharu seperti berikut:
Ads
WikiGEGAR, Tahu Ke Dop?
Issey dan Fizie akan berkongsi berita dan fakta menarik dari platform media sosial dan platorm berita.
Guano Preh, Skalo Bereh
Pendengar berpeluang untuk membuat panggilan ke udara dan berkongsi perasaan ataupun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.
Ads
Yang Gegar, Yang Gogek
Issey dan Fize akan berkongsi berita menarik dan berita yang kurang mendapat perhatian bersama pendengar.
Open Table
Topik perbincangan harian bersama pendengar.
Ads
Abe Salok Madu
Issey akan melakonkan watak Abe Salok Madu dan berdikir barat untuk memberi pandangan serta nasihat berkaitan isu tular semasa.
Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada sebuah acara muzik yang bukan sekadar menghibur, tetapi turut membawa mesej inspirasi dan emosi mendalam melalui penganjuran Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025.
Bertempat di Mega Star Arena, festival yang bakal diadakan pada Pada 17 Ogos 2025 ini menjanjikan pengalaman muzik yang segar, disampaikan dalam format yang lebih peribadi dan menyentuh hati.
RIF 2025 merupakan hasil kerjasama antara Expoindo dan Thrive, dua nama yang tidak asing lagi dunia penganjuran acara hiburan di rantau ini.
Apa yang membezakan festival ini dengan konsert konvensional adalah pendekatannya yang menggabungkan persembahan muzik dengan ruang perkongsian kisah di sebalik lagu-lagu popular yang bakal dipersembahkan oleh artis terlibat.
“Nama ‘Ruang Inspirasi’ itu sendiri lahir daripada hasrat kami untuk menyediakan satu ruang di mana muzik bukan sahaja menghibur, tetapi juga menyentuh jiwa dan memberi inspirasi,” jelas Bram Tulong, wakil Expoindo.
Menjadi tarikan utama festival ini ialah kemunculan kumpulan pop alternatif terkenal dari Indonesia, Juicy Luicy.
Popular menerusi lagu-lagu seperti ‘Lantas’, ‘Lampu Kuning’ dan ‘Sialan’, Juicy Luicy bukan nama asing buat peminat muzik Malaysia. Dengan lirik yang dekat dengan realiti kehidupan anak muda dan melodi yang kuat, pemilihan mereka sebagai artis fasa pertama bagi RIF 2025 bukanlah satu kejutan.
“Tidak dinafikan, Juicy Luicy antara artis yang paling digemari oleh generasi muda di Malaysia. Lagu-lagu mereka bukan sahaja dekat dengan pengalaman hidup pendengar, malah sarat dengan mesej emosi yang kuat. Disebabkan itu mereka dipilih sebagai tumpuan utama RIF tahun ini,” tambah Bram Tulong.
RIF 2025 juga menampilkan satu konsep yang lebih intim dan eksklusif, di mana para artis bukan sahaja mempersembahkan lagu, tetapi juga berkongsi pengalaman peribadi serta perjalanan mereka dalam dunia seni.
Ini memberi peluang kepada penonton untuk merasai hubungan yang lebih dekat dan autentik dengan penghibur kesayangan mereka.
“Kami mahu penonton merasa lebih rapat dengan artis, bukan sekadar menonton dari jauh. Ada ruang perkongsian, cerita dan inspirasi yang menjadikan setiap momen lebih peribadi dan mendalam,” ujar pihak penganjur lagi.
Menariknya, festival ini akan menampilkan dua sesi persembahan dalam satu hari iaitu pada sebelah tengah hari dan malam.
Bagi sesi malam yang menampilkan Juicy Luicy, harga tiket presale telah diumumkan dan dijual sejak 3 Julai 2025. Tiket boleh didapati melalui aplikasi BBO Events atau laman web rasmi ri-fest.com/kualalumpur dengan harga bermula dari RM128 (Silver-Seated) hingga RM528 (VVIP-Seated).
Dalam usaha memperluas pengaruh dan jangkauan festival ini, Expoindo turut merancang untuk membawa RIF ke beberapa bandar utama lain di Malaysia. Misi ini turut menjadi langkah strategik dalam memperkukuh hubungan budaya dan muzik antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.
“Harapan kami, RIF akan menjadi jambatan budaya yang mengeratkan lagi hubungan dua hala antara industri hiburan Malaysia dan Indonesia. Dalam masa yang sama, kami mahu menyebarkan nilai-nilai positif dan inspirasi kepada masyarakat melalui muzik yang kami bawakan,” kata Johnathon Wong, wakil BBO Events.
Dengan barisan artis tambahan yang akan diumumkan dalam masa terdekat, RIF 2025 dilihat sebagai platform yang bakal mengangkat pengalaman muzik ke satu dimensi baharu.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Jika kamu mati dalam perjalanan menuntut ilmu, kamu syahid akhirat.” – Hadis riwayat al-Tabrani
Tanggal 9 Jun 2025 menjadi detik pilu buat seluruh rakyat Malaysia apabila 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Dalam perjalanan menuntut ilmu, mereka dipanggil pulang oleh Ilahi, disifatkan tergolong dalam golongan syahid akhirat kerana mereka sedang berjihad dalam menuntut ilmu.
Pandangan ini dikongsikan oleh Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, yang merujuk kepada fatwa dan pandangan tokoh ulama tersohor seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh ‘Atiyyah Saqr.
Menurut beliau, umat Islam yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya bukan akibat kecuaian atau maksiat sendiri, termasuk dalam kategori syahid akhirat.
Beliau berkata, walaupun kemalangan jalan raya tidak disebut secara khusus dalam hadis, ulama kontemporari memasukkannya (kemalangan itu) dalam qiyas terhadap kematian tertimpa atau terbakar yang mengejut dan menyakitkan, serta tidak disengajakan oleh mangsa.
Mangsa-mangsa kemalangan, termasuk 15 penuntut UPSI yang maut dalam perjalanan untuk kembali ke kampus, menurut Dr Mohd Sukki, sedang berada dalam keadaan menuntut ilmu iaitu satu bentuk jihad yang diangkat darjatnya oleh Islam.
“Dalam insiden tragis yang menimpa sekumpulan penuntut dalam perjalanan ke institusi pengajian tinggi, persoalan adakah mereka syahid sangat relevan, khususnya kepada waris dan masyarakat yang ingin memahami kedudukan sebenar mangsa di sisi agama,” ujar beliau ketika dihubungi Harian Metro.
“Dalam kes kemalangan itu, mangsa adalah penumpang dan penuntut universiti yang dalam perjalanan menuntut ilmu, maka insya-Allah mereka tergolong dalam kategori syahid akhirat, iaitu diberi ganjaran besar oleh Allah di akhirat kelak.
“Bagaimanapun, jenazah mereka tetap dimandikan dan disolatkan sebagaimana jenazah biasa,” jelasnya lagi.
Menuntut ilmu adalah satu ibadah yang mulia dalam Islam.Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”Oleh itu, perjalanan para pelajar UPSI ini bukan sekadar fizikal, tetapi juga spiritual, menuju ke arah keredhaan Allah SWT.
Al-Fatihah buat 15 penuntut UPSI yang telah pergi menghadap Ilahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Amin.
Pada hari ini negara kita telah menyaksikan sejumlah 88% penduduk dewasa telah mendapat vaksinasi lengkap. Ini bermakna hanya tinggal 1.6% lagi untuk mencapai angka 90% di mana apabila ia dicapai kerajaan akan membenarkan rentas negeri.
Ia satu berita yang cukup dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang sudah sekian lama tidak dapat pulang ke kampung atau merentas negeri untuk bercuti atau melancong. Dalam masa yang sama, Meneteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memberi nasihat kepada kita semua untuk lebih peka dan bertanggungjawab apabila rentas negeri dibenarkan kelak.
Jelasnya, bagi mereka yang banyak berhubung dengan ramai orang terutamanya pekerja dalam sektor-sektor tertentu untuk melakukan ujian saringan COVID-19 secara berkala.
Begitu juga untuk mereka yang ingin pulang ke kampung bertemu keluarga terutamanya ibu bapa tercinta.
“Hanya 1.6% lagi sebelum sempadan negeri dibuka. Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke arah ujian simptomatik, kami menggalakkan mereka yang selalu bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk lakukan ujian saringan secara berkala.
“Jika anda mahu balik kampung berjumpa ibu bapa yang sudah berusia, lakukanlah ujian RTK air liur terlebih dahulu, pastikan mereka selamat,” jelasnya menerusi laman media soaial Twitter kendaliannya.
Beliau juga berkata negara kita kini menuju fasa endemik dan amat memerlukan tanggungjawab setiap rakyat berbanding kawalan pihak polis seperti sebelumnya.
“Menuju ke arah endemik kita tidak boleh menggunakan penguatkuasaan seperti sekatan jalan raya untuk memeriksa sama ada anda divaksin sepenuhnya atau melakukan ujian. Sekarang ia berganutng kepada sikap peribadi dan tanggungjawab dalam kita sama-sama menghadapi cabaran dalam #ReOpeningSafely,” tambahnya lagi.
Jadi buat anda yang ingin melakukan rentas negeri, lakukanlah ujian RTK terlebih dahulu. Sama-sama kita menjadi warganegara dan rakyat yang lebih peka dan bertanggungjawab!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.