Hampir keseluruhan industri sukan global terutamanya bola sepak kini dihentikan kerana penularan wabak COVID-19. Sudah beberapa minggu peminat bola sepak tidak dihiasi hujung minggu mereka dengan segala aksi bintang pujaan.
Kita harapkan musim bola sepak akan dapat disambung semula selepas segala dugaan ini reda. Namun bak kata orang hidup mesti diteruskan.
Bintang legenda yang bakal menjadi salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo juga meneruskan kehidupan sehariannya seperti biasa. Walaupun menjalani isolasi dan penjarakkan sosial namun itu tidak bermakna segala urusan harian melibatkan kerjaya dan hobinya terhentui begitu sahaja.
Salah satu minatnya ialah kecintaan terhadap kereta sport mewah. Terbaru Ronaldo dilaporkan telah membelanjakan sebanyak USD10.48 juta (RM45.25 juta) untuk memiliki Bugatti Centodieci.
Ads
Apa yang menarik tentang kereta hebat ini ialah ia hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit sahaja di dunia. Memetik laporan BILD, Bugatti tidak menafikan atau mengesahkan bahawa Ronaldo telah melakukan pembelian tersebut tetapi melalui sumber itulah yang telah berlaku.
Kenderaan hebat dari Bugatti ini bakal diserahkan kepada pemiliknya termasuk Ronaldo pada tahun 2021.
Ads
Minat Ronaldo terhadap kereta telah diketahui umum. Apatah lagi jentera luar biasa Bugatti yang muncul dengan enjin 8 liter W16 dengan kemampuan memecut 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 2.4 saat.
Ads
Ia juga mampu mencatatkan kelajuan maksimum 380 km/j! Menerusi laman sesawang rasmi Bugatti mereka menjelaskan bahawa Centodieci merupakan model kereta yang diinpirasikan daripada imaginasi terbaik kejuruteraan dan rekaan ulung.
Selain itu sentuhan rekaan klasik yang disepadukan bersama bentuk lebih moden menjadikan kereta edisi terhad ini sebagai penanda aras terkini industri automotif.
Buat pengetahuan anda, Ronaldo juga memiliki kendeaan hebat yang lain dalam koleksinya seperti Ferrari F430, Phantom Rolls-Royce, Lamborghini Aventador, Maserati GranCabrio, the Bentley Continental GTC and the McLaren Senna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti dinyatakan pada status Facebook Sinar Turbo, pasaran tempatan bakal menerima pesaing jenama baru dalam segmen kapcai.
Jenama baharu yang dimaksudkan ialah SM Sport. SM Sport merupakan jenama motosikal pertama di bawah syarikat pengedar Mforce Bike Holdings (Mforce Bike).
Untuk makluman pembaca, Mforce Bike Holdings juga merupakan pengedar rasmi jenama SYM, Benelli dan Keeway di pasaran tempatan.
Sebagai permulaan Mforce Bike memperkenalkan model moped pertamanya SM Sport 110R. Berikut di antara maklumat penting perlu anda ketahui tentang moped berkenaan.
ENJIN:
Dilengkapi dengan enjin 109cc SOHC 4-lejang. Enjin yang mematuhi Euro3 itu mampu menghasilkan kuasa 4.8kW pada 7, 500rpm dan tork 7Nm pada 5,000rpm.
Penghantaran kuasa ke roda dibantu oleh kotak gear 4-kelajuan yang menggunakan sistem gear berputar (rotary).
CIRI-CIRI PERALATAN:
– Menggunakan lampu nyalaan siang (DRL) pada bahagian depan.
– Lampu isyarat membelok LED di depan dan belakang (ciri yang pertama diperkenalkan pada belakang dan depan dalam kelasnya).
– Rim Sport dan brek cakera depan.
– Sistem suspensi belakang Kayaba (KYB)
– Ruang simpan 10 liter
– Butang Penjimatan Minyak (Fuel Saving Switch): merupakan salah ciri yang ditambah pada satu sistem kawalan pendikit karburator yang disambung menerusi kabel.
– Suis anti-kecurian
– Rim aloi 17-inci bersama tayar tanpa tiub
– Port USB 5V
HARGA:
SM Sport 110R – RM3,788 seunit (tidak termasuk GST, insurans dan cukai jalan).
JAMINAN:
2 tahun atau 20,000km
WARNA:
Kuning, biru dan merah
BILA BERADA DI PASARAN:
Model SM Sport 110R akan berada di semua pengedar SYM dan Benelli mulai esok.
INFO RINGKAS TENTANG SM SPORT:
1) Pihak Mforce Bike bekerjasama dengan Qian Jiang Motorcycle (pemilik jenama Benelli) menggunakan kaedah pemindahan teknologi bagi membangunkan model di bawah jenama SM Sport.
2) Pemasangan model SM Sport dilakukan oleh pihak Sunlight Power Industri dan akan diedarkan oleh Mforce Bike.
3) SM Sport 110R menggunakan kandungan tempatan 30 peratus dan penggunaan komponen tempatan akan ditingkatkan kepada 60 peratus pada masa akan datang.
4) SM Sport akan memfokuskan kepada dua segmen motosikal iaitu kapcai dan skuter bersesaran 110cc sehingga 150cc. Seiring dengan misi syarikat yang ingin menawarkan produk buat pengguna pertama dan dijual pada harga berpatutan.
5) Pihak Mforce Bike juga akan meluaskan pasaran SM Sport ke Indonesia, Singapura dan Sri Lanka. Sebagai permulaan pihaknya kini sudah memiliki pengedar rasmi jenama berkenaan di Indonesia.
6) Pembangunan model SM Sport 110R yang mengambil masa selama dua tahun itu berasaskan kepada model Keeway dengan kod CS110.
Kadangkala kita terlalu asyik. Fikiran melayang memikirkan pelbagai perkara. Biasalah lelaki memang sudah lumrah mudah mengelamun. Ketika sedang mengisi minyak anda tiba-tiba terbau sejenis bau yang tidak sepatutnya ada menghidunya.
Tidak sedar rupanya minyak yang diisi ke dalam kereta adalah minyak diesel! Gelabah dan ‘cuak’ mungki perkara pertama yang terlintas di minda memikirkan kemungkinan kerosakan yang boleh berlaku pada kereta kesayangan.
Bab menyesal itu kita fikir kemudian. Perkara pertama sekali harus dilakukan adalah bagaimana nak elak berlakunya kerosakan lebih teruk?
Usah salahkan diri sendiri. Hal tersalah mengisi minyak diesel ini sebenarnya sudah biasa berlaku. Dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. Memetik laporan dan kajian dari Automobile Association, kejadian tersalah isi minyak diesel ini berlaku setiap tiga minit di United Kingdom.
Namun, satu perkara yang perlu anda tahu ialah kesan mengisi minyak petrol ke dalam enjin diesel lebih teruk berbanding tersilap isi diesel ke dalam enjin petrol.
Salah satu penyebab mengapa perkara ini boleh berlaku mungkin kerana saiz nozel pam petrol lebih kecil berbanding lubang tangki meinyak kenderaan diesel.
Apabila minyak petrol yang sedia ada dalam tangki bertemu dengan minyak diesel yang tersilap isi, campuran ini boleh mengakibatkan kerosakan yang agak kritikal terhadap sistem bahan api kenderaan.
Lebih parah jika tidak diberikan perhatian sewajarnya boleh menyebabkan anda perlu tukar enjin dan tangki baru!
Akan tetapi anda tidak perlu risau. Perlu ingat jangan hidupkan enjin terlebih dahulu. Selagi ia tidak dihidupkan masalah ini dapat diatasi dan dibaiki dengan kos yang jauh lebih rendah.
Perkara pertama anda perlu lakukan ialah tolak kereta ketepi. Tukar gear kepada kedudukan neutral. Kemudian dapatkan bantuan dan carilah mekanik yang profesional untuk mengeluarkan minyak yang telah bercampur dari tangki minyak.
Ketahuilah kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan ialah menghidupkan enjin dan cuba memandunya untuk ke bengkel. Walaupun hanya beberapa saat enjin dihidupkan namun natijahnya sangat besar bukan sahaja kepada enjin kereta tetapi poket anda.
Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan ini, sentiasalah latih diri untuk perhatikan pam dan warna yang ada pada nozel. Kebiasaannya nozel pam diesel berwarna hitam.
Semoga anda dilindungi daripada berdepan masalah yang cukup meremehkan ini di masa akan datang. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update lebih terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perodua memperkenalkan kerusi keselamatan kanak-kanak Perodua ke pasaran tempatan.
Sempena pengenalan produk berkenaan, Perodua menawarkan kerusi tersebut pada harga pengenalan RM660 (bayi) dan RM780 (kanak-kanak). Promosi itu sah sehingga Perayaan Tahun Baru Cina 2018.
Selepas tamatnya tempoh itu, harga bagi kerusi keselamatan bayi ialah RM790 dan kanak-kanak RM980 seunit.
Kerusi keselamatan bayi direka bagi menampung berat sehingga 13kg dan tersedia dalam dua pilihan warna merah dan kelabu.
Manakala kerusi keselamatan kanak-kanak pula dapat menampung berat sembilan hingga 36kg dengan pilihan warna merah dan hitam.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, pihaknya percaya produk yang ditawarkan itu adalah kompetitif.
“Pihak penasihat jualan dan servis akan menunjukkan cara pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul demi ketenangan minda pemilik,” katanya.
Tambahnya produk itu ditawarkan pada harga mampu milik seiring dengan taqline Perodua memperkenalkan kereta pada harga kompetitif.
Dalam perkembangan sama, Perodua turut melancarkan kempen keselamatan bermatlamat menambahbaik tingkah laku pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan asas jalan raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.