Hubungan antara Fazura dan Fattah Amin mula menjadi perhatian umum ketika mereka berdua terlibat dalam drama popular ‘Hero Seorang Cinderella’ pada tahun 2017.
Chemistry yang ditunjukkan di layar kaca akhirnya membawa kepada perhubungan cinta di dunia nyata. Pasangan ini kemudian membuat keputusan untuk mengikat tali perkahwinan pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun, setelah enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Fazura memfailkan penceraian pada 13 September 2023, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai keretakan hubungan mereka.
Dan pada hari ini, pasangan popular ini telah sah bercerai dengan talak satu. Ia sekali gus menjadi berita paling hangat dipertakan oleh warganet di seluruh Malaysia.
Perpisahan mereka nampaknya tidak reda begitu sahaja. Memetik laporan Sinar Harian, kurang sejam selepas sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pelakon terkenal Fazura mungkin berdepan tindakan menghina mahkamah jika didapati tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.
Foto: Astro AWANI
Menurut peguam syarie yang mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong, tindakan itu boleh diambil sekiranya Fazura melanggar perjanjian perceraian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Ads
Zulkifli menjelaskan bahawa perjanjian tersebut telah direkodkan sebagai suatu perintah oleh mahkamah dan butiran lanjut mengenainya tidak didedahkan kepada umum.
Oleh itu, jika terdapat pelanggaran terhadap perjanjian tersebut, pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Jika berlaku perlanggaran perjanjian, pihak tersebut dianggap gagal menghormati atau tidak mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
“Mangsa yang terlibat boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah, dan jika mahkamah mendapati ada kes, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan. Ini bagi menjelaskan mengapa individu tersebut tidak patut dipenjarakan kerana melanggar perintah mahkamah,” jelas Zulkifli.
Ads
Dakwaan mengenai masalah rumah tangga pasangan selebriti ini semakin jelas apabila Fazura memfailkan perceraian pada 13 September lalu.
Paru-paru berair atau efusi pleura berlaku apabila tisu paru-paru dipenuhi cecair dan terdapat pengumpulan air berlebihan pada ruang antara tisu dan organ.
Ada kaitan ke mandi malam boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair ni ? Adakah fakta ini benar atau mitos semata. Jawapannya ia tiada kaitan penyakit ini dengan kerap mandi malam. Air yang terkumpul di paru-paru sama sekali tidak sama rupanya dengan air putih, air yang dijangkiti kuman ini sangat tinggi dengan peratusan nanah.
Gejala Paru-Paru Berair
Telapak tangan dan kaki sering basah
Batuk
Sakit dada terutama ketika menarik nafas
Denyutan jantung menjadi cepat
Tubuh demam dan menggigil
Batuk kering dan berkahak yang disertai darah
Mudah sesak nafas
Kurang selera makan
Sering merasa mual disertai muntah
Punca Paru-Paru Berair
Jangkitan bakteria seperti pneumonia pnemokokus, pneumonia mikoplasma, haemophilus influenza dan staphilococcus aureus.
Jangkitan virus antaranya influenza A dan influenza B
Jangkitan parasit atau fungi
Sering terdedah kepada bahan kimia berbahaya
Kecederaan pada paru-paru akibat kebocoran dari organ lain
kanser
penyakit autoimmune
Sindrom nefrotik ( kehilangan protein dari buah pinggang )
Sirosis hati
Tips Cegah Paru-Paru Berair
Mandi dengan air yang tidak terlalu sejuk. Penggunaan water heater sangat membantu
Jangan biasakan diri makan lambat
Seeloknya elak tidur sebaik lepas mandi. Jarakkan waktu sedikit ye
Pengudaraan dalam rumah pastikan cukup
Jangan biasakan kipas angin direct di bahagian dada dan muka semasa tidur.
SUMBER : DIARINUTRISI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Demam bola sepak kini kian melanda negara kita dengan kejayaan skuad Harimau Malaya melangkah ke final Piala AFF 2018. Rata-rata topik perbualan di kedai kopi, kafe hipster malah kantin sekolah pun pasti akan berlegar kepada keputusan dramatik yang berjaya diraih oleh skuad negara di Bangkok dua hari yang lalu.
Dan semalam, MASKULIN turut serta bersama media lain menyambut kepulangan wira-wira negara ini di KLIA untuk mendapatkan pendangan peribadi mereka tentang kejayaan ini.
Antara watak penting yang memainkan peranan cukup besar membawa skuad negara ke final bagi meraih piala paling berprestij di Asia Tenggara ialah Farizal Marlias.
Walaupun tidak diturunkan dalam beberapa perlawanan awal peringkat kumpulan namun Farizal menunjukkan prestasi cukup membanggakan. Perlawanan dramatik yang menyaksikan Thailand mendapat tendangan penalti pada saat-saat akhir masa kecederaan tidak sekalipun menggentarkan Farizal.
Ketika berdepan penalti itu, terpampang di kaca televisyen wajah penuh tenang Farizal sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu. Bila MASKULIN bertanyakan hal itu Farizal menjelaskan ia adalah bacaan doa yang biasa dilakukan. Tambahnya lagi sebagai penjaga gol dia harus memberikan fokus dan tidak mempedulikan keadaan di dalam stadioum terutamanya bila bermain di tempat lawan.
“Perasaan memang agak kecewa juga sebab kita berikan sepakan penatlti saat akhir. Tpai itu perkara biasa dalam bola sepak. Penalti ini memang kadangkala hanya nasiblah. Mungkin sudah ditakdirkan Malaysia akan mara ke final. Alhamdulillah,” jelas penjaga gawang yang turut menjadi pemain JDT.
Foto: FAM
Untuk perlawanan akhir pula, Farizal memilih untuk bertemu dengan pasukan Vietnam yang sebelum ini menewaskan skuad negara ketika perlawanan peringkat kumpulan.
“Saya nak jumpa Vietnam. Sebab ini misi untuk revenge. Antara faktor kemenangan kami ialah kehadiran ‘ekor’ Harimau Malaya yang memberikan sokongan luar biasa kepada kami. Jujur saya katakan sokongan mereka memberikan suntikan semangat kepada kami. Kita jumpa lagi di Bukit Jalil!”
Nampaknya hasrat Farizal untuk bertemu dengan pasukan Vietnam telah menjadi kenyataan selepas pasukan itu mara ke final dengan menewaskan Filipina 2-1 dengan aggregat 4-2.
All the best buat Farizal dan Harimau Malaya! Ayuh, kita takluk Asia Tenggara!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya melakar sejarah sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik bagi pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Dengan sejumlah 14 orang meraih keputusan semua A+ dan 81 orang meraih semua A, sekolah khusus lelaki itu berjaya mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sekolah itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menzahirkan rasa syukur dan bangganya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam.
“Kejayaan seperti ini bukannya datang bergolek dan pastinya menjadi impian saya secara peribadi sejak lapan tahun lalu apabila diberi tanggungjawab menjadi Yang Dipertua PIBG sehingga kini.
“Barangkali, tidak keterlaluan untuk saya katakan, pencapaian terbaik sekolah lelaki dalam SPM sejak sekian lama,” tulisnya.
Beliau yang tidak dapat turut serta pada hari pengumuman keputusan SPM kerana bertugas di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang itu turut mengingatkan para pelajar untuk kekal merendah diri meraikan kejayaan masing-masing.
Foto: Pelajar SAS (batch Warriors1923) meraikan kejayaan mereka ketika hari pengumuman keputusan SPM 2023.
“Kepada anak-anak SAS, raikan hari ini dengan penuh kegembiraan dan penuh rasa rendah diri kerana ini adalah hasil ikhtiar dan usaha kalian semua sebagai Warriors1923.
“Pastinya tidak ada kata-kata yang lebih berharga melainkan syukur dan juga tahniah kepada anda semua atas usaha dan juga ikhtiar yang telah dilakukan dalam membanggakan ibu bapa, sekolah dan diri sendiri.
“Ucapkanlah rasa terima kasih kepada ibunda serta para pendidik yang telah memberikan yang terbaik untuk kalian semua,” tambahnya.
Sekadar makluman, Warriors1923 merupakan nama kumpulan bagi pelajar sekolah tersebut yang menduduki SPM pada tahun 2023.
Angka 1923 pada nama itu merujuk pada tahun mereka mendaftar masuk sebagai pelajar tingkatan satu pada tahun 2019 dan tahun akhir pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan lima pada 2023.
Untuk rekod, ranking SPB terbaik tidak rasmi menujukkan SAS berada di kedudukan pertama, diikuti Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di kedudukan kedua dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) di kedudukan ketiga.
Ranking tidak rasmi yang melibatkan sekolah bukan SBP pula menunjukkan SAS berada di kedudukan kedua selepas Maahad Tahfiz Negeri Pahang, demikian menurut laporan Vocket.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.