Dari sudut kesihatan dan kecantikan, kekurangan nutrien selalu dikaitkan sebagai sebab utama masalah kulit kering. Ini kerana pembentukan lapisan lipid di bawah kulit memerlukan nutrien asid lemak perlu. Begitupun, jangan mudah membuat kesimpulan sendiri.
Jika masalah kulit dihadapi tidak berkurangan selepas pengambilan diet seimbang, vitamin dan amalan gaya hidup yang sihat, ada baiknya jika merujuk terus kepada doktor. Boleh jadi masalah kulit yang dihadapi berisiko untuk menjejaskan kualiti hidup dalam jangka panjang.
Berikut beberapa jenis penyakit kulit yang sebahagiannya dianggap remeh kebanyakan orang terutama golongan lelaki.
Folikulitis
Folikutis disebabkan serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul (jerawat yang mengandungi nanah) terbentuk. Masalah ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejalanya biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.
Untuk merawat masalah ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akan menjadi kronik dan berlanjutan.
Ekzema
Ekzema atau dermatitis atopik ialah penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi pada orang yang mewarisi kulit sensitif atau terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema. Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.
Oleh kerana kulit terasa gatal, pesakit biasanya cenderung menggaru sehingga kulit bercalar. Perlu diketahui bahawa ekzema tidak boleh diubati. Rawatan hanya boleh membantu melegakan rasa ketidakselesaan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.
Ads
Kudis buta
Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, paha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.
Pesakit akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang menghidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh tungau.
Jerawat
Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja membabitkan muka, malah turut menjejaskan bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersumbat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak. Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.
Ads
Sekalipun jerawat tidak membawa risiko maut, namun ia boleh mempengaruhi kehidupan sosial seseorang. Ia boleh dielakkan dengan meningkatkan kebersihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan jerawat, tetapi perlulah mengikut perskripsi dan arahan doktor.
Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C serta kurangkan pengambilan lemak.
Sopak
Dalam bahasa perubatannya disebut sebagai vitiligo. Ia sejenis penyakit kulit yang membuatkan kulit penghidapnya bertompok putih dan tidak mempunyai pigmen. Sopak dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi. Melanosit iaitu sel yang menghasilkan pigmen akan dirosakkan antibodi pesakit itu sendiri.
Ads
Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok putih pada kulit, termasuklah pada bahagian tubuh yang memiliki rambut atau bulu. Begitupun, penyakit ini tidak mendatangkan rasa sakit atau gatal mahupun berjangkit.
Epidermolysis Bullosa (EB)
Dikenali dengan penyakit kulit rapuh, EB merangkumi kumpulan penyakit kulit yang diwarisi. Bagi seseorang yang mempunyai penyakit EB, lepuhan air mudah terbentuk pada kulit dengan hanya trauma kecil seperti geseran, gosokan, garu atau pita pelekat. Bagi kes yang teruk, lepuhan air boleh terbentuk secara spontan dan di dalam badan seperti saluran esofagus atau usus.
Secara amnya, kulit mempunyai dua lapisan, iaitu epidermis dan dermis yang dipanggil zon perantara. Kedua-dua lapisan terikat bersama oleh 15 jenis protein kulit seperti kolagen, keratin dan plektin. Bagaimanapun, EB boleh berlaku apabila salah satu protein kulit ini berkurangan atau tiada langsung. Kerosakan atau mutasi pada gen yang membentuk protein kulit boleh menyebabkan kekurangan ini.
Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami kira-kira satu hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui, tetapi kecenderungan genetik dan faktor alam sekitar dikenalpasti turut memainkan peranan.
Penyakit ini dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Marathon adalah acara yang panjang, bukan hanya larian pendek sahaja. Dan, bercakap mengenai marathon, baru-baru ini tular di media sosial akan bahayanya marathon terhadap buah pinggang.
Namun, menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Rafidah Abdullah yang juga seorang pakar buah pinggang, dan pelari marathon, telah beri penjelasan mengenai perkara ini.
Maraton & Buah Pinggang
Ramai orang nampak kelam-kabut bila membaca rencana akhbar tempohari mengenai maraton membahayakan buah pinggang. Mungkin sebab saya seorang pelari maraton juga seorang Pakar Buah Pinggang, sangat ramai yang ajukan soalan dan kerisauan mereka.
Perlu diterangkan istilah maraton adalah acara 42km; bukan 5, 10, 21km. Sesiapa yang pernah berlari 42km akan tahu akan ianya memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi. Tentunya ia akan menjadi beban kepada badan kita.
Apakah “acute kidney injury?”
Ianya kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba). Klasifikasinya mengikut AKIN ada 3 tahap: AKIN 1, 2 dan 3 (3 yang paling teruk). AKIN tahap 1 adalah peningkatan bacaan darah creatinine 1.5 ke 2 kali ganda daripada “baseline”. AKIN tahap 2, adalah 2 ke 3 kali ganda peningkatan. Jika gejala akut, kebiasaannya ia pulih semula jika penyebabnya dikenal pasti dan dirawati.
Mari kita lihat kajian ini secara terperinci. Sampel diambil daripada 22 orang. Sebelum, sehari selepas & dua hari selepas maraton. 82% (18 orang) menunjukkan AKIN tahap 1 & 2. Ianya tiada simptom atau gejala. Anda tidak merasa apa-apa pun.
Tidak ketahui: Samada mereka minum sebanyak mana, latihan persiapan bagaimana. Yang tahu, kesemuanya pulih seperti sedia kala.
Memang betul & telah dibuktikan yang kerosakan buah pinggang akut (Acute Kidney Injury) ada risiko untuk menjadi masalah Kronik dimasa akan datang.
Tidak diketahui lagi apakah ada masalah jangka masa panjang dalam konteks ini. Kajian 22 orang sangat kecil, TIDAK boleh dibuat kesimpulan dan generalisasikan untuk semua orang.Perlu kajian/observation lebih terperinci & lama.
Nasihat professional saya, merangkap seorang Pakar Buah Pinggang juga pelari maraton, inilah antara cara-cara penjagaan:
1. Respect the distance
Training / latihan & persiapan sangat penting. Jangan lah dok eksyen tiada training pun anda boleh habiskan maraton. Ini membahayakan kesihatan anda. Dengan latihan, badan & otot anda akan lebih biasa & peka dengan larian sejauh itu. Risiko “rhabdomyolysis” kurang, salah satu penyebab kegagalan buah pinggang akut (rosak secara tiba-tiba) selepas aktiviti fizikal yang berat.
2. Kekalkan hidrasi Kekalkan hidrasi anda sebelum, semasa & selepas maraton
3. Elak makan ubat tahan sakit
Elakkan makan ubat tahan sakit jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (seperti Ponstan, Voltaren dan yang sewaktu dengannya) selepas larian tersebut.
Perlukah maraton sejauh 42km untuk kekal sihat? Jawapannya tidak perlu. Cukup dengan 150minit senaman seminggu dan pemakanan seimbang. Artikel ini bukan alasan anda tidak bersenam langsung. Mereput, tak buat apa-apa lagi bahaya.
Sumber : Siakap Keli
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan negara kita cukup kaya dengan pelbagai jenis juadah makanan, pemanis mulut, minuman dan juga buah-buahan. Ia satu anugerah yang cukup dihargai oleh setiap warganegara Malaysia.
Namun di sebalik anugerah itu kita juga perlu peka dengan aspek kesihatan dan pengambilan makanan yang seimbang.
Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap diabetes tertinggi di Asia? Malah negara kita juga antara paling ramai mengikut populasi pendduk selepas Arab Saudi!
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.
Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang memberikan komplikasi yang cukup buruk kepada penghidapnya. Ia merupakan penyakit yang serius berlaku disebabkan paras gula dalam badan yang tinggi.
Laporan tersebut juga mendapati satu dalam lima orang individu dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.
Dan diabetes juga menjadi salah satu faktor utama terjadinya sakit jantung dan juga angin ahmar. Ramai yang beranggapan hanya orang yang berbadan besar sahaja mempunyai risiko diabetes.
Namun anda silap kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika anda terutama tidak menjaga makan dan banyak mengambil makanan bergula maka risiko anda lebih tinggi.
Ramai juga lelaki terutamanya di peringkat usia muda seakan-akan tidak percaya bahawa mereka juga terdedah dengan diabetes. Jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, silalah segera mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dengan doktor.
Sering Rasa Haus
Penghidap kencing manis juga sering berdepan masalah ini. Apabila membuang air kecil dengan banyak ia akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan akan menyebabkan rasa dahaga. Menurut statistik, kebanyakan penghidap penyakit diabetes juga kerap cuba menghilangkan rasa meminum air manis. Dan ini akan memburukkan lagi keadaan.
Selalu Rasa Letih
Salah satu petanda yang paling ketara bagi seseorang yang menghidap kencing manis ialah akan berasa cepat letih.
Perkara yang berlaku seperti ini merupakan satu hal yang serius kerana ia mungkin disebabkan makanan yang anda makan tak dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara menyeluruh.
Perkara ini berlaku apabila anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah.
Hal boleh berlaku kerana badan mempunyai paras gula (glukosa) yang tinggi. Hal ini juga boleh apabila terjadi kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin yang menurun dengan mendadak.
Mudah Marah
Kalau anda sendiri perasan diri sering marah-marah maka perlulah ambil perhatian. Penghidap kencing manis pada tahap awal akam sering berasa tidak senang duduk dan ada gejala kemurungan.
Anda berasa letih dan tak mahu berbuat apa-apa malah rasa malas nak keluar daripada rumah dan nak tidur saja.
Jika anda mengalami apa-apa kecederaan dan medapati ia sukar sembuh maka ada something wrong. Sistem imun di dalam badan anda dan juga proses merawat luka pada badan tidak berjalan dengan baik apabila anda memiliki paras gula yang tinggI.
Pesakit diabetes mempunyai parut luka yang jelas kerana proses penyembuhan yang perlahan.
Penglihatan Terjejas
Semasa peringkat awal diabetes, kanta mata anda tak dapat memberi fokus dengan baik kerana glukosa terkumpul di bahagian mata. Lalu ia menyebabkan bentuk asal kanta mata berubah untuk sementara waktu. Selepas enam ke lapan minggu mata anda akan pulih seperti biasa. Tapi anda jangan risau kerana diabetes tak akan menyebabkan anda buta.
Semoga perkongsian ini memberikan anda sedikit sebanyak tentang kesedaran akan risiko penyakit kencing manis atau diabetes.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakan lelaki pasti mengimpikan otot lengan yang mantap, padat dan kekar sebagai simbol lelaki gagah. Walaupun otot lengan anda nampak ‘kuyu’ dan tidak mantap, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda miliki lengan sebegitu.
Ada cara-cara untuk anda membentuk lengan proporsional dan kekar. Sebenarnya membentuk otot lengan adalah lebih mudah jika nak dibandingkan dengan membentuk otot pada perut dan dada. Malah senaman untuk membentuk otot lengan ini juga boleh anda lakukan hanya di rumah, asalkan ia dibuat secara rutin.
Berikut adalah empat cara untuk anda membesarkan otot lengan agar tampak lebih tegap dan kekal seksi.
1. Latihan ringan arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal anda boleh berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah dengan berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi.
Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf O dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
2. Lakukan push up secara rutin
Push up sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai.
Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika anda sudah biasa.
3. Lakukan gerakan concentration curl
Latihan penting lain yang perlu anda buat adalah concentration curl. Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya, duduk dan rentangkan kaki anda. Setelah itu lengan diletakkan di hadapan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda.
4. Lakukan pull up dengan betul
Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah anda bergantung pada palang yang mendatar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu.
Setelah itu, angkat tubuh ke atas hingga dada lurus sebaris dengan palang yang anda pegang. Latihan ini sememang agak berat. Namun untuk latihan awal, anda lakukan sebanyak lima kali dahulu dan teruskan hingga 10 kali setelah anda sudah biasa.
Empat latihan ini jika anda lakukan secara rutin boleh membentuk otot lengan agar kelihatan kekar proporsional seperti Chris Hemsworth. Selain bersenam, jangan lupa mengambil pemakanan yang sihat dan bergizi untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot pada lengan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki give up lepas sebulan gym sebab tak faham fasa awal, salah cara latihan, dan cepat hilang motivasi. Ketahui sebab sebenar dan cara kekal konsisten supaya tak burnout.