Bagi ramai lelaki di natara cabaran yang cukup ramai alami ialah kondisi rambut yang semakin panjang. Ini kerana sejak Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac yang lalu dan hinggalah ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat yang bermula baru-baru ini masih tidak membenarkan aktiviti upah tukang gunting rambut.
Buat peringatan bersama kerajaan masih lagu belum memberi kebenaran untuk mana-mana kedai gunting rambut atau salun beroperasi meskipun kes jangkitan COVID-19 di kalangan warga tempatan telah semakin berkurang.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan bahawa ia masih lagi dilarag. Bukan sahaja gunting rambut di premis malah tindakan mengupah tukang gunting datang ke rumah juga tidak dibenarkan.
Ads
Jelasnya lagi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung keluhan orang ramai dan pengusaha kedai gunting rambut.
Difahamkan SOP tersebut belum lagi dibentangkan oleh MKN dan masih menunggu tarikh. Kerajaan hanya akan berikan keputusan untuk benarkan premis gunting rambut beroperasi bergantung kepada SOP dibentangkan.
Ads
Malah, gunting rambut masih lagi dalam senarai aktviti dilarang di mana sahaja seluruh negara.
Ads
Jadi buat anda yang sudah berambut panjang bersabarlah ya. Atau anda boleh ikuti tip penjagaan rambut bersama MASKULIN.
Dua kategori pendakap gigi palsu yang biasa didapati di pasaran.
Pertama, ia terdiri daripada pendakap gigi jenis plastik yang dipakai sendiri secara lekap oleh pengguna mengikut kemahuan masing-masing dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.
Satu lagi kategori ialah pendakap gigi yang diperbuat daripada aloi besi bergred rendah yang tidak stabil dan mudah karat.
Ciri fizikal pendakap gigi asli dan tiruan mungkin kelihatan serupa saja dari sisi mata kasar, tetapi gred dan kualiti aloi tahan karat yang digunakan dalam amalan pergigian diiktiraf sangat berbeza.
Pendakap gigi preskripsi diperbuat daripada aloi berkualiti tinggi dan stabil di dalam mulut untuk tahan karat di bawah pengaruh suhu serta asid dalam makanan.
Selain besi tahan karat, pendakap gigi asli juga boleh didapati dalam jenis seramik, plastik, pendakap boleh tanggal dan ‘clear aligner’ yang selamat menurut preskripsi amalan pergigian.
PENDAKAP GIGI PALSU
Besi yang digunakan mudah karat sekali gus memberi kesan kepada sistem dalaman badan akibat karat yang ditelan berulang kali sama ada secara sedar atau sebaliknya meskipun dalam kuantiti yang kecil.
Justeru, penggunaan pendakap palsu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan kesan kepada kesihatan mulut serta organ utama lain dalam badan.
Daripada pergerakan gigi yang tidak dapat dikawal, kerosakan gusi dan gigi longgar serta luruh, sehinggalah kepada kanser mulut dan perut boleh terjadi akibat pemakaian pendakap gigi tidak asli.
Pelarutan elemen nikel, kromium daripada besi bergred rendah di bawah pengaruh suhu dan asid di dalam mulut mengakibatkan mukosa mulut pemakai bersentuhan sekali gus menelan elemen karsinogenik terbabit secara berterusan.
Keadaan ini berupaya meningkatkan risiko kanser mulut dan sistem penghadaman atau usus. Akibat pemakaian pendakap palsu ini juga, pergerakan gigi yang mendadak menyebabkan akar gigi rosak, malah terdedah pula kepada risiko gigi berlubang apabila kebersihan mulut tidak dipantau oleh doktor gigi bertauliah.
RM5000 UNTUK RAWATAN
Individu yang disaran memakai pendakap gigi hanyalah mereka yang bermasalah gigi jarang, gigi berlapis atau rahang tidak harmoni dengan gigitan yang tidak normal.
Oleh itu, pakar ortodontik memastikan susunan gigi kembali seimbang, harmoni dan optimum dari aspek kesihatan mulut, estetik serta fungsi untuk pengunyahan dan pertuturan selepas pendakap gigi dipakai.
Populariti pendakap palsu ini disebabkan faktor budaya atau tekanan rakan sebaya untuk kelihatan seolah-olah individu itu mampu memakai pendakap gigi dan diterima oleh masyarakat yang terlalu taasub dengan materialistik.
Harga pendakap gigi asli yang disarankan pakar ortodontik termasuk kos rawatan susulan setiap bulan selama dua hingga tiga tahun dengan bahan berkualiti tinggi iaitu dalam lingkungan RM5,000 namun bayaran boleh dibuat secara ansuran.
Penggunaan pendakap gigi palsu oleh mereka yang tidak layak boleh menyebabkan saraf dan saluran darah pada gigi mati serta mengalihkan gigi. Ia boleh dikatakan fesyen yang sangat membimbangkan.
Selain itu, terdapat juga laporan tentang risiko kematian yang dikaitkan dengan bahan berbahaya seperti plumbum dalam pendakap gigi palsu. Pengguna akan berisiko mendapat masalah gusi, ulser mulut, jangkitan mulut, gigi berkalih, kehilangan gigi dan lain-lain.
Walaupun reka bentuk dan warna yang menarik, penggunaan alat yang tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan. Alahan kepada bahan yang digunakan atau tertelan kelengkapan yang tercabut mungkin boleh berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
‘Apa yang membelenggu fikiran manusia hari ini? Masa hadapan yang tidak ketentuan, krisis dunia yang tidak berakhir, peperangan tanpa batasan, campur kuasa politik mengugat rakyat sejagat, menyebabkan beberapa implikasi pada dunia, juga ketamadunan manusia hampir musnah dek mengejar kepuasan diri.’
Pentas fesyen lelaki untuk musim Fall/Winter 2017 kali ini membincangkan segala krisis yang berlaku dengan mempersembahkan koleksi rekaan yang berbalik kepada asas. Lebih logik dan relevan dalam penghasilan reka bentuk pakaian, barisan pereka seakan melupakan seketika era rekaan yang glamor dan penuh warna-warni. Kali ini ia lebih bercerita mengenai hati mereka sendiri dan disampaikan dengan gaya artistik melalui penghasilan koleksi mereka.
Kesibukan wargakerja di Wall Street menganalisis saham, pengendali pemasaran mengerah idea di Leo Burnett serta kemegahan legasi Trump dalam mengemudi dunia perniagaan menjadi kunci utama barisan pereka menghasilkan rekaan ala business wear ini. Namun, dengan mencedok sedikit elemen moden, mewah persis normcore, workwear yang direka dalam pentas F/W 17 kali ini lebih berbeza dengan siluet kemeja yang lebih besar, jua pemakaian tali leher satin potongan lebih panjang juga berkonsepkan ala misteri dari segi keseluruhan penggayaan. Mungkin tampak sedikit tidak terurus / tidak formal, namun gaya ini adalah gambaran komuniti Wall Street pada hari ini, berbeza dari tahun 1985. Potongan seluar yang sedikit besar dan lebar juga antara percaturan dalam imej business class ini.
Gabungan perkataan ‘normal’ dan ‘hardcore’ ini membawa maksud menjadikan sesuatu yang biasa itu lebih eksklusif. Seiring peredaran dunia fesyen yang kianrancak, permintaan dari masyarakat khususnya yang tidak terlalu mementingkan gaya fesyen inginkan sesuatu yang simple, casual dan clean. Maka lahirlah konsep normcore ini dengan idea menggabungkan ceraian produk dan menjadi satu gaya yang lebih minimal namun tampak mahal. Bukan semua orang ingin kelihatan glamor setiap masa, dan normcore ini adalah idea trend terbaik untuk anda yang mahukan gaya santai tapi eksklusif. Apa yang penting, anda haruslah punya ilmu suai padan yang lebih ekstrem!
Merah kali ini bukanlah simbolik kepada percintaan. Malah lebih memfokuskan kepada elemen keberanian juga semangat tegar dalam diri setiap individu. Pastinya rona merah ini menjadi pilihan kaum Adam hari ini untuk tampil lebih berkeyakinan dan segak. Bukan itu sahaja, malah simbol kepada elegance juga dapat dilihat dari pemakaian warna merah ini. Bukankah rona merah ini pelengkap gaya yang terbaik untuk anda? Barisan pereka seperti Dior Homme dan Balenciaga antara yang mempertaruhkan rona merah sebagai elemen bonus dalam rekaan koleksi mereka.
Tidak lari elemen seni dalam rekaan yang menarik. Pentas F/W 17 kali ini menyaksikan barisan pereka memfokuskan corak seni dalam menjadikan ia sebagai elemen utama setiap helaian. Warna, simbol, corak geometri avant-garde, serta craftsmanship yang lebih teliti dan kemas antara penyebab utama konsep ini diterima ramai. Biarpun dilihat seperti hasil kerja pelajar, namun ia diadun dengan unsur eksklusif, sekaligus menjadikan ia cebisan idea yang mewah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia, Malaysia #QuranHour kali ke-10 membawa tema “Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara”.
Berpandukan Surah al-Jumu’ah dan Surah al-Hujurat, acara ini bertujuan menghayati nilai-nilai murni dalam al-Quran dan Sunnah untuk mencapai kesatuan dan kesejahteraan.
Program ini bakal diadakan serentak di seluruh negara ia bersiaran secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos 2024, dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff menyatakan kerjasama dengan pelbagai organisasi adalah kunci kejayaan program ini. Penglibatan agensi media, kerajaan, korporat, NGO, dan institusi pendidikan dalam kempen #QuranHour menunjukkan komitmen dalam menyatukan rakyat.
“Penyatuan media dengan al-Quran bermula 2015 hingga kini, kempen #QuranHour iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour telah mencatatkan keseluruhannya 7.3 bilion capaian sosial dan 76 negara,” tambahnya.
Media yang terlibat termasuk Astro Oasis, TV Alhijrah, TV9, Astro Awani, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Media Prima, New Straits Times Press (NSTP), Zayan FM dan Denaihati.com.
RTM, sebagai penyiar utama, menjemput semua rakan media untuk menyiarkan “live feed” Malaysia #QuranHour serentak pada hari tersebut.
Malaysia #QuranHour dianjurkan dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta rakan sinergi seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Ia turut disokong oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Rasuah Buster, Karya Bestari, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, serta pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Tema “Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara” menekankan kebebasan dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT, kebebasan dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dan kebebasan dari kezaliman kepada keadilan Islam.
Ini bertepatan dengan nilai-nilai Rukun Negara yang, jika difahami dan diamalkan, mampu membawa kemakmuran kepada negara yang berbilang kaum, agama, dan budaya ini.
Tiga golongan penting, iaitu Ulama, Umara, dan Ummah (3U), memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan negara. Ulama menyebarkan ilmu dan panduan moral, Umara’ memimpin dengan adil dan bertanggungjawab, dan Ummah menjalin silaturahim serta menyokong perpaduan.
Misi Malaysia #QuranHour 2024 adalah untuk membentuk perpaduan dan kesatuan hati melalui kefahaman nilai keimanan yang sempurna, sejajar dengan hadis Rasulullah SAW, “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya” (HR Tirmizi No: 2537).
Keimanan yang kukuh adalah kunci perpaduan sejati dalam masyarakat, dan Malaysia #QuranHour berusaha merealisasikan ini demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.