Seorang lelaki maskulin harus bertubuh sasa dan berkarisma. Dia bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupan harian. Tidak membuang masa, juga mempunyai tujuan hidup dan fokus untuk diri sendiri supaya cergas dari segala aspek. Diri harus percaya dan yakin akan keupayaan diri.
Bila bermula
Sebelum 2013, saya seorang yang sangat kurus. Bayangkan, berat badan saya hanya 45 kilogram. Jadi, saya mahu berubah ke arah yang lebih baik ataupun dalam erti kata yang lain, lebih berisi. Saya berazam untuk mengubah pandangan orang dan memberi orang-orang yang senasib dengan saya satu inspirasi bahawa badan yang kurus juga mampu untuk mengangkat berat dan melakukan aktiviti kecergasan.
Erti kecergasan
Kecergasan memerlukan minda kelas pertama. Ia menjadikan seseorang itu ingin berubah ke arah yang lebih baik dan sihat. Ia mengajar kita agar tidak mudah berputus asa. Yakin dan percaya sehingga boleh jatuh cinta pada diri sendiri. Kecergasan itu adalah nilai disiplin yang tinggi, merangkumi semua aspek seperti masa, pemakanan, kehidupan dan rehat yang secukupnya.
Kecergasan mengubah kondisi badan saya secara ketara. Sama ada dari sudut rohani mahupun fizikal. Saya lebih yakin dengan diri saya yang sekarang. Saya tidak lagi membuang masa kerana disiplin mengajar saya untuk terus fokus ketika melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan.
Rutin harian
Ads
Setiap pagi sebelum mandi, saya akan lakukan push up sebanyak 300 kali maksimum. Sarapan pula, lima biji telur bersama susu protein dan Nescafe. Berkenaan pemakanan pula, saya akan memakan lima hidangan sehari dengan pengambilan susu protein sebanyak tiga kali sehari. Pada malam hari, saya akan ke gimnasium untuk melakukan rejim kecergasan saya. Paling minimum, saya akan meluangkan masa selama satu jam di situ. Selepas itu, saya akan pulang ke rumah untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Pencapaian
Wakil Malaysia dalam bidang peragaan badan. Saya mewakili Malaysia sebagai Mr Malaysia sebanyak dua kali pada tahun 2015 di Indonesia dan Filipina. Di Indonesia, saya memenangi johan kategori ‘Sukan’ dan tempat kedua kategori ‘Public Speaking’.
Di Filipina pula, saya naib juara daripada 27 buah negara. Saya memenangi empat gelaran dari lima gelaran yang dipertandingkan iaitu best ‘Beach Wear’, ‘Best Suit’, ‘Best Swimwear’ dan yang paling saya bangga hasil usaha keras saya selama dua tahun, ‘Best Body Physic’.
Ads
Inspirasi
Bapa saya, Tony Suaib. Tanpa beliau, saya tidak wujud. Dia seorang yang tidak pernah kenal putus asa dan sifat itu mengajar saya supaya kekal berdisiplin dan fokus untuk berjaya. Yang kedua, bapa angkat saya, Dato’ Mahadzir Lokman. Dia tidak pernah jemu memupuk dan menasihati saya untuk terus berjaya.
Tip kecergasan untuk bapa baru
Ads
Bersenamlah di rumah atau pun mengubah waktu bersenam pada siang hari supaya boleh meluangkan masa pada waktu malam bersama keluarga. Mencari pusat senaman yang berdekatan dengan rumah, kita tidak tahu jika tiba-tiba berlaku kecemasan di rumah. Pemakanan seimbang harus selari dengan aktiviti kecergasan untuk tubuh badan yang ideal.
Perancangan
Membuka sebuah gimnasium yang berkonsep, ‘Sport, Fitness & Cafe’, di mana ia menyediakan kemudahan seperti gimnasium, futsal, badminton dan cafe (hidangan sihat) di bawah satu bumbung. Saya harap ia menjadi rumah kedua kepada semua pengamal kecergasan dan sukan di luar sana. Harapan saya supaya saya dapat menjadi inspirasi kepada golongan belia untuk berjaya dalam arena kecergasan ini. Stay believe, stay humble, stay positive and stay focus !
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda adalah seorang yang aktif ke gym, anda perlu tambah kekerapan pengambilan makanan ada. Ini adalah kerana anda perlukan lebih banyak kalori untuk dibakar berbanding yang tidak aktif bersukan. Kekurangan pengambilan makanan akan membuatkan anda cepat penat dan otot anda menjadi kejang.
2. Susun jadual pemakanan
Ambil makanan anda sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda bersenam. Ia akan memberikan masa yang cukup untuk badan anda menghadam makanan yang diambil dan seterusnya membekalkan tenaga untuk anda bersenam. Selepas sesuatu sesi senaman atau latihan, ambil makanan dalam kuantiti yang kecil contohnya makan buah-buahan untuk menggantikan semula zat-zat yang hilang ketika anda bersenam.
3. Tingkatkan kadar karbohidrat dalam makanan
Karbohidrat memberi badan kita lebih banyak tenaga dan boleh menggantikan nutrien dan zat yang hilang ketika anda bersenam. Anda perlu ambil karbohidrat sebelum dan selepas sesuatu aktiviti fizikal yang anda lakukan.
4. Tingkatkan sumber protein dalam makanan
balanced diet, cooking, culinary and food concept – close up of different foodstuffs on table
Untuk membina otot dengan cepat, anda perlu tambah sumber protein setiap hari. Ikan, daging dan ayam merupakan sumber protein yang baik untuk membina otot. Anda juga boleh mengambil protein shake untuk membina otot dengan cepat.
5. Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Semua buah-buahan dan sayur-sayuran bagus untuk memberikan tubuh anda vitamin dan nutrien yang cukup ketika anda membuat senaman bina badan yang berat untuk mempercepatkan pembesaran otot.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemain lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, mencatat sejarah tersendiri apabila namanya tersenarai sebagai salah seorang daripada tiga calon untuk anugerah berprestij ‘AFC Player of The Year 2025’.
Majlis penganugerahan ini akan berlangsung di Riyadh pada 16 Oktober 2025, anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Pencalonan ini menandakan satu detik bersejarah buat bola sepak Malaysia kerana Arif menjadi pemain pertama dari negara ini yang berjaya menembusi senarai akhir calon anugerah tersebut.
Sepanjang musim lalu, Arif mempamerkan aksi luar biasa di pentas domestik dan Asia.
Beliau berjaya menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite, selain memainkan peranan penting membantu Harimau Selatan meraih empat kejuaraan domestik.
Secara keseluruhan, pemain berusia 23 tahun itu menutup musim 2024-25 dengan 42 penampilan, 18 gol serta 14 bantuan jaringan, sekali gus membuktikan konsistensi serta ketajamannya di bahagian serangan.
Saingan Sengit Dengan Bintang Asia
Foto : Majoriti
Arif bukan bersendirian dalam perebutan anugerah berprestij ini.
Dua lagi calon yang bakal menjadi saingan utamanya ialah Akram Afif, penyerang utama Qatar dan kelab Al-Sadd, serta bintang Arab Saudi yang beraksi bersama Al-Hilal, Salem Al Dawsari.
Kedua-dua pemain ini mempunyai reputasi besar di pentas Asia, sekali gus menjadikan pencalonan Arif sebagai satu pengiktirafan besar terhadap kebolehannya yang kini sebaris dengan nama-nama terkemuka rantau ini.
Tidak berhenti di situ, Arif meneruskan prestasi cemerlangnya pada musim semasa 2025-26.
Setakat ini, beliau sudah melakukan 9 penampilan dengan rekod 5 gol serta 10 bantuan jaringan, menjadikan dirinya kekal sebagai tonggak utama JDT di jentera serangan.
Prestasi ini sekaligus menunjukkan bahawa pencalonannya bukan sekadar nasib, tetapi hasil kerja keras, disiplin, dan bakat semula jadi yang dimilikinya.
Kebanggaan Negara, Inspirasi Generasi Muda
Foto : Berita Harian
Pencalonan Arif Aiman sebagai calon ‘AFC Player of The Year 2025’ membawa erti besar buat bola sepak Malaysia.
Ia membuktikan bahawa pemain tempatan juga mampu berdiri sama tinggi dengan bintang Asia lain.
Lebih penting, kejayaan ini diharap dapat menjadi sumber inspirasi buat generasi muda untuk terus mengejar impian dalam bidang sukan, khususnya bola sepak.
Buat penyokong bola sepak tanah air, pencalonan ini adalah bukti nyata bahawa Malaysia masih mampu melahirkan bintang berkualiti di pentas antarabangsa.
Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
2.DILARANG SKIP SARAPAN
Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
3.AMBIL KOLESTEROL BAWAH 300 MG
Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari. Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yan
4.MAKAN BUAH SETIAP MALAM
Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus seperti lemon atau limau. Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
5.CUKUP PROTEIN
Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.