Ramai lelaki mungkin tak sedar, tabiat onani atau masturbasi yang terlalu kerap boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan seksual.
Menurut Dr Say, lelaki yang lebih “enjoy” dengan onani berbanding bersama pasangan berisiko tinggi untuk mengalami mati pucuk atau erectile dysfunction (ED), termasuk pada usia muda.
Ramai yang takut bila dengar perkataan “mati pucuk” seolah-olah bermaksud mustahil untuk dapat anak.
Hakikatnya, itu tak semestinya benar. Dengan teknologi moden seperti IVF (In Vitro Fertilisation), sperma masih boleh diambil melalui prosedur tertentu untuk proses kehamilan.
“Kalau seseorang tak boleh buat penetrasi kerana masalah ereksi, sperma tetap boleh diekstrak untuk tujuan IVF. Jadi mati pucuk bukan penamat. Cuma, ia tetap masalah besar yang boleh jejaskan keyakinan diri dan hubungan rumah tangga,” jelas doktor.
Punca Mati Pucuk di Usia Muda
Mati pucuk bukan lagi isu yang hanya dikaitkan dengan orang berusia.
Realitinya, semakin ramai lelaki muda turut berdepan dengan masalah ini. Antara punca utama datang daripada faktor psikologikal seperti tekanan, kemurungan, keresahan, atau rasa nervous yang berlebihan ketika bersama pasangan.
Selain itu, faktor fizikal juga memainkan peranan, contohnya penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan tertentu.
Satu lagi punca yang sering dipandang ringan ialah tabiat seksual, terutamanya apabila lelaki terlalu biasa dengan onani.
Ads
Dalam jangka masa panjang, ada yang menjadi lebih “selesa” dengan genggaman tangan sendiri berbanding keintiman bersama pasangan, lalu memberi kesan kepada prestasi seksual sebenar.
Ads
“Bila lelaki terbiasa kawal grip tangan semasa onani, otak dan badan akan ‘terprogram’ hanya respon dengan stimulasi itu. Bila bersama isteri, mereka rasa kurang sensasi, lalu sukar mengekalkan ereksi. Lama-lama ia boleh jadi mati pucuk.”
Apa Yang Lelaki Patut Buat?
Masalah mati pucuk di usia muda bukanlah pengakhiran, malah boleh dicegah dan dirawat jika lelaki mengambil langkah yang betul.
Pertama sekali, penting untuk mengurangkan onani, atau hentikan terus jika sudah sampai tahap ketagihan kerana ia boleh menjejaskan keintiman bersama pasangan.
Ads
Seterusnya, amalkan rutin hidup sihat dengan bersenam secara konsisten, menjaga pemakanan, dan mengawal tahap stres harian.
Jangan sesekali tunggu masalah menjadi lebih serius dapatkan rawatan awal dengan berjumpa doktor sebaik sahaja ada tanda-tanda awal ED.
Akhir sekali, jagalah hubungan dengan pasangan melalui komunikasi yang terbuka tentang isu seksual.
Dengan cara ini, tekanan tambahan dapat dielakkan dan hubungan akan menjadi lebih sihat, baik dari segi emosi mahupun fizikal.
Onani mungkin nampak normal atau sekadar “melepaskan nafsu”, tapi bila ia jadi lebih menyeronokkan daripada hubungan sebenar, itu petanda bahaya.
Kalau dibiarkan, bukan saja boleh bawa kepada mati pucuk, malah boleh runtuhkan keyakinan diri serta keharmonian rumah tangga.
BAIK BURUK DIET TINGGI PROTEIN, RENDAH KARBOHIDRAT
Kini semakin kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Ramai yang mengamalkannya. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi dengan pelbagai produk-produk suplemen di pasaran. Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang?
FAKTA MENARIK PERLU TAHU
Berikut beberapa fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
1-Berat turun cepat. Penurunan berat badan drastik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3kh hingga 4kg pada minggu pertama (sahaja).
2-Berat naik drastik semula. Kini katakan anda amalkan diet protein tinggi, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali pada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan dan sebagainya, berat air dan akan naik dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung pada hubungan glukosa dan insulin.
3-Kurang lapar. Memang. Ini kerana tahap insulin adalah rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.
4-Jangka masa panjang. Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bihun, roti dan buah?
5-Turun air sahaja? Tidak juga. Jika betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600 hingga 1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci pada penurunan berat badan.
6-Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperoleh daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
7-Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD , ketosis dikategorikan sebagai ‘unhealthy metabolic state’ iaitu ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus pada penyakit seperti gout (asid urik tinggi), batu karang atau kegagalan ginjal (buah pinggang). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
8-Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan pada fungsi ginjal badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih ‘wear-n-tear’ akan berlaku jika ia berterusan untuk jangka masa berpanjangan.
9-Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori sehari. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
10-Berapa gram pula dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2 kali potong roti atau 4 kali paket gula meja kecil.
JADI BOLEH DIAMALKAN ATAU TIDAK?
Jawapan itu bergantung pada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Saya sendiri? Saya amalkan diet seimbang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Bagi saya, karbohidrat tetap pilihan utama tapi susah tentu saya lebihkan karbohidrat yang mengandungi serat. Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Langkah pertama dan yang paling selamat untuk dehidrasi atau mengurangkan air dalam sistem badan anda dan menghadkan jumlah kandungan cecair ialah dengan mengurangkan karbohirat.
Setiap gram karbohidrat yang tersimpan di dalam badan anda turut membawa 2-3 gram air. Jadi jika anda dapat membuang lebihan karbohidrat tersebut ber- makna kandungan air itu juga dapat disingkirkan.
Sebab itulah mereka yang memulakan diet rendah karbohidrat akan melihat berat badan mereka menurun secara mendadak pada permulaan diet tersebut.
Lakukan diet rendah karbohidrat dalam tiga atau empat hari untuk menyingkir kandungan air adalah satu strategi yang bijak dan berkesan.
Tapi ingat: apabila anda tingkatkan semula pengambilan karbohidrat, kandungan air badan akan bertambah semula.
Kurus elak nasi?
Kalau anda elak makan nasi atau sumber karbohidrat ala-ala diet Atkins, penurunan berat badan pada awalnya hasil daripada pembuangan air sebenarnya dan jika anda mengambil karbohidrat selepas itu berat akan naik semula dengan cepat. Hati-hati dalam memilih plan diet anda.
Kalau anda tidak cukup pengambilan cecair secara am, badan akan cuba meny- impan sebanyak mungkin untuk keselamatan anda. Jadi untuk membuang air berlebihan tersebut, tingkatkan pengambilan cecair. Banyak mana yang anda perlu minum?
Lihat kepada warna urine anda. Pastikan ia lebih jernih daripada kekuningan.
Sekarang anda sudah pun tahu bahawa garam menjadi penyumbang besar ke- pada masalah gemuk air dan juga hypertension. Maka untuk kurangkan kesan garam terhadap badan anda, kurangkanlah pengambilannya.
Apa, kurangkan air? Bukan tadi baru suruh minum air lebih?
Langkah seterusnya, anda perlu menghadkan pengambilan cecair/air. Langkah ini agak membahayakan dalam misi menyingkirkan air, maka anda mesti berhati-hati.
Anda tidak harus menghadkan pengambilan air dalam jangka panjang. Cukup untuk sehari dua sahaja anda kurangkan pengambilan air, supaya kelihatan lebih langsing.
Tapi hati-hati! Jika anda merancang untuk mengurangkan pengambilan air, pastikan anda kurangkan aktiviti fizikal, kerana risiko anda berasa pening dan pitam adalah tinggi.
Cara yang terakhir untuk mengawal gemuk air ialah dengan mengambil produk diuretik.Ini akan menyebabkan peningkatan dalam pembuangan air kencing. Cara ini amat berkesan untuk memerah kandungan air dalam badan anda, tetapi ini bukan cara yang selamat untuk dipraktikkan.
Anda hanya boleh mempertimbangkan cara ini jika anda sudah berbincang dengan doktor anda dan akan menggunakannya dalam jangkamasa yang sangat pendek.
Selain itu, ini hanya dilakukan oleh mereka yang perlu benar-benar langsing, contohnya mereka yang bertanding dalam bina badan atau pertandingan-pertandingan sepertinya.
Kini anda sudah mengetahui perkara-perkara utama tentang teknik terperinci untuk mengurangkan gemuk air dan kelihatan selangsing mungkin. Lakukan sedikit demi sedikit dengan berhati-hati supaya keselamatan anda terjamin.
Potassium adalah musuh atau lawan kepada sodium (garam). Potassium penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan. Pisang memang sering menjadi makanan kegemaran atlit-atlit kerana ia kaya dengan potassium untuk stabilkan bendalir badan.
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
Hati-hati: Jangan terlalu banyak mengambil serat secara berlebihan yang penting adalah seimbang antara serat protein dan karbo.
Macam mana sudah dapat panduan atasi gemuk air anda?Jika panduan ini bermanfaat silakan share dengan sahabat yang lain moga mereka juga dapat atasi gemuk air.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
*Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Starch, Various types of meat, Hight salts, High fructose syrup, High MSG, Artificial coloring (untuk sosej itu kelihatan lebih pinkish), Preservatives
2) 7000 kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa kepada kanser!
3) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang selama sebulan, berisiko 9 kali lebih tnggi untuk mendpaat Leukaemia.
4) Ibu mengandung yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi mendapat barah otak.
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.