Bestnya bila seharian penat berkerja, balik je suasana rumah macam rumah Datuk Aliff Syukri ni. Biarpun sering dikecam dan melalui banyak dugaan yang datang bertubi-tubi,Aliff Syukri kini mampu untuk mengukir senyuman bahagia apabila dia di katakan sudah dapat melihat rumah impiannya itu hampir siap 100%. Katanya banyak perhiasan di dalam rumah sudah sampai dan di susun cantik, ruang tamu juga nampak sangat mewah dan segala taman dan perhiasan sudah pun sempurna.
Dalam banyak-banyak design yang ada di rumah mewah Aliff Syukri, ukiran taman dengan banyak tanaman cantik menjadi perhatian ramai orang. Kata Aliff syukri, rumahnya itu mempunyai taman rahsia di mana banyak pokok dan hiasan di ambil dari konsep luar negara seperti Italy. Cuba tengok kesemua gambar ini,nampak sangat cantik dan indahkan?
Selain itu, Aliff Syukri turut memelihara beberapa ekor ayam kampung yang akan berkeliaran di sekitar tamannya membuatkan suasana kampung juga ada di wujudkan di rumah mewahnya itu.
Bila petang-petang penat bekerja, makanya di ruang inilah yang akan menjadi tumpuan keluarga Aliff Syukri.Dengan pancutan air terjun yang mengalir dan menenangkan, ada banyak ikan koi berenang di dalam kolam, terasa sangat bahagia bila suasana rumah seperti ini. Betul tak?
Ads
Satu rakaman video di muat naik di mana Aliff Syukri membawa keluarganya untuk berkelah berdekatan dengan kolam ikan koi di rumahnya. Aduh,nampak sangat best dan santai bila makan-makan dengan keluarga sambil menikmati nasi lemak panas macam itu. Yang berada di atas kerusi itu jika anda nak tahu, itulah dia nenek Aliff Syukri.
Jakel sekali lagi memperluaskan operasi perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan baru di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Perasmian pembukaan gedung pakaian terbesar itu diadakan pada 27 Mac dengan tawaran Harga Runtuh sehingga 85 peratus buat pelanggan-pelanggan yang hadir.
Apa yang lebih menarik lagi, kain-kain raya edisi 2018 dibawa masuk mendahului cawangan-cawangan lain ke dalam gedung ini secara eksklusif. Jakel BTHO yang mempunyai keluasan 30,000 kaki persegi ini menempatkan kepelbagaian fabrik di setiap atas mengikut kategori.
Aras bawah sekali menempatkan koleksi kain washable, kain bermeter baju melayu, koleksi pakaian siap lelaki dan wanita, dan banyak lagi. Di aras 1 pula lebih kepada koleksi kain fabrik sutera korea, fabrik plain, fabrik baju melayu songkit dan banyak lagi. Aras 2 pula menghimpunkan ratusan koleksi kain langsir, cadar penggantin dan cadar harian.
Bila kami bertanya kepada Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpula Jakel, lokasi BTHO ini dipilih bersesuaian dengan mereka-mereka yang tinggal berhampiran contohnya seperti di Cheras, Kajang, Balakong dan banyak lagi. Walaupun kawasannya tidak begitu meriah, dan padat, namun kawasan ini lebih selesa kerana kawasannya yang lapang dan kawasan parkir yang luas.
Di samping itu, pelanggan boleh turut menikmati 10,000 pasang kain secara percuma sepanjang tempoh minggu pertama pembukaan gedung. Kepada anda yang masih tidak mempunyai kain untuk Aidilfitri yang bakal menjelang ni, anda boleh Waze Jakel BTHO dan bolehlah dapatkan kain bermutu di gedung Jakel BTHO ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang petarung seni bela diri campuran (MMA) amatur berusia 22 tahun menjadi tumpuan selepas videonya menumbuk seorang pengawal keselamatan sehingga rebah di hadapan sebuah kondominium di Selangor tular di media sosial.
Insiden tersebut dirakam dalam sebuah video yang menunjukkan pertengkaran antara dua individu, di mana petarung itu, yang dikenali sebagai Tony Lim, dilihat menumbuk pengawal keselamatan berkenaan, menyebabkan lelaki tersebut jatuh ke tanah.
Dalam satu temubual bersama personaliti media sosial Caprice di Instagram (@capricedaddycap), Lim tampil menjelaskan bahawa tindakannya bukan bersifat menyerang, sebaliknya atas dasar mempertahankan diri.
“Apabila saya bercakap secara baik dengan dia, lelaki itu telah memprovokasi saya. Jadi, saya hanya mempertahankan diri,” katanya.
Lim turut menjelaskan bahawa kejadian itu berpunca daripada konfrontasi awal antara pengawal keselamatan tersebut dengan seorang lagi penduduk kondominium, yang turut dirakam dalam video berasingan dan menjadi viral.
Menurut Lim, keadaan menjadi semakin tegang apabila dia turun ke bawah pada malam Khamis lalu dan bertembung semula dengan pengawal keselamatan yang sama, kali ini ditemani dua individu lain yang dipercayai merupakan penyelianya.
“Dia tunjuk ke arah saya dan penyelia dia tanya saya, ‘awak ke yang viral-kan dan komen pasal video tu?'”
Lim bagaimanapun menafikan dia terlibat menyebarkan video pertama itu. Tambahnya, pengawal keselamatan terbabit telah diberhentikan daripada tugas selepas kejadian.
“Sebagai seorang yang berlatih MMA, kami hanya mahu mempertahankan diri. Saya tidak mahu memulakan provokasi,” ujar Lim.
Setakat artikel ini ditulis, pihak pengurusan kondominium mahupun syarikat keselamatan yang terlibat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Tahniah skuad Harimau Malaya yang telah melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Dalam perlawanan yang penuh mendebarkan dan dramatik hingga ke saat akhir menentang Thailand semalam, skuad negara telah mencatatkan keputusan seri dua sama.
Dengan kelebihan gol di tempat lawan skuad kendalian Tan Cheng Hoe melayakkan diri ke perlawanan akhir. Ini merupakan final yang keempat buat pasukan Harimau Malaya sejak menyertai kejohanan bola sepak paling berprestij di Asia Tenggara ini sejak tahun 1996.
“Bagaikan nak tercabut jantung!”
Itulah reaksi ramai penyokong-penyokong skuad negara yang menyaksikan perlawanan semalam. Jujur penulis katakan, perlawanan separuh akhir semalam antara yang paling dramatik dalam sejarah kejohanan ini.
Apa tidaknya, dengan baki masa kecederaan beberapa minit sahaja tamat, Thailand diberikan sepakan penalti kerana pengandil mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan negara, Syahmi Safari.
Bagaikan skrip filem yang kadangkala tak masuk akal, sepakan Adisak Kraisorn melambung tinggi hingga ke angkasa. Penulis yakin, seluruh negara pasti riuh dengan gegak gempita jeritan kegembiraan penyokong bola sepak di stadium dan juga di rumah.
Kira-kira jam tiga petang tadi, MASKULIN sempat menyambut wira-wira negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang pulang dari Bangkok. Penulis sempat menemubual beberapa orang pemain negara dan antaranya ialah pemian muda penuh berbakat yang juga ayam tambatan pasukan JDT, Safawi Rasid.
Kelincahannya sepanjang kejohanan ini menyaksikan Safawi sering dikawal rapi oleh setiap pasukan yang menentang skuad negara. Begitu juga dengan perlawanan semalam yang menyaksikan Safawi diasak berkali-kali dengan keras oleh pemain Thailand. Bagai Safawi ia bukanlah satu masalah besar buatnya kerana ini merupakan tanggungjawabnya kepada pasukan dan negara.
Ditanya tentang pasukan manakah yang mahu dihadapinya di final sama ada Filipina atau Vietnam, Safawi berkata dia tidak kisah untuk menentang mana-mana pasukan. “Kami sudah bersedia dan akan cuba dapatkan keputusan baik di sini atau di tempat lawan. Kondisi saya juga agak baik cuma kena buat treatment dan tengok bahagian belakang. saya akan cuba sebab belakang rasa sakit sikit bila membengkok.”
Hari ini ramai pengguna laman media sosial memperkatakan tentang video yang dimuat naik oleh Safawi di Instagram dan juga seorang lagi pemian muda negara, Akhyar Rashid di Twitter. Ramai yang terhibur dengan telatah mereka yang pada permulaan video berkasi seperti tidur diikuti dengan jeritan beramai-ramai ‘Chatcai’. Adakah ia merujuk kepada penjaga gol Thailand iaitu Chatchai Budprom? Ia gara-gara kenyataan berani mati Chatchai sebelum perlawanan yang memberi amaran kepada skuad negara – kononnya mereka bakal berdepan mimpi ngeri bila berdepan Thailand.
MASKULIN turut mendapatkan reaksi daripada Safawi sendiri di KLIA. Jelas Safawi, video tersebut idea ramai-ramai dari rakan-rakan. Dan video itu bukannya ditujukan kepada siapa-siapa. Tapi lebih bersifat kepada bentuk gurauan semata dan ingin meraikan kejayaan mara ke final.
Di Twitter juga terdapat dua video daripada ‘ekor’ Harimau Malaya melakukan aksi sama di lapangan terbang sambil menantikan penerbangan mereka untuk pulang ke Malaysia. Memang kreatif ya korang ni!
Berkenaan kehadiran penyokong terutama Ultras Malaya di Stadium Rajamanggala semalam, Safawi berkongsi rasa terharunya dengan sokongan penyokong yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepadanya dan pasukan.
“Terima kasih tak terhingga saya ucapkan. Marilah sama-sama kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 haribulan ini dan teruskan meyokong kami. Kita MENANG sama-sama, kita kalah SAMA-SAMA!”
Saucony membawa The Maze ke Malaysia buat kali pertama, mengubah Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi trek larian berganti-ganti yang menghimpunkan 20 kelab larian tempatan.