Cabaran ketahanan fizikal merupakan satu ujian atau indikasi kekuatan seseorang. Mungkin anda sendiri yang aktif bersenam setiap hari tidak sedar di manakah tahap ketahanan fizikal anda sama ada dari segi kekuatan, stamina dan ketangkasan!
Disebabkan itulah pertandingan ketahanan fizikal merupakan ujian yang mampu memberikan jawapan terbaik buat mereka yang ingin mengetahui di manakah tahap sebenar mereka.
Di antara pertandingan terbaru yang kini menjadi sebutan ramai ialah UA COMBINE yang dianjurkan oleh Under Armour. UA COMBINE merupakan pertandingan yang dibentuk untuk meletakkan penanda aras prestasi seorang atlet.
Maksud ‘combine’ itu sendiri digunakan di Amerika Syarikat sebagai pertandingan mencari bakat yang dibangunkan untuk memberikan cabaran kepada atlet dari pelbagai latar belakang.
PENGALAMAN SENDIRI
MASKULIN baru-baru ini telah diberi kesempatan mengikuti sendiri UA COMBINE Media Preview di mana kami diberikan pengalaman merasai sendiri beberapa jenis ujian dan disiplin pertandingan tersebut. Jujur MASKULIN katakan ia bukannya mudah!
UA COMBINE bakal dianjurkan beberapa buah negara serantau seperti Malaysia, Singapura, Australia dan Thailand. Edisi ini akan bermula pada 20 Ogos 2022 menyaksikan Singapura menjadi persinggahan pertama UA COMBINE. Ia kemudiannya akan terus dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 20 Ogos, di Sydney pada 17 September dan Bangkok pada 1 Oktober.
Pendaftaran bagi pertandingan UA COMBINE akan dibuka buat seramai 300 orang peserta dengan 150 orang lelaki dan 150 orang wanita. Setiap atlet yang menyertai cabaran ini juga akan menerima competitor lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Ads
Menurut Pengarah Pemasaran Under Armour Asia Selatan-Pasifik, Justin Olivares, “Prestasi ketahanan manusia akan menjadi teras jenama Under Armour. Dengan pertandingan UA COMBINE, kami membayangkan ia bukan tertumpu kepada pertandingan fizikal malah mencabar skil atletik dan kekuatan mental. Ia akan menjadi satu pengalaman unik buat peserta yang benar-benar ingin mencabar diri mereka.
“Tahun ini kami akan mengadakan sebanyak empat edisi UA COMBINE dengan matlamat menjadi sebuah acara yang mempunyai kredibiliti tersendiri bagi atlet bersaing secara kompetitif untuk menjadi atlet terbaik di rantau ini”.
Peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan UA COMBINE perlu melalui sebanyak 8 ujian fizikal dan mental yang disediakan oleh Ketua Prestasi Atlet Global Under Armour, Micahel Watts.
“UA COMBINE akan memberikan peluang kepada peserta untuk mencabar diri mereka pada tahap maksima dengan melakukan ujian bertaraf dunia yang dilakukan oleh atlet hebat seperti Sthephen Curry dan Anthony Joshua.” tambah Michael lagi.
Ads
Setiap cabaran yang dilalui akan merangkumi beberapa aspek seperti ketangkasan, stamina, kekuatan, vertikal, ketahanan, kelajuan dan kognisi. Mata akan diberikan kepada setiap peserta yang mampu melengkapkan ujian dengan baik.
Markah keseluruhan akan dikumpulkan bagi menentukan pemenang UA COMBINE.
Berikut merupakan 8 jenis fokus ujian
1. AGILITY: Arrowhead Change-of-Direction
Speed Test
2. STAMINA: Pull-up Beep Test
Ads
3. VERTICAL : Standing Vertical Leap Test
4. POWER: 20m Sled Push
5. ENDURANCE: 20m Beep Test
6. STRENGTH: 3RM Bench Press
7. SPEED: 40 Yard Dash
8. COGNITION: Reaction Inhibition Test
Jika anda rasa ingin cabar diri sendiri dan sertai UA COMBINE bolehlah rujuk ke laman sesawang berikut untuk mengetahui peraturan dan maklumat lanjut. Kunjungi https://uacombinemy.com/ atau laman media sosial.
https://www.youtube.com/watch?v=2w3hiAaL-tk&t=25s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin anda sebenarnya pun sudah biasa dengan senaman bangkit tubi atau sit up.
Tapi MASKULIN yakin ramai di antara anda sudah lama tidak melakukan senaman seperti ini. Jika dilakukan dengan teknik yang betul senaman bangkit tubi mampu memberikan hasil yang cukup luar biasa di bahagian abdomen.
Selain mampu boleh membantu membakar lemak di bahagian perut, ia juga tubi memberikan beberapa manfaat kepada diri kita seperti:
Bakar lemak secara komprehensif
Bentukkan six-pack
Tegangkan otot perut
Nampakkan badan lebih fit
Jadi memang satu kerugian besarlah jika seorang lelaki tidak pernah atau tidak langsung mahu mencuba untuk melakukan senaman bangkit tubi ini.
Foto: Menshealth
Menerusi entri ini, apa kata pembaca ambil kesempatan untuk buat bangkit tubi berlandaskan kaedah-kaedah ini :
CARA BETUL MELAKUKAN BANGKIT TUBI
KEDUDUKAN POSISI
Mulakan gerakkan dalam posisi baring di atas lantai sambil kedua-dua belah kaki dibengkokkan pada lutut
KEDUDUKAN TANGAN
Letakkan tangan di belakang kepala atau disilangkan dan dirapatkan ke dada.
GERAKAN BADAN
Perlahan-lahan tolak atau bawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut.
PERGERAKAN ARAH
Selang-selikan dengan gerakkan membawa tubuh ke belakang semula dan berhenti mengikut kemampuan. Pastikan kaki kekal dalam keadaan membengkok.
KONTRAKSI
Rasakan kontraksi pada otot perut ketika melakukan gerakkan ini.
TAHAN
Setelah serasi dan mahir, cuba bawa tubuh kebelakang dan bertahan selama 10 hingga 20 saat, bermaksud turunkan badan dalam posisi baring dengan cara pelahan-lahan selepas membawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut. Pastikan tidak biarkan tubuh mencecah lantai.
ULANGI SEMULA
Ulang gerak senaman ini sebanyak 8 kali atau lebih.
Sekiranya anda sudah mulai selesa dengan cara ini, sebaik-baiknya pastikan postur tubuh badan dalam keadaan tegak dan tidak terlalu membongkok.
Apa-apa pun, MASKULIN ingin ucapkan selamat mencuba dan semoga anda berjaya dapatkan bentuk badan yang fit.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki merupakan satu perkara yang tidak asing lagi. Ini kerana lelaki sering terdedah dengan aktiviti-aktiviti melibatkan fizikal dan menggunakan pergerakan yang banyak.
Tidak kiralah sama ada melakukan tugasa kerja, bersenam atau menyiapkan kerja-kerja rumah risiko berdepan masalah sakit belakang pasti ada.
Selain itu ramai di antara anda tak tahu bahawa beberapa perbuatan yang dianggap rutin harian boleh menjadi penyebab sakit belakang. Kadangkala aktviti yang dianggap sebagai rutin rehat mendatangkan risiko tersebut!
Antara simptom umum sakit belakang ialah sakit, kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Perlu diingatkan bahawa tulang belakang menyimpan pelbagai saraf penting dan menyokong 33 tulang vertebrae iaitu dari lima bahagian leher, dada, pinggang, punggung dan ekor. Sebab itu pentingnya dalam menjaga postur dan pergerakan badan kerana itu semua boleh mempengaruhi kesihatan tulang belakang. Walaupun sakitnya tampak biasa dan sekejap, namun percayalah ia boleh menjadi lebih serius.
Ini 3 rutin yang biasa boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang.
1. Duduk terlalu lama
Mereka yang menghabiskan masa bekerja di pejabat terutamanya akan menghadapi masalah ini. Duduk boleh memberi tekanan pada ‘disc’ atau piring tulang belakang. Bukan itu sahaja, jika duduk terlalu dengan postur yang salah boleh melumpuhkan tulang belakang dengan cepat. Jika inginkan tulang belakang sihat, ubahlah posisi duduk dan rajinkan mengambil masa untuk berdiri atau berjalan sebentar setelah duduk lama.
Kita menghabiskan masa yang lama ketika tidur. Tilam yang tidak menyokong bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur malah memberi kesan pada tulang belakang. Pilihlah tilam yang menampung badan anda secara natural dan tidak terlalu keras. Tilam yang baik turut memperbaiki peredaran darah, melegakan otot dan pernafasan yang teratur.
3. Tak banyak bergerak
Pergerakan seperti berjalan kaki atau berlari sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit belakang. Anda tidak perlu melakukan senaman secara ekstrem, cukuplah dengan mengambil masa 20 minit hingga 30 minit meluangkan masa untuk berjalan atau bersenam. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Tulang belakang juga seperti organ terpenting yang lain-lain. Ia membawa banyak perkara berkaitan kesihatan tubuh badan secara luaran dan dalaman. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.
Moga anda terus menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.
Selamat mecuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Berikutan kekangan masa yang saya hadapi, untuk mengekalkan bentuk badan seperti sebelum ini amatlah sukar. Saya terlalu sibuk dengan rutin harian saya. Namun saya senantiasa mencari masa terluang untuk saya keluarkan peluh. Sebagai contoh, saya akan rajinkan diri saya dengan aktiviti luar seperti joging. Kekerapan ke gimnasium kini juga semakin berkurangan, sebaliknya lakukan latihan Martial Arts setiap minggu demi mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.”
PENAMPILAN DIRI BUKAN UNTUK GOLONGAN SELEBRITI SAHAJA
“Penampilan ini sebenarnya untuk semua orang, tak kiralah dia seorang selebriti ataupun sesiapa sahaja. Tiada masalah jika anda selekeh di khalayak ramai, namun jangan pula melatah bila ada yang mengata penampilan anda. Penampilan diri mencerminkan diri anda yang sebenar. Dalam pada masa yang sama, jika anda sentiasa bersih dan mempunyai penampilan yang kemas, orang sekeliling turut selesa untuk mendekati anda.”
MINAT DALAM FITNESS
“Sejak zaman sekolah lagi saya mula terlibat dalam bidang kecergasan. Kami adik-beradik sering kali menonton filem-filem barat yang banyak bermain dengan Martial Arts dan aksi lasak. Dari situ, kami terpukul untuk menyertai bidang kesihatan. Bila kami belajar dengan lebih dekat tentang urusan kecergasan ni, kami tahu yang ia bukan sahaja membantu dalam meningkatkan stamina, malah ia dapat membuatkan anda rasa segar dan bertenaga sepanjang hari.”
LATAR BELAKANG KELUARGA FAKTOR UTAMA
“Mungkin ramai yang berpendapat, genetik keluarga memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang. Saya akui ayah saya mempunyai penyakit tiga serangkai, namun ia tidak memberi jaminan seluruh ahli keluarga akan menerima penyakit yang sama. Jika salah seorang ahli keluarga anda terlibat dalam penyakit kronik, maka anda sudah boleh mengambil inisiatif untuk mengubah gaya pemakanan anda.”
CARA PEMAKANAN
“Disebabkan terlalu sibuk dengan jadual seharian, saya akan pastikan makanan yang diambil tidak mengandungi kuantiti minyak yang berlebihan. Paling penting, minum air secukupnya, kerana air itu sedikit sebanyak mempunyai detoks yang berfungsi untuk menyihatkan tubuh badan anda. Nasi saya ambil seperti biasa, namun ia perlu diambil dalam anggaran yang tepat, tidak perlu berlebihan jika hari itu saya tidak terlalu sibuk bekerja.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.