Dalam tempoh beberapa tahu kebelakangan ini perhatian diberikan terhadap industri kasut atau lebih popular dengan panggilan sneakers semakin meningkat. Malah sehingga kini nilai pasaran sneakers pelbagai jenama telah melonjak dengan begitu signifikan. Jadi tidak hairanlah pelbagai kolaborasi terhasil lalu menjadi calon sneakers terbaik tahun ini.
Sebagai sebuah jenama sukan dan gaya hidup terkenal, adidas sentiasa melakukan revolusi dalam rekaan serta berani melakukan inovasi dengan teknologi terkini. Selain itu mereka juga sentiasa mendengar permintaan ramai yang mahukan kolaborasi bersama jenama streetwear popular.
Ads
Antara calon kokaborasi yang sentiasa disebut penggemar sneakers ialah BAPE dan juga Undefeated. Terbaru adidas bakal menampilkan sepasang rekaan sneakers kolaborasi bersama dua jenama tersebut. Kolaborasi ini menampilkan model ZX 8000.
Model kasut ini merupakan sebahagian daripada siri A-ZX sebagai salah satu daripada 26 tribute terhadap legasi kasut larian keliaran adidas.
Ads
PASARAN MALAYSIA
Tampil dengan dua colorway iaitu hitam/putih dan hijau/putih. kedua-duanya tampil dengan midsole berwarna putih. Logo BAPE pula terpampang jelas di bawah tiga jalur ikonik adidas. Manakala tulisan ‘UNDEFEATED’pula boleh dilihat berada di atas lubang tali kasut. Dan sebagai salah satu signature BAPE, bahagian atasnya tampil dengan rekaan camo yang sinonim dengan jenama tersebut.
Ads
Untuk rekod, kerjasama tiga jenama ini bukanlah kali pertama diperkenalkan. Kolaksi adidas x BAPE x Undefeated pernah wujud dalam rekaan model Campus 80s dan ZX 5000 runner pada tahun 2013. Ia diikuti dengan koleksi model klasik, Superstar pada tahun 2015. Dan kini tiba giliran untuk ZX 8000.
Berita baik buat sneakerhead dan pengumpul koleksi kasut kolaborasi hebat kerana model ini turut bakal diperkenalkan di Malaysia.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang rasmi adidas mendapat ia akan mula dilancarkan pada 20 November 2020 tepat jam 12 tengah malam. Dan ia akan dikeluarkan secara pilihan rawak menerusi laman sesawang adidas. Jadi mereka yang benar-benar bertuah sahaja akan memiliki sneakers hebat ini.
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik dan terkini seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
2018 kita lebih banyak digemparkan dengan kes para selebriti antarabangsa bunuh diri. Apa yang lebih menakutkan lagi, mereka mempunyai peminat di serata dunia, menyebabkan kecenderungan mereka ke arah bunuh diri sangat tinggi. Salah satu sebab mereka-mereka ini bertindak sedemikian kerana buntu dan stress dengan kehidupan. Kemurungan. Maka, membunuh diri menjadi jalan terakhir mereka untuk menghindari stress. kajian menunjukkan bahawa, matahari boleh menghindari seseorang dari kemurungan? benarkah? kami sempat bertanyakan isu ini kepada Doktor Amer Siddiq Amer Nordin, Profesor Madya, Perunding Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok, UM. Ini ulasan beliau,
Kemurungan merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang umum dijumpai di Malaysia. Prevalen isu ini di kalangan rakyat Malaysia seumur hidup (lifetime prevalence) adalah diantara 12-14% dan prevalen terkini untuk mendapat kemurungan adalah <5%. Kemurungan jika tidak dirawat boleh membantut kualiti kehidupan seseorang disamping boleh membawa kepada isu yang lebih parah seperti pemikiran bunuh diri dan ada dikalangan mereka yang juga mencuba! Oleh kerana itu, elok lah kita mendapat rawatan awal jika dirasai adanya simptom2 kemurungan ini.
Di kalangan mereka yang tinggal di kawasan 4 musim, mereka juga terdedah kepada isu kemurungan berkala (seasonal affective disorder). Biasanya, individu yang berisiko akan mendapat simptom-sipmtom kemurungan ini pada awal musim sejuk, musim luruh dan kemurungan mereka akan berpanjangan di waktu musim sejuk dan akan pulih pada waktu musim bunga. Prevalennya adalah kecil, iaitu <2% tetapi bahayanya sama seperti mendapat kemurungan. Biasanya juga, simptom mereka juga berbeza sedikit dimana mereka didapati lebih mengantuk, makan berlebihan dan akan kurang cergas di waktu tengahari, dan semuanya hanya berlaku di musim sejuk!
Kajian terkini menunjukkan bahawa, antara rawatan yang effektif adalah rawatan cahaya terang. Teorinya bersangkut paut dengan cara kita bangun dan tidur (circadian rhythm) dimana ini akan terjejas di musim sejuk yang malamnya lebih panjang dari siang. Maka, disinilah kemungkinan isu matahari sebagai satu cara untuk memulihkan kemurungan anda diperkatakan.
Mungkin ramai beranggapan bahawa lelaki tidaklah terlalu cerewet dalam berpakaian atau bergaya. Malah dengan anggapan seleksi pakaian lelaki tidaklah sebanyak wanita, ramai lelaki mengambil mudah akan hal ini.
Tapi jangan ketepikan soal gaya anda kerana imej adalah penting dalam dunia sekarang. Bamun dalam berfesyen anda perlulah peka dengan ‘do’s and don’t’. Terdapat beberap[a kesilapan utama yang sering lelaki jadikan habit dalam penampilan harian.
Adakah anda juga tergolong dalam golongan ini?
Jom kita semak andata kesalahan dalam berfeysen yang sering dilakukan oleh ramai lelaki.
TALI LEHER PENDEK
Selain jenis tali leher, kepanjangannya juga perlu diambil kira. Jangan pakai tali leher sekejap panjang dan sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher anda ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
LENGAN BAJU TUTUP JAM TANGAN
Bagi lelaki yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
BAJU BERKEDUT-KEDUT
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
T-SHIRT LENGAN BESAR & LABUH
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita.
Untuk lelaki, lebih baik anda memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja. Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders serentak kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi, pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
SALAH BUTANG BLAZER/KOT
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
MASUKKAN KEMEJA KE DALAM SELUAR
Sesetengah daripada anda masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
GUNA SUT HITAM SETIAP HARI
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubal pakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
STOKING BERLUBANG
Untuk menjaga penampilan, elak daripada memakai stoking yang koyak atau berlubang. Kesilapan anda ini akan nampak ketara lebih-lebih lagi ketika anda membuka kasut. Bimbang orang kata luar nampak segak tapi penampilan gaya yang orang tidak nampak seperti stoking, anda abaikan.
PAKAIAN TAK DIBASUH
Jangan malas untuk menukar pakaian setiap hari. Mengulangi pakaian yang kotor akan memudahkan kuman dan bakteria daripada peluh yang melekat pada pakaian melekat pada kulit badan sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit.
Jangan main sarung sahaja stoking tanpa memadankan jenis dan warna yang sama melainkan anda sememangnya tidak perasan. Tidak dinafikan stoking lelaki nampak lebih kurang sama warna, jadi untuk memudahkan penyimpanan pastikan anda gulung stoking tersebut agar ia tidak mudah tertukar atau hilang.
PAKAI STOKING DENGAN SANDAL
Sandal berfungsi untuk memberikan keselesaan buat kaki terutamanya ketika cuaca panas. Jadi jangan tambahkan rasa panas pada kaki anda dengan memakai stoking pula.
KASUT SUKAN UNTUK SEMUA GAYA
Dah nama pun kasut sukan, sudah semestinya ia digunakan khusus untuk aktiviti sukan. Jangan pula anda menyarungkan kasut sukan untuk setiap penggayaan. Pakailah kasut mengikut gaya yang sesuai. Untuk aktiviti santai misalnya, anda boleh sarungkan sneakers manakala untuk aktiviti formal, anda boleh pakai kasut kulit.
T-SHIRT KOLAR V
Tak perlu nak dapatkan perhatian dengan menayangkan dada atau bulu dada anda untuk tontonan wanita. Sebaiknya sarungkan t-shirt berkolar bulat untuk gaya yang lebih selesa dan sedap mata memandang.
ULTRA SKINNY JEANS
Pemakaian seluar skinny yang terlalu ketat menampakkan gaya anda seperti sarung nangka. Rasa terseksa kaki menyarungkan seluar yang sendat lebih-lebih lagi jika anda bertubuh besar. Sebaiknya, pakailah seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh anda agar penampilan anda lebih selesa dan memudahkan kaki untuk ‘bernafas’.
HANYA PAKAI STOKING PUTIH
Jangan disebabkan nak mudah, anda sarungkan stoking putih untuk semua gaya fesyen anda. Ia sebenarnya satu kesalahan kerana stoking putih hanya boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam atau ke gym sahaja.
Semoga gaya penampilan anda selepas ini lebih bergaya. Serlahkan personaliti anda dengan pelbagai gaya dengan cara tersendiri tapi peka dengan trend fesyen terkini.
Jangan lupa untuk follow Instagram dan juga subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Denim dan gaya lelaki moden – kombinasi yang tak lapuk dek zaman. Setiap helaian yang kita sarung bukan sekadar pakaian, tetapi satu ekspresi identiti. Tahun 2025 bakal menyaksikan satu ledakan baharu dalam dunia fesyen denim dengan kehadiran Levi’s® Blue Tab.
Ia merupakan sebuah koleksi premium Levi’s yang membawa warisan klasik ke masa depan dengan suntikan sofistikasi moden dan seni pertukangan Jepun.
Sejak sekian lama, Levi’s menjadi sinonim dengan gaya lelaki yang berkarisma – kukuh, berani, dan timeless.
Koleksi Blue Tab terbaru dari mereka kali ini memberi penghormatan kepada sejarah pakaian kerja lasak, namun dihidupkan semula dengan inovasi kontemporari.
Fabrik premium seperti denim nep, chambray ringan dan denim selvedge rona gelap menjadikan setiap helaian lebih dari sekadar pakaian. Ia adalah lambang ketelitian dan kelas. Ini bukan denim biasa. Ini denim yang dicipta untuk lelaki yang faham erti gaya sebenar.
Siluet Maskulin Dengan Sentuhan Eksklusif
Buat lelaki yang ingin menaikkan standard dalam penggayaan denim, koleksi Blue Tab ini menawarkan pelbagai pilihan menarik.
Marker Loose – denim ringan dengan potongan longgar dan sofistikated, sempurna untuk gaya effortless.
Jaket Scout – diperbuat daripada denim selvedge eksklusif Jepun dari Kilang Denim Kaihara, memberi sentuhan klasik yang tak ditelan zaman.
Levi’s® 511® dan 502® – dua rekaan ikonik dalam denim gelap klasik, memudahkan padanan dengan pelbagai gaya.
Parka Fishtail – untuk mereka yang mahukan gaya streetwear eksklusif, dengan perincian snap detailing.
Jaket Blue Tab Type 1 – potongan pendek dengan lengan unik, menampilkan siluet moden yang segar.
Untuk pilihan kasual yang tetap bergaya, Kemeja-T Putih Klasik memberikan aura minimalis maskulin. Manakala Kemeja Kerja Chambray menampilkan fabrik ringan dengan sentuhan pakaian kerja klasik.
Fesyen Denim Wanita – Chic, Feminin & Berani
Tak hanya untuk lelaki, Levi’s® Blue Tab juga hadir dengan helaian denim sofistikated untuk wanita yang mahukan penampilan elegan dan bold.
Blazer & Seluar Berkaki Lebar – kombinasi sempurna untuk gaya boss lady yang tajam dan penuh keyakinan.
Jaket Trucker Type I & Skirt Kelim – membawa siluet unik dengan bentuk melengkung di hadapan dan dramatik di belakang.
Gaun Utiliti – hasil inspirasi drep sut mekanik klasik, ringan dan effortless.
Jaket Barn & Seluar Carpenter – reka bentuk dengan perincian lapisan chambray dan serlahan kolar untuk gaya urban chic.
Bagi wanita yang suka gaya denim dari kepala hingga kaki, koleksi ini turut menawarkan Kemeja Club Shirt, Kemeja Denim, serta helaian “Carve Fit” yang memberikan efek “bell” pada bahagian bawah, menambah sentuhan moden yang sleek.
Inspirasi Blue Tab Levi’s®
Selain siluet dan fabrik berkualiti tinggi, koleksi ini turut membawa identiti visual yang eksklusif. Label Blue Tab diinspirasikan daripada sijil saham Levi Strauss & Co. tahun 1925, menampilkan tipografi unik yang digunakan pada logo koleksi ini.
Malah, tampalan dua kuda ikonik Levi’s® juga diberikan nafas baharu, menjadikannya lebih mudah dikenali dan menyerlahkan eksklusiviti koleksi ini.
Fesyen bukan sekadar pakaian – ia adalah sebuah seni. Untuk menghidupkan lagi semangat koleksi ini, Levi’s® menampilkan fotografi kempen oleh Juergen Teller, berlatar belakangkan rumah teh Jepun yang tenang dan bersahaja.
Koleksi ini bakal dilancarkan secara global pada 17 Februari 2025 dan boleh didapati di Malaysi menerusi butik Levi’s di Suria KLCC, Pavilion Elite, The Exchabge TRX,The Gardens Mall dan juga laman e-dagang mereka, levi.com.my.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.