Jika berbicara tentang definisi, ‘sneakers’ membawa maksud kasut yang dihasilkan daripada material lembut digunakan untuk aktiviti sukan dan tujuan kasual.
Di United Kingdom pula ia lebih dikenali dengan nama ‘trainers’. Jika dahulu sneakers dianggap sebagai kasut untuk golongan muda yang aktif melakukan pelbagai aktiviti sukan, aktiviti outdoor dan extreme.
Namun kini ia telah melalui proses evolusi di mana sneakers telah dianggap sebagai komoditi yang mempuntyai nilai estetikan tersendiri, malah mempunyai nilai cukup tinggi di pasaran.
Saban tahun kita menyaksikan pelbagai himpunan sneakers diperkenalkan sama ada dari kategori bola keranjang, larian, papan selaju dan juga gaya hidup.
Sneakers bukan lagi menjadi ‘hak milik’ eksklusif untuk sesetengah golongan sahaja. Kerana kini ia sudah dinaggap sebagai pelengkap gaya yang wajib ada bagi semua orang tidak mengira status atau pun kelas terutamanya bagi lelaki.
Di antara jenama yang sering disebut-sebut sebagai ‘pemain utama’ pengeluar sneakers berpengaruh ialah Nike. Tanya sahajalah mana-mana sneakershead, pasti mereka miliki sekurang-kurangnya sepasang sneakers Nike di dalam koleksi peribadi.
Ads
MASKULIN ingin kongsikan beberapa koleksi sneakers pilihan kami yang mampu menjadi pelengkap gaya anda untuk penampilan trendy terkini!
TRADISI
Di antara sneakers yang tidak lapuk dek zaman yang diperkenalkan Nike ialah Nike Classic Cortez. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1972 oleh pereka Bill Bowerman dan cukup popular dalam pelbagai sub-budaya popular di Los Angeles. Antara versi yang paling popular adalah diperbuat daripada kulit dan juga kulit sintetik untuk ketahanan lebih lama.
Nike Classic Cortez
Bagi anda yang mencari kasut yang tahan lasak dan sesuai digunakan dalam apa jua bentuk cuaca, Nike Cortez adalah jawapannya. Ia juga menjadi antara lambang sub-budaya popular di Los Angeles.
Ads
LEGASI AIR JORDAN 1
Tidak dapat dinafikan Air Jordan 1 merupakan antara model yang paling popular dan sentiasa relevan sepanjang zaman. Potongan Mid merupakan antara kegilaan terkini peminat sneakers. Tampil dengan Air-Sole yang ringan ia bukan sahaja selesa dipakai malah senang digayakan dengan pelbagai genre fesyen.
Nike Air Jordan 1 Mid
TEKNOLOGI REACT
Nike sentiasa mengetengahkan teknologi terkini menerusi sneakers rekaannya. Jika menerusi silhouette Air Max terkenal dengan Air Sole, terbaru teknologi React diperkenalkan. Antara model sneakers menggunakan teknologi ini ialah Nike React Element 55 SE. Rekaannya diinpirasikan daripada kasut larian legenda seperti Nike Internationalist ditambah pula rekaan grafik reflektif.
Nike React Element 55 SE
AIR MAX
Tidak dilupakan juga silhouette yang sentiasa menjadi pilihan ramai iaitu Air Max. Rekaan Air Max DIA-NRG ditampilkan dengan rekaan yang cukup minimal namun dengans sentuhan artistik mencukupi. Bahagian upper yang dihasilkan tanpa jahitan disertakan dengan breathable mesh menawarkan keselesaan kepada pemakainya.
Ads
Nike Air Max Dia NRG
Kesemua koleksi di atas kini ditawarkan pada harga cukup menarik dengan potongan sehingga 50% . Tawaran ini dikhabarkan bermula pada hari ini sehingga Ahad. Jadi bagi anda yang berminat dapatkan koleksi ini dengan harga menarik boleh dapati koleksi tersebut di Nike.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Kami akan pantau mereka yang menonton filem lucah tak kira di mana saja anda berada” itulah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith.
Lebih menarik adalah, mereka yang mengesahkan bahawa laman sesawang berusur lucah juga akan disekat dalam masa tempoh terdekat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Petikan yang diambil dari Astro Awani, “Selain laman sesawang berunsurkan lucah, pemantauan web lain termasuk yang berunsurkan perjudian akan turut dikaji, memang menjadi satu perkara yang diperjuangkan kerajaan sekarang untuk menyekat dan mengekang laman web yang tidak berfaedah dan bukan-bukan,” menurut Eddin Syazlee Shith lagi.
Menurut artikel di Awani, mereka telah melaporkan bahawa satu unit baharu PDRM, Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-kanak Malaysia (Micac) ditubuhkan bagi memantau mereka yang melayari kandungan lucah di alam siber, terutamanya pornografi kanak-kanak.
Terdahulul artikel daripada Says.com ada menyebut bahawa Terengganu merupakan negeri yang paling lama menonton filem lucah. Ini ekoran daripada mereka yang bekerja offshore ataupun kawasan pendalaman. Mungkin ini antara faktor tontonan kerap di negeri ini.
Menariknya unit ini, mereka dibekalkan dengan peralatan canggih untuk mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang ditonton dan dimuatnaik oleh pengguna. Dah macam dalam filem Hollywood. Bagus juga inisiatif ni, tak adalah gejala pornographyberlelusasa selepas ini. Tak payah lah tengok filem lucah, bukan ada faedah pun.
Sumber Bernama/ Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dua jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama di kalangan penggemar fesyen high end dan juga gaya hidup. Selepas ‘mengusik’ penggemar jenama mereka dengan kolaborasi eksklusif beberapa mingu lalu, Prada dan adidas akhirnya memperkenalkan produk kolaborasi sulung mereka.
Prada x adidas mungkin satu perkara yang dianggap mustahil suatu ketika dahulu namun kini kedua-ldua jenama yang memiliki jumlah pengikut ramai berpeluang memperkenalkan hasil kerjasama unik ini.
Istmewanya kolaborasi ini menampilkan sneakers adidas Superstar sebagai model pilihan. Ini merupakan kali pertama Prada melakukan kerjasama seperti ini bersama adidas.
Sneakers Superstar Prada x adidas ini dihasilkan di Italy oleh Prada dan ia hanya muncul dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 700 pasang sahaja.
Jadi kita boleh anggap kasut kolabarasi ini akan mendapat nilai harga selepas jualan sangat tinggi.
Sneakers ini akan dikeluarkan dalam kategori unisex dengan menampilkan nombor edisinya ditulis dibahagian luar selain logo Prada pada bahagian lidah dan tepi kasut.
Selain itu bagi meraikan kemunculan sneakers ini, Prada turut memperkenalkan bowling tote bag yang juga dihasilkan daripada kulit putih.
Kedua-dua item ini bakal dilancarkan di butik terpilih Prada dan adidas terpilih di seluruh dunia.
MASKULIN menjangkakan ia bakal menjadi item rebutan terutama di kalangan selebriti terkenal juga juga penggila fesyen yang ingin tampil menawan dan unik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kaca mata hitam merupakan aksesori yang wajib dimiliki oleh seorang lelaki. Sebelum ini, MASKULIN pernah beberapa kali berkongsi beberapa tip menarik bagaimana untuk memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk wajah.
Sama juga dengan pemilihan bentuk kaca mata hitam, jenama juga sangat penting bagi menyerlahkan gaya tarikan seorang lelaki.
Salah sebuah jenama yang cukup terkenal ialah BOSS. Terbaru mereka telah melancarkan koleksi terbaru mereka, BOSS Eyewear Fall/Winter 2019 Collection.
Menampilkan bingkai berinovasi serta gaya trendy terkini, BOSS menawarkan koleksi yang pastinya mampu membuatkan penampilan anda lebih bergaya. Setiap satu daripada rekaan koleksi ini membawa aura penampilan lebih ‘tajam’ dan versatil.
Membawa signifikasi jenama mewahnya, koleksi FW19 ini menggauli trend semasa dengan kualiti bertaraf premium serta tahan lasak.
BOSS 1097sBOSS 1098s
Di antara koleksi yang menarik perhatian MASKULIN ialah BOSS 1090/6. Dengan bingkai gaya aviators, ia menapilkan variasi lensa berwarna, bingkai stailistik dan cukup elegan.
Antara warna kaca mata yang ditawarkan ialah biru, olive green dan dark gray.
Manakala BOSS 1092 pula mengambil inspirasi gaya bingkai aviators, menggabungkan gaya acetate dan metal untuk koleksi lebih moden tapi dalam maasa yang sama mengekalkan sentuhan retro.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.