Banyak kita dengar, ada bengkel yang menjual tayar kitar semula kerana mereka tahu tidak ramai orang yang peka cara-cara untuk membaca kod nombor yang dicetak pada tayar.
Selain itu, ada juga yang lagi berani ‘mengukir’ semula bunga tayar dan menjualnya dengan harga yang murah. Sudahlah tayar tersebut botak, dijualnya semula kepada pengguna.
Di bawah ini adalah serba sedikit maklumat yang MASKULIN kumpulkan agar selepas ini anda tidak ditipu oleh penjual tayar serta keselamatan penumpang lain terjamin.
205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..
Jika ianya abjad yang terakhir, ianya seperti di bawah;
Ads
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..
Perkembangan industri kereta elektrik kini menunjukkan tanda-tanda yang sangat positif. Penerimaan dan juga popularitinya kini dilihat semakin meningkat terutamanya di kalangan pengguna di Malaysia.
Millennium Welt, wakil pengedar bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Negeri Sembilan bersama kerjasama Matrix Concepts Holdings Berhad (MCHB), kini memperkenalkan fasiliti pengecasannya yang sulung dengan ekspresi jenama yang terbaharu bagi MINI di Bandar Sri Sendayan, Seremban pada hari ini.
Pengenalanan Fasiliti Pengecasan MINI terbaru dilihat mampu memajukan lagi ekosistem kenderaan elektrik (EV) di dalam dan sekitar kawasan Seremban di samping meluaskan akses ke atas infrastruktur pengecasan kepada kawasan perbandaran yang sedang membangun di lokasi tersebut.
Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong berkata pihaknya berasa amat teruja untuk memperkenalkan fasiliti pengecasan yang sulung buat jenama MINI di Seremban dan berhasrat untuk memenuhi permintaan yang semakin meluas ke atas infrastruktur pengecasan di kawasan ini.
“Sejajar juga dengan sambutan positif yang kian diterima bagi kenderaan berelektrik dalam kalangan pelanggan kami di sini. Setakat ini, kami di Millennium Welt telah berjaya menyerahkan lebih daripada 140 buah kenderaan berelektrik BMW dan MINI, dan kami berharap dengan akses yang lebih baik ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan yang terdapat di kawasan ini, para pelanggan akan berasa lebih yakin untuk beralih ke alam mobiliti elektro,” tambahnya lagi.
Manakala bagi Pengurus Besar Kumpulan Kesetiausahaan Korporat, Tadbir Urus dan Kelestarian di Matrix Concepts Group, Carmen Loo pula berkata, “Usaha sama yang kami telah jalin dengan Millennium Welt merupakan satu langkah yang tepat kerana kedua-dua pihak berkongsi matlamat yang sama dalam aspek kelestarian.
“Pemasangan Fasiliti Pengecasan MINI di d’Tempat Country Club – yang juga telah menerima pentauliahan Gold Green Building Index Certification, merupakan sebahagian daripada visi utama kami untuk mempromosikan kaedah pengangkutan lestari di samping mengurangkan jejak karbon kami sendiri.
“Harapan kami adalah untuk mencorak sebuah alaf yang lebih lestari buat generasi sekarang dan yang akan datang.”
Menampilkan Wallbox 11kWj yang dikuasakan oleh ChargEV, fasiliti pengecasan terbaharu ini terletak di ruang parkir laluan masuk utama premis d’Tempat Country Club di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Fasiliti pengecasan tersebut kini dibuka setiap hari untuk kegunaan awam dari jam 9:00 pagi hingga 11:00 malam, dengan kadar standard bernilai RM5 bagi setiap 20 minit penggunaan.
Fasiliti pengecasan yang baru diperkenalkan oleh Millennium Welt ini juga merupakan sebahagian daripada strategi BMW Group Malaysia untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi pengecasan kenderaan elektrik.
Ia dilihat seiring dengan rakan-rakan kongsi, wakil pengedar, dan pembekal kemudahan pengecasan yang berkongsi sentimen sama.
Lebih daripada 670 buah fasiliti pengecasan telah disediakan oleh BMW Group Malaysia buat para pemilik EV di Malaysia setakat ini, dan akses ke atas lebih 360 buah fasiliti ini dibekalkan melalui usaha sama yang dijalin dengan ChargEV dan Yinson Greentech.
Usaha sama dengan JomCharge juga membolehkan akses ke atas lebih 65 buah fasiliti pengecasan ditawarkan, dan Gentari dengan sekitar 150 buah fasiliti.
Lebih daripada 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI juga disediakan di kebanyakan pusat pengedaran yang bertauliah, di samping lokasi-lokasi para rakan kongsi di serata negara, dan banyak lagi yang akan menyusul melalui pelan perluasan infrastruktur yang telah disasarkan untuk tahun hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi marhaen dalam bidang motosikal seperti penulis perbezaan di antara sports bike dan superbike mungkin samar-samar sahaja. Tapi sebenarnya wujud perbezaan di antara kedua-dua kategori yang mempunyai peminat cukup ramai di Malaysia dan juga seluruh dunia.
Sports bike merupakan motosikal yang dihasilkan dengan mengoptimakan kelajuan, pecutan, sistem brek dan kestabilan. Manakala super bike pula adalah jentera motosikal hampir sama namun dengan enjin lebih besar dengan kebiasaannya dari 800 hingga 1200 cc.
Sepanjang tahun 2020 pengeluar motosikal terus bersaing menghasilkan jentera terbaik di pasaran. Masing-masing ingin menyerlahkan keistimewaan kejuruteraan yang dihasilkan bagi menarik perhatian pengguna dan peminat motosikal.
Di Malaysia sendiri motosikal daripada ketegori ini merupakan antara yang sentiasa mendapat sambutan hebat. Dengan saiznya yang sedang dan tidak terlalu besar ia sesuai menjadi jentera tunggangan di Malaysia.
Setiap satu motosikal yang dipaparkan kali ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Jadi turutan yang MASKULIN letakkan di bawah bukanlah berdasarkan ranking. Ia adalah ‘random’ semata.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 sports bike terbaik yang diperkenalkan pada tahun 2020 (setakat ini).
Enjin: 125cc 4-stroke Single
Berat: 164kg
BHP: 14.8
Adakah anda setuju dengan pilihan 10 sports bike terbaik yang ditampilkan oleh MASKULIN pada kali ini? Semoga ia boleh menjadi rujukan buat anda yang mungkin berkira-kira ingin memiliki motosikal.
Buat anda yang ingin mencari aksesori motosikal pada harga yang berpatutan dan tawaran sungguh hebat, boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sempena perlumbaan MotoGP hujung bulan ini (27-29 Oktober) di Litar Antarabangsa Sepang, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model Y15ZR SE Edisi GP.
Versi 2017 itu tampil berbeza menerusi grafik baharu bertemakan Movistar. Sudah pun berada di pusat jualan Yamaha, model moped berkenaan dijual pada harga RM 8, 891.28 seunit. Harga berkenaan termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.
Pihak HLYM hanya melakukan perubahan penampilan dan bahagian mekanikal masih sama tanpa talaan baharu. Yamaha Y15ZR SE Edisi GP masih mempertaruhkan enjin 150cc SOHC penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 15hp dan tork 13.5Nm
Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 5-kelajuan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.