Bukan mudah nak hilangkan ketuat kalau tak kena dengan caranya. Ia tidak boleh dicungkil macam itu saja kerana bimbang boleh berlakunya jangkitan lain.
Masalah ketuat ini boleh berlaku sama ada di tapak kaki ataupun di telapak tangan. Apabila ia terjadi, pasti anda ingin membuangnya kerana rasa tidak selesa apabila timbul rasa keras pada permukaan kulit.
Menurut Wikipedia, ketuat merupakan sejenis penyakit kulit di mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia boleh merebak melalui sentuhan dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Runsing dengan kehadiran ketuat ini dan takut ia semakin merebak, seorang pengguna Facebook bernama Hanis Samsuddin telah berkongsi cara-cara menghilangkan ketuat yang hanya boleh dilakukan di rumah. Dengan menggunakan 4 bahan, caranya juga cukup mudah.
Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Kongsikan untuk kebaikan semua. Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Punca
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Cara nak atasi
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
Bahan-bahan yang diperlukan
Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
Ads
Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Mari lihat pada gambar di bawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba.
2. ☝Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat). ☝Basahkan kapas dengan cuka, letak atas ketuat dan plaster. ☝Biarkan semalaman.
3. ☝Ketuat yang tidak disapu Vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan ada menyapu Vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga: ☝Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedu,a tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.
4. ☝Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel² ketuat mula mati dimakan asid.
Ads
5.☝Kelihatan ketuat dah mati.
6. ☝Apabila ketuat jadi macam ni, boleh la korek sikit demi sedikit.
7. ☝Ketuat yang berjaya dikorek.
8. Kesan sekitar ketuat sudah kering.
9. Ketuat sudah hilang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017) di Sabah mencipta sejarah tersendiri apabila Obor dibawa ke puncak Gunung Kinabalu.
Gimik siri Larian Obor KL2017 itu menjadi lebih bermakna apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut menyertai pendakian tersebut
Turut bersama Khairy adalah 23 pendaki lain termasuk para Ikon Ranau iaitu Juara Kinabalu Climbathon 2016, Safrey Sumping serta dua jurupandu pendaki yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 2015, Junaydie Sihan dan Jomius Binte.
Kumpulan pendaki juga turut disertai oleh dua orang awam yang dipilih melalui cabutan bertuah iaitu Mark Jinmin dan Muhammad Nadzrul Faiz bin Nazli. Acara gimik di Gunung Kinabalu merupakan antara tarikan unik di dalam siri Larian Obor KL2017 kerana buat julung kalinya, larian ini mencipta rekod tersendiri apabila Obor dibawa naik menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Larian Obor KL2017 di Sabah menjelajah beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang. Secara keseluruhannya, jarak Larian Obor KL2017 di Negeri Di Bawah Bayu ini adalah sejauh lebih 30 kilometer dan berakhir pada 8 Jun 2017.
Tidak ada orang yang ingin berdepan dengan masalah kesihatan seperti mempunyai masalah berat badan. Selain boleh menjadi pembuka jalan kepada penyakit kronik mempunyai berat badan berlebihan juga boleh menjejaskan pelbagai perkara dalam aspek kehidupan harian.
Sama ada dari segi pergerakam fizikal mahupun keyakinan diri ia boleh membuatkan individu yang menghadapi masalah ini berasa tidak selesa.
Baru-baru ini MASKULIN sempat menemubual seorang ahli perniagaan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tracol Capital, Muhammad Shukri Hj Muhammad tentang pengalamannya berdepan masalah berat badan serta apakah solusi yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan.
Pada suatu ketika, berat badan Shukri pernah mencecah tiga angka iaitu 138kg. Di antara tabiat pemakanannya dahulu ialah sentiasa makan dengan banyak terutamanya bila menghadiri program di hotel dengan makan bufet.
Ketika berdepan masalah berat badan dahulu, Shukri telah didiagnos menghidapi diabetes peringkat awal serta masalah darah tinggi. Kedua-dua penyakit ini telah banyak menimbulkan kerisauannya.
Selain itu, terdetik di hatinya bila membicarakan tentang keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai terutamanya rakan niaga dan orang sekeliling.
Tidak lama kemudian dia mendapat tahu tentang prosedur pembedahan bariatrik. Ia merupakan sejenis pembedahan untuk mengecilkan saiz perut dengan selamat.
Baginya, ia merupakan salah satu kaedah alternatif yang selamat dan boleh dilakukan. Nasihatnya untuk mereka yang ingin melakukan prosedur ini dapatkan nasihat dan rujuk dengan doktor terlebih dahulu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut FIT JOURNEY yang dilaluinya, ikuti temu bual penuh bersama MASKULIN menerusi video di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak dari kecil mungkin kita telah dilarang oleh orang-orang tua untuk mengelak dari mandi pada waktu malam.
Dan pastinya anda pernah dengar bahawa mereka mengatakan dengan mandi malam akan menyebabkan penyakit paru-paru berair. Sesuai dengan peredaran zaman muncul pula cerita mengatakan jika mandi malam, liang roma akan terbuka dan ini akan menyebabkan air masuk ke dalam badan ketika mandi.
Ramai yang percaya air yang berlebihan ini akan terkumpul di dalam paru-paru dan akhirnya menyebabkan paru-paru berair
Di sini kami ingin memberi tahu beberapa perkara tentang paru-paru berair:
Penggunaan istilah paru-paru berair sebagai istilah perubatan adalah tidak spesifik dan boleh mendatangkan kekeliruan. Kerana ia boleh membawa maksud kepada dua perkara iaitu samada Pleural effusion ataupun Pulmonary Edema dan kedua-dua penyaki ini adalah berbeza.
Perlu diketahui bahawa paru-paru dilindungi oleh dua lapisan pleural. Fungsi pleura ini untuk melindungi paru-paru malah mewujudkan ruang diantara pleura bahagian dalam dan luar. Ruang tersebut mempunyai sedikit cecair dan ia akan membenarkan pergerakan paru-paru untuk membesar dan mengecil.
Di dalam paru-paru terdapatnya alveolar yang berfungsi sebagai tempat pertukaran oksigen. Ia seperti poket-poket kecil.
Jika air terkumpul disini, nama penyakit tersebut adalah Pulmonary edema. Penyebab kepada penyakit ini adalah lemah jantung, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan juga hati.
Kita berbalik kepada mandi malam. Anda harus faham bahawa lapisan kulit merupakan lapisan yang tidak telap pada air dan liang roma tidak akan terbuka pada waktu malam. Oleh sebab itu, mandi waktu malam tidak akan menyebabkan air masuk ke dalam tubuh dan berkumpul di paru-paru.
Malah penyebab-penyebab penyakit-penyakit di atas langsung tiada kaitan dengan mandi malam.
Kalaulah mandi pun berbahaya pada waktu malam, kita pun sepatutnya perlu melarang minum air kerana air lagi senang diserap oleh saluran pencernaan kita.
Kesimpulan:
Paru-paru berair bukanlah disebabkan mandi pada waktu malam. Ianya disebabkan penyakit-penyakit di atas.
Oleh itu, jika anda balik ke rumah dalam keadaan yang tidak selesa sebab berpeluh dan anda berkeinginan untuk mandi, dipersilakan. Tiada masalah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang