Trailer terbaru ‘Avengers: Endgame’ baru sahaja dilancarkan semalam dan ia telah tular di semua laman media sosial.
Penantian menantikan filem epik daripada Marvel Studio yang merupakan kesinambungan daripada ‘Avengers: Infinity War’ akan berakhir pada bulan hadapan iaitu 24 April dengan tayangan serentak di pawagam seluruh negara.
Apa akan terjadi kepada watak-watak yang selaMat daripada pembinasaan pada skala luar biasa yang dilakukan oleh Thanos?
Dan pada awal bulan ini juga kita telah dihidangkan dengan filem adiwira wanita terbaru Marvel iaitu ‘Captain Marvel’. Menerusi trailer terbaru ini, superhero jelita ini juga bakal melakukan kemunculan dan memberikan impak besar terhadap jalan cerita.
Siapa sangka filem pertama Marvel Cinematic Universe (MCU) menerusi ‘Iron Man’ telah ditayangkan pada 11 tahun lepas. Cepat betul masa berlalu.
Mungkin ada di antara anda yang ter-miss dan tidak mengikuti filem-filem Marvel Cinematic Universe dan keliru dengan timeline mereka.
Jangan risau jika sudah ketinggalan anda boleh menontonnya mengikut KRONOLOGI TURUTAN kejadian yang berlaku dalam MCU. Bolehlah anda layan binge watch nanti!
KRONOLOGI TURUTAN KEJADIAN FILEM MCU
Captain America: The First Avenger
Captain Marvel
Ads
Iron Man
Iron Man 2
The Incredible Hulk
Thor
Avengers
Iron Man 3
Ads
Thor: The Dark World
Captain America: The Winter Soldier
Guardians of the Galaxy
Guardians of the Galaxy Vol. 2
Avengers: Age of Ultron
Ads
Ant-Man
Captain America: Civil War
Doctor Strange
Spider-Man: Homecoming
Black Panther
Thor: Ragnarok
Ant-man and The Wasp
Avengers: Infinity War
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2011, jangka hayat penduduk Malaysia dianggarkan selama 72.0 tahun untuk lelaki dan 77.1 tahun untuk perempuan.
Oleh sebab jangka hayat manusia yang semakin meningkat, persoalan yang mungkin timbul ialah adakah wang yang dikumpulkan untuk tujuan persaraan atau pencen mencukupi untuk menampung tahap kualiti kehidupan yang diinginkan, ditambah pula dengan meningkatnya kos perubatan serta sara hidup.
Oleh itu, sama ada anda bercadang untuk bersara pada usia 55 tahun atau lebih awal lagi, apa yang penting adalah anda perlu melengkapkan diri dengan perancangan kewangan yang dapat menjamin kehidupan yang memuaskan serta bebas daripada bebanan hutang setelah bersara.
Bagaimana untuk menyiapkan diri untuk bersara? Soalan ini kerap bermain dalam fikiran orang ramai apabila membincangkan isu persaraan. Namun, tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini kerana ia banyak bergantung kepada gaya hidup yang diinginkan, tahap
kesihatan dan juga keadaan seseorang itu selepas bersara. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan diri anda dari segi kewangan sebelum bersara:
1: Tetapkan keperluan kewangan anda
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menilai keperluan kewangan anda. Setelah bersara, perbelanjaan seperti pakaian ke pejabat, kos
pengangkutan / perjalanan ke tempat kerja, makanan dan sebagainya sudah tiada lagi. Walau bagaimanapun, perbelanjaan lain seperti kos perubatan, insurans dan lain-lain lagi mungkin akan meningkat.
Secara amnya, keperluan perbelanjaan seorang pesara itu dianggarkan dalam lingkungan 75% hingga 80% keperluannya ketika masih bekerja. Berdasarkan keperluan ini, anda perlu membuat penyelarasan yang sesuai dengan mengambil kira situasi unik anda, seperti kos pendidikan anak-anak dan pembayaran pinjaman perumahan untuk menganggarkan perbelanjaan bulanan yang perlu ditampung.
Selain perbelanjaan tetap yang dikenakan, anda juga perlu mengambil kira jika terdapat kemungkinan gaya hidup anda akan berubah. Jika anda berhajat untuk mengembara, bercuti, ataupun mempunyai hobi-hobi lain yang melibatkan wang, anda perlu mengambil kira kos-kos ini ketika membuat perancangan persaraan.
2: Menilai status semasa
Setelah menetapkan keperluan kewangan, langkah seterusnya ialah menilai kedudukan kewangan semasa dan membuat pelan untuk menampung
keperluan persaraan kelak. Di sini, anda perlu memberi perhatian kepada portfolio pelaburan yang merangkumi simpanan tambahan serta pendapatan anda. Senaraikan juga semua komitmen kewangan yang perlu dijelaskan. Sekiranya anda masih bekerja,
anggarkan jumlah wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen yang bakal anda terima.
3: Mengira wang yang diperlukan
Setelah selesai mengumpulkan semua maklumat di atas, anda boleh mendapatkan nasihat daripada perancang kewangan ataupun mana-mana laman web yang menyiarkan artikel-artikel mengenai perancangan persaraan yang boleh anda contohi dalam usaha untuk menyiapkan diri daripada segi kewangan sebelum bersara. Ini penting untuk menilai sama ada wang anda sekarang mencukupi atau tidak
untuk memenuhi keperluan persaraan kelak.
Jika jawapannya tidak, sekurang-kurangnya, anda boleh mengira berapa banyak lagi wang yang diperlukan. Sebagai contoh, keperluan tahunan Ali ialah RM50,000 (lebih kurang RM4,000 sebulan). Dia menganggarkan bahawa wang simpanan persaraannya akan menjana pulangan sebanyak 7% setiap tahun. Oleh itu, Ali memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000 / 0.07) dalam simpanannya untuk menampung perbelanjaan persaraannya.
4: Berdisiplin dalam merancang kewangan
Untuk mengekalkan kuasa beli wang anda, pastikan ia berkembang sekurang-kurangnya pada kadar yang sama dengan kadar inflasi untuk mengimbangi kesan negatif inflasi. Ini berdasarkan kepada andaian bahawa anda ingin mengekalkan wang simpanan persaraan sepanjang hidup dan menyimpan amaun prinsipal untuk anak-anak anda. Sebaliknya, jika anda tidak keberatan untuk membelanjakan wang persaraan anda, jumlah wang yang diperlukan pastinya lebih
kecil.
Namun, dalam masa yang sama, berhati-hati dalam merancang kewangan anda. Elakkan daripada membuat pengeluaran wang sewenang-wenangnya dan pastikan ia mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat anda. Di samping itu juga, anda mungkin mahu mengambil kira kesan kuasa pengkompaunan kerana lebih awal anda memulakan pelan simpanan persaraan, maka lebih mudahlah anda mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan.
Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk
memberikan komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan anda dengan cara yang sepatutnya. Semakin hampir kepada umur persaraan, maka semakin rendahlah risiko yang perlu diambil. Oleh itu, elakkan daripada mengambil risiko yang tinggi hanya kerana anda kini dalam peringkat pertengahan
umur dan baru mula untuk merancang wang yang diperlukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Musim hujan seperti saat ini, kasut kesayangan jadi mudah basah dan menimbulkan bau yang busuk. Bau kaki busuk ni memang tak boleh nak di buat main kadang-kadang boleh buat gaduh. Dua penyebab utama yang penyumbang kepada kaki busuk ini adalah berpunca dari peluh dan bakteria.Tapi jangan risau, anda boleh mengatasi masalah bau kasut yang lebih mudah dan cepat. Jom kita rujuk info ini .
Ini cara paling murah pantas dan mudah. Bila waktu malam atau bila anda tak pakai kasut yang busuk tu, ambil kertas surat khabar dan sumbat masuk kedalamnya. Bau busuk itu akan diserap oleh surat khabar jika anda biarkannya semalaman.
Punca kasut anda berbau busuk adalah disebabkan oleh adanya bakteria. Jadi jika anda boleh bunuh bakteria tersebut, bau busuk akan mula hilang. Anda bleh buat begitu dengan masukkan uncang teh ke dalam kasut anda. Anda perlu masukkan dahulu uncang teh ke dalam air panas supaya bahan Tannin dalam teh keluar. Keluarkan uncang, perah airnya dan biarkan ia kering sedikit. Lepas itu masukkan ke dalam kasut dan biarkan beberapa jam.
Bau lemon kuat segar dan boleh hilangkan bau busuk kasut anda denga mudah. Belah lemon sekeping, kemudian perah sedikit dalam kasut kemudian tinggalkan kepingan lemon itu dalam kasut anda semalaman. Insyaallah bau akan hilang keesokkan harinya.
Ya, bedak tabur bayi boleh buat kaki anda berbau harum. Jadi apa salahnya, gunakan bedak tabur ketika kasut lembap untuk elak sepatu berbau dan kering lebih cepat.
Taburkan sedikit baking soda di dalam kasut. Baking soda akan menyerap bau busuk dan membuatkan kasut kembali segar. Taburkan dan biarkan satu malam, keesokan harinya keluarkan baki baking soda. Dijamin, bau kurang enak dari skasut terus lenyap.
Guna sarung kaki jenis cotton kerana kaki anda dapat bernafas melaluinya. Jika kaki anda cepat berpeluh dan lembab, pastikan anda membawa lebih sarung kaki supaya anda dapat menukarnya jika kaki mula berpeluh. Cari kasut yang mempunyai fabrik yang mempunyai pengaliran udara. Ini untuk memastikan kaki anda mempunyai udara untuk memastikan ia dapat bernafas sekaligus mengurangkan peluh dan bau.
Adakah anda memiliki masalah dengan perut buncit dan berlemak? Sebaiknya segera lakukan langkah-langkah yang tepat untuk mengecilkannya. Kerana perut buncit ternyata sangat merbahaya untuk kesihatan anda.
1. Risiko Penyakit Jantung
Banyaknya timbunan lemak pada area perut dan pinggang dapat memicu penyakit jantung atas pembekuan lemak yang masuk ke dalam aliran darah.
2. Diabetes
Kadar glukosa dalam darah meningkat dapat meningkatkan risiko diabetes. Lemak dalam perut juga telah dikaitkan dengan gangguan metabolisme yang merupakan alasan lain penyebab diabetes. Kenaikan berat badan sebesar 5 – 10 kg dari berat badan yang sihat akan meningkatkan risiko seseorang menghidap diabetes tipe 2 sebesar dua kali lipat daripada orang yang tidak mengalami kelebihan berat badan.
3. Kolesterol
Lemak perut secara langsung terkait dengan kolesterol tinggi total dan LDL (kolesterol jahat), penurunan HDL (kolesterol baik), dan resistensi insulin.
4. Stroke
Aterosklerosis atau penyempitan pembuluh darah yang menyebabkan pembekuan darah adalah kondisi yang menjadi punca utama stroke. Aterosklerosis dipicu oleh tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, dan kurang bersenam. Sehingga kegemukan dan perut buncit dianggap sebagai faktor risiko sekunder yang mampu mengakibatkan stroke.