Ramai yang menanggung seksa akibat masalah sembelit. Apabila sudah lama tidak membuang, badan rasa tidak selesa dan perut nampak buncit.
Jadi bagi melegakan sembelit, ada petua mudah yang boleh anda amalkan. Petua sihat dan berkhasiat ini membolehkan pencernaan anda lancar sekali gus membuatkan anda mudah untuk membuang.
Menurut Liza Salleh, perkongsian petuanya ini bukan hanya untuk orang dewasa malah sesuai diamalkan untuk kanak-kanak. Selepas mengamalkannya guna empat bahan mudah ini, masalah sembelit beliau lebih lancar dan lega.
Bagi yang ada masalah sembelit, apa kata cuba ni.
Tips Legakan Sembelit
Selamat pagi semua. Lama tak post di group ini sejak FB lama hilang dari radar, rindunyaa.
Saya nak share tips legakan sembelit hari ini, saya memang amalkan dulu, dan wow, esok atau petang tu terus lancor membuang.
Ads
Bahan-bahan:
– 7 biji buah prune
– 7 biji buah anggur hijau
– Sekotak atau secawan susu
– Air masak
Cara nak buat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
Ads
2. Kisar sehingga halus agar mudah untuk diminum.
Ads
3. Rasanya sangat sedap. Ada rasa lemak, rasa masam-masam.
Oh ya, untuk anak2 pun sesuai buat ini jika ada masalah sembelit, senang, bagus dan lazat! Nyum nyum gituu, ok boleh try lah ye bagi yang ada masalah sembelit, minum di waktu pagi tau ?. InsyaAllah boleh legakan sembelit.
Saya tak suka sembelit, sembelit dan lama tak membuang buat saya nampak buncit.
Jika anda memasang hajat nak dapatkan tubuh yang sasa atau ‘sado’, semestinya usaha keras harus dicurahkan. Bukan sahaja dengan melakukan pelbagai teknik senaman malah mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa teknik yang boleh amalkan dalam kehidupan seharian untuk dapatkan badan yang lebih sasa, tegap dan mantap!
Tidak dinafikan memang terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk dapatkan tubuh badan yang begitu sado ini.
Namun jangan sesekali mencuba jalan pintas dengan cara mengambil bahan larangan kerana ia memberi kesan negatif bagi jangka masa panjang.
Sehubungan itu menerusi entri ini, Maskulin ini berkongsi cara yang cukup simple untuk anda lakukan bagi mendapatkan tubuh idaman :
Kebanyakkan lelaki pastinya mengetahui tentang alat-alat senaman yang boleh membantu mereka untuk membina otot seperti dumbbell, barbell dan sebagainya. Latihan angkat berat ini sememangnya sangat mudah kerana ia sekaligus dapat menambahkan hormon lelaki dan merangsang pertumbuhan otot dengan cepat.
Pengambilan kalori pula adalah antara salah satu faktor yang sangat penting dalam memastikan anda mampu untuk memiliki badan sasa. Ia seharusnya selaras dengan tenaga yang anda gunakan. Jika ia diambil secara berlebihan, ia akan membawa kemudaratan kepada tubuh badan anda seperti pembentukan lemak terutamanya di bahagian perut.
Bagi yang meninginkan bentuk badan yang kelihatan sasa, anda harus menumpukan perhatian terhadap pengambilan protein di dalam setiap hidangan anda seperti telur serta ikan. Anda dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya mengambil 2 biji telur separuh masak setiap hari sebelum memulakan senaman.
Pengambilan air yang cukup juga adalah sangat penting dan sangat disarankan kepada mereka yang ingin membina otot bagi memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda. Air juga berperanan sebagai bahan yang boleh membantu untuk menyingkirkan segala jenis toksin yang berkemungkinan ada di dalam badan anda ketika ini.
Terdapat pelbagai jenis vitamin tambahan yang ada di pasaran namun begitu anda harus berwaspada dalam mengambilnya dan dapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu. Badan yang sasa juga tidak tertumpu kepada pengambilan protein dan makanan tambahan semata-mata, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pengurusan masa juga adalah suatu hal yang sangat penting kepada mereka yang ingin mendapatkan badan yang sasa. Anda tidak perlu memaksa diri untuk terus bersenam sehingga melupakan waktu untuk berehat bagi tubuh badan anda. Memiliki badan sasa sememangnya mengambil tempoh waktu yang lama, jadi anda masih juga perlu bersabar melalui prosesnya.
Jangan lupa follow IG Maskulin untuk update terkini gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda ada pilihan dan masih mampu untuk berjalan kaki, sila lakukan demikian. Jangan asyik nak mudah menaiki kenderaan untuk pergi ke tempat yang dekat.
Bukan saja buat wajah muda dari usia sebenar, kerap berjalan kaki juga banyak kelebihan lain.
Jom kita tengok apa kelebihan lain berjalan kaki ini.
Berjalan kaki membuatkan otak anda menjadi lebih aktif.
Penyelidikan yang dibuat oleh Duke University Medical Center mengatakan berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari dapat mengurangkan metabolic syndrome iaitu salah satu penyebab berlakunya risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan juga stroke.
Berjalan kaki boleh mengelakkan kehilangan jisim tulang yang disebut sebagai osteoporosis. Tekanan yang diberikan ke atas tulang menjadikan ia lebih kuat. Sendi juga akan menjadi lebih sihat dengan banyak berjalan. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit sendi seperti osteoartritis. Malah ia juga membantu mengurangkan risko kecederaan atau kekejangan otot serta menjadikan tubuh merasa lebih sihat dan cergas.
Ia juga mencegah penyakit jantung, merendahkan tekanan darah serta menguatkan jantung. Apabila anda banyak berjalan, jantung akan bekerja lebih kuat. Memandangkan jantung adalah sejenis otot, ia akan menjadi kuat apabila selalu menerima tekanan (dalam batasan yang selamat) seperti otot-otot yang lain. Peredaran darah yang baik menjadikan sel-sel badan lebih sihat.
Berjalan kaki selama 90 minit selama seminggu boleh membuatkan mood anda lebih gembira. Tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil endorphin. Hormon ini bertanggungjawab melahirkan mood yang baik, sekali gus mengurangkan stres yang dialami dalam kehidupan dan membuatkan anda bahagia.
Menurut Journal of the American Medical Association, berjalan kaki selama beberapa jam dikatakan membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Ketika berjalan, lemak akan berkurangan dan berubah menjadi sumber estrogen.
Menurut National Sleep Foundation, berjalan cepat di waktu petang akan membuatkan tidur kamu jadi lebih nyenyak di waktu malam.
Anda boleh mengekalkan berat badan sihat semudah ini. Berjalan kaki dengan laju selama 30 minit boleh membakar sehingga 200 kalori. Ia tidak memerlukan kos dan komitmen yang terlalu banyak. Jika susah untuk mencari waktu khusus, anda boleh jadikan ia amalan berkala. Contohnya, naik tangga berbanding lif dan letakkan kenderaan lebih jauh daripada pejabat. Bagi wanita pula jika berjalan kaki sejam selama lima hari seminggu, akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam setahun.
Bagi orang yang berumur, keseimbangan adalah sesuatu yang sangat penting. Jika terjatuh, banyak bahaya yang boleh berlaku termasuk patah tulang dan kecederaan di kepala. Oleh itu, keseimbangan dan koordinasi adalah sangat penting dalam mencegah perkara yang diingini daripada berlaku.
Mengurangakan rasa sakit atau ngilu. Berjalan Kaki secara teratur akan menbuatkan tubuh kamu berasa lebih relaks.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia kecergasan lelaki, satu persoalan yang sering ditanya ialah berapa lama kita perlu meluangkan masa di gim untuk mendapatkan hasil yang terbaik? Adakah senaman yang lebih lama bakal membuahkan yang lebih baik?
Walaupun menjadi kebiasaan untuk menganggap bahawa lebih banyak masa yang dihabiskan di gim akan memberikan hasil yang lebih baik, hakikatnya ialah kualiti latihan adalah faktor yang lebih penting. Satu jam latihan yang efektif dan tertumpu boleh memberikan hasil yang lebih baik berbanding dua jam latihan yang kurang berkesan.
Bagi kebanyakan lelaki yang bekerja dan mempunyai komitmen lain, waktu menjadi faktor yang sangat penting. Oleh itu, latihan yang tertumpu dan efisyen adalah pilihan yang lebih bijak. Fokus pada latihan berat, latihan kardio, dan regangan boleh memberikan hasil yang lebih baik dalam masa yang lebih singkat.
Penting untuk diingat bahawa keletihan boleh membawa kepada kecederaan dan penurunan prestasi. Latihan yang terlalu lama tanpa memberi ruang untuk pemulihan boleh menyebabkan penurunan kekuatan dan daya tahan. Oleh itu, mengamalkan senaman yang bijak dan memberikan tubuh masa untuk pulih adalah kunci kepada kecergasan yang berterusan.
Daripada memikirkan berapa lama anda berada di gim setiap sesi, fokus pada konsistensi dan disiplin. Latihan yang konsisten, walaupun dalam jangka masa yang lebih pendek, boleh membawa kepada hasil yang lebih baik daripada latihan yang tidak konsisten dan panjang.
Jadi, berapa lama sepatutnya anda meluangkan masa di gim? Jawapannya bergantung kepada pilihan masing-masing dan matlamat kecergasan anda.
Sambil menghargai waktu yang terhad, penting untuk menjadikan setiap minit di gim bermakna.
Kecekapan dan konsistensi adalah kunci kepada kecergasan yang berterusan.
Ingatlah bahawa latihan yang terlalu lama tanpa pemulihan yang mencukupi mungkin tidak memberikan hasil yang diharapkan.
Cari keseimbangan yang tepat antara kualiti latihan, masa yang dihabiskan, dan pemulihan yang mencukupi.
Dengan pendekatan yang bijak, anda boleh mencapai kecergasan yang optimum tanpa mengorbankan terlalu banyak masa dari jadual harian anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.