10 Sebab Lelaki Yang Berkahwin Lebih Panjang UsiaMasalah kewangan, masih belum bertemu calon pilihan dan komitmen keluarga merupakan punca utama kepada pembujangan golongan lelaki di Malaysia…
Tapi selepas baca artikel ni mesti korang akan rasa pentingnya sesebuah perkahwinan buat seorang lelaki. Data statistik sekali berjaya membuktikan bahawa lelaki yang sudah berkahwin mereka hidup lebih lama daripada lelaki yang single.Berikut adalah beberapa sebab mengapa lelaki yang sudah berkahwin boleh hidup lebih lama daripada lelaki bujang.
1.Wujudnya ikatan emosi
Ya, kebanyakan hubungan emosi datang dari pasangan anda dan ramai lelaki bergantung pada ikatan emosi ini untuk rasa bahagia.
2. Hubungan intim menjadikan lelaki kelihatan lebih muda
Ghairah yang kerap merupakan sumber kesihatan bagi lelaki dan wanita. Orang yang cenderung melakukan hubungan intim lebih kerap daripada mereka yang kelihatan lebih muda kerana peredaran darah yang lebih sihat.
3. Tidak perlu bingung tentang makanan
Ads
Lelaki berkahwin boleh menikmati masakan rumah lebih kerap daripada lelaki bujang. Memasak juga bermakna kurang bahan pengawet dan kalori untuk lelaki yang sudah berkahwin daripada makanan yang sering anda makan di restoran sebagai lelaki bujang.
4. Lelaki dengan hubungan bahagia tidak mengalami kemurungan
Kualiti adalah kunci kehidupan, lelaki yang berada dalam hubungan yang bahagia tidak mengalami kemurungan dan kecemasan. Mereka rasa lebih optimis, ceria dan bertenaga.
5. Lelaki berkahwin mempunyai jangka hayat yang panjang
Lelaki berkahwin dilaporkan hidup lima hingga tujuh tahun lebih lama daripada lelaki bujang. Satu kajian yang dijalankan oleh pelajar Harvard menunjukkan bahawa semakin lama seorang lelaki berkahwin, semakin lama umurnya, berbanding dengan seorang lelaki yang seusianya.
Ads
6. Perkahwinan adalah penawar untuk kesepian
Tidaklah rahsia lagi bahawa kesepian boleh membunuh. Kesepian dikaitkan dengan tekanan perasaan, tekanan darah tinggi, jangka hayat yang lebih pendek, penyakit mental, dan perubahan berat badan.
7. Lelaki berkahwin lebih bertahan dari penyakit kronik
Lelaki bujang kurang daya tahan penyakit kronik, kerana mereka tidak memeriksa penyakit awal dan mencari rawatan lanjut. Ini berlaku baik bagi lelaki dan wanita. Tidak seperti lelaki yang sudah berkahwin. Ada pasangan yang menggalakkan mereka pergi ke doktor dan memberi sokongan untuk melawan penyakit.
Dalam dunia moden ini, lelaki sering kali dikaitkan dengan imej yang kuat dan tabah. Namun, di sebalik wajah yang nampak tenang dan kukuh, ramai lelaki sebenarnya menyimpan pelbagai perasaan dalam hati mereka. Kenapa ini terjadi? Berikut adalah beberapa sebab mengapa lelaki cenderung untuk memendam perasaan mereka.
Sejak kecil, lelaki sering dididik untuk menjadi ‘kuat’ dan ‘berani’. Mereka diajar bahawa menunjukkan emosi adalah tanda kelemahan. Frasa seperti “lelaki sejati tidak menangis” sering kedengaran dalam masyarakat kita. Norma sosial dan budaya ini menyebabkan lelaki merasa malu atau tidak selesa untuk meluahkan perasaan mereka.
Lelaki bimbang akan persepsi orang lain terhadap mereka jika mereka menunjukkan emosi. Mereka khuatir akan dikritik, dianggap lemah, atau tidak macho. Takut akan stigma ini menyebabkan mereka memilih untuk menyimpan perasaan mereka sendiri, walaupun ia menyakitkan.
Di dalam banyak keluarga dan masyarakat, contoh teladan lelaki yang terbuka dalam meluahkan perasaan mungkin kurang. Ayah, abang, atau figura lelaki lain dalam hidup mereka mungkin juga tidak menunjukkan cara yang sihat untuk meluahkan perasaan. Kekurangan contoh ini menjadikan mereka tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi tentang apa yang mereka rasakan.
Bukan semua orang dilahirkan dengan kemampuan untuk mengungkapkan perasaan mereka dengan baik. Lelaki, khususnya, sering kali tidak dilatih atau didorong untuk berbicara mengenai emosi mereka. Kesukaran ini boleh disebabkan oleh kurangnya kata-kata yang tepat untuk menggambarkan perasaan mereka atau kekurangan peluang untuk berlatih berbicara secara emosional.
Dalam dunia pekerjaan dan sosial, lelaki sering merasakan tekanan untuk menjaga imej profesional dan kompeten. Mereka bimbang bahawa meluahkan perasaan akan menjejaskan imej mereka di mata rakan sekerja, bos, atau bahkan rakan-rakan. Menjaga imej ini kadang-kala lebih penting bagi mereka daripada menjaga kesejahteraan emosi mereka sendiri.
Lelaki sering mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa meminta bantuan. Ini kerana mereka merasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dengan cara mereka sendiri. Memendam perasaan menjadi sebahagian daripada cara mereka menangani cabaran dan kesulitan, walaupun ia mungkin bukan cara yang paling sihat.
Menyimpan perasaan bukanlah tanda kekuatan, sebaliknya ia boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, dan kemurungan. Penting bagi lelaki untuk belajar bahawa meluahkan perasaan adalah perkara yang normal dan sihat. Komunikasi terbuka dengan orang-orang terdekat seperti keluarga, rakan-rakan, atau profesional kesihatan mental boleh membantu mereka menghadapi emosi dengan lebih baik. Dengan memahami dan mengubah norma-norma sosial yang menyekat, lelaki boleh belajar untuk menerima dan meluahkan perasaan mereka dengan cara yang lebih positif dan konstruktif.
Adakah anda memiliki masalah dengan perut buncit dan berlemak? Sebaiknya segera lakukan langkah-langkah yang tepat untuk mengecilkannya. Kerana perut buncit ternyata sangat merbahaya untuk kesihatan anda.
1. Risiko Penyakit Jantung
Banyaknya timbunan lemak pada area perut dan pinggang dapat memicu penyakit jantung atas pembekuan lemak yang masuk ke dalam aliran darah.
2. Diabetes
Kadar glukosa dalam darah meningkat dapat meningkatkan risiko diabetes. Lemak dalam perut juga telah dikaitkan dengan gangguan metabolisme yang merupakan alasan lain penyebab diabetes. Kenaikan berat badan sebesar 5 – 10 kg dari berat badan yang sihat akan meningkatkan risiko seseorang menghidap diabetes tipe 2 sebesar dua kali lipat daripada orang yang tidak mengalami kelebihan berat badan.
3. Kolesterol
Lemak perut secara langsung terkait dengan kolesterol tinggi total dan LDL (kolesterol jahat), penurunan HDL (kolesterol baik), dan resistensi insulin.
4. Stroke
Aterosklerosis atau penyempitan pembuluh darah yang menyebabkan pembekuan darah adalah kondisi yang menjadi punca utama stroke. Aterosklerosis dipicu oleh tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, dan kurang bersenam. Sehingga kegemukan dan perut buncit dianggap sebagai faktor risiko sekunder yang mampu mengakibatkan stroke.
Bagi seorang pereka fesyen, amatlah penting bagi mereka untuk menetapkan cita rasa dan gaya tersendiri. Namun, tidak semua individu mempunyai kebolehan dan kecenderungan atau kemahuan untuk mereka pakaian yang tidak konvensional. Sesetengah pereka lebih mengutamakan konsep perincian pada sesuatu pakaian manakala sebahagian yang lain pula lebih selesa menghasilkan rekaan konvensional.
“Amat penting untuk menjadi seorang pereka yang ‘genuine’ mencipta satu rekaan yang kekal relevan dan diguna pakai di dalam industri. Sekiranya ada yang hanya berorientasikan keuntungan dan glamor semata-mata, maka anda belum layak untuk digelar sebagai seorang pereka. Untuk menjadi seorang usahawan dan pereka yang beretika, anda perlu mempunyai prinsip dan hala tuju yang jelas. Saya lebih kagum sekiranya hasil kerja saya dibeli, dijaga dan dipakai pembeli dan itu membuktikan hasil karya anda mempunyai nilai estetika untuk terus berada di dalam almari gaya mereka. Andai sekadar jenama sahaja disebut-sebut tetapi tidak dihargai, itu bermakna hasil kerja anda masih belum diterima penuh oleh masyarakat. Tambahan, untuk bergelar seorang usahawan, sekurang-kurangnya anda perlu berada 12 bulan di dalam industri untuk memasarkan dan memperkenalkan barangan anda, jangan jadi parasit bisnes, berniaga mengikut musim dan akhirnya anda akan merosakkan perniagaan orang lain.
“Pereka perlu versatil dan tidak boleh gentar untuk mencipta sesuatu yang di luar dari kebiasaan, harus bereksperimen dan berikan kelainan yang boleh diterima akal juga pelanggan. Kita harus sedar bahawa pasaran fesyen di Asia masih berteraskan fesyen yang praktikal dan komersial. Oleh itu, individu yang menceburkan diri dalam industri fesyen perlu memahami ekonomi pasaran tempatan. Pereka perlu seimbangkan kepakaran perniagaan dan kemahiran-kemahiran lain yang boleh membantu karya kreatif mereka agar dapat dikomersialkan. Mereka yang bekerja di bidang ini secara profesional pula perlu sensitif terhadap perkembangan dan peristiwa yang terjadi di peringkat global agar rekaan tidak ketinggalan.
“Di butik Azammoff, kami menyediakan rekaan yang cukup versatil dan simplicity iaitu sesiapa sahaja yang datang ke butik, mereka boleh membeli rekaan ready to wear juga menempah bespoke tidak kira untuk lelaki mahupun wanita. Kami mengamalkan prinsip 3C iaitu Contemporary, Classy dan Comfortable untuk setiap rekaan yang dihasilkan. Target kami pula adalah untuk mereka dari golongan pertengahan dan ke atas. Di sini, mereka juga boleh menempah pakaian khusus untuk seisi keluarga. Pelanggan setia saya kebiasaannya adalah mereka yang mempercayai setiap rekaan juga kualiti yang kami berikan. Bagi saya, seorang pereka yang baik adalah dapat memahami kehendak pelanggan, namun saya turut memberikan khidmat nasihat untuk setiap rekaan yang mereka mahukan. Dari situ pertalian di antara pelanggan dan pereka dapat dikekalkan.
“Tidak semua yang dirancangkan akan membuahkan hasil, apa pun, nasib seorang pereka fesyen juga terletak pada tuah mereka di dalam industri serta pengguna fesyen itu sendiri. Tidak semua pembeli akan menyukai rekaan anda, malah mereka mungkin tidak menyukainya langsung. Sudah lumrah, kehendak seseorang itu sangat subjektif dan kadangkala mengelirukan. Maka seorang pereka fesyen perlu belajar untuk menahan segala kritikan,” jelas anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu ini.
Quality vs profitability
Fesyen bermakna sesuatu gaya yang terkini atau mengikut trend semasa. Namun, takrifan sebenar fesyen terus subjektif kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor. Bagi mencipta kejayaan dalam bidang ini, seseorang perlu memiliki kefahaman menyeluruh terhadap proses-proses yang berkaitan dengan industri. Seseorang pereka itu perlu tahu selok-belok perniagaan dan pemasaran fesyen. Tanpa pengalaman dan pengetahuan asas yang tepat, mungkin sukar untuk mereka memasarkan jenama secara berkesan.
“Saya tidak pernah terasa dengan kemunculan pereka baru yang semakin hari semakin bertambah, jenama baru yang rekaannya sama di setiap butik, namun hanya label yang berbeza. Jika inilah yang masyarakat inginkan, itu bukan salah mereka. Mereka hanya mengikut pasaran. Sebagai seorang pereka yang sudah lama di dalam industri, fesyen itu harus relevan setiap masa. Saya sangat mementingkan kualiti, setiap idea baru saya dan team akan duduk berbincang dan dapatkan kata putus untuk memasarkan satu rekaan. Lambakan pereka baru ini ibarat memberi satu peluang kepada masyarakat untuk sama-sama merasai sendiri kegemilangan industri fesyen tanpa mengira status, namun harus diingatkan fesyen bukanlah bergantung kepada nilai kepenggunaan semata tetapi ia merupakan cerminan kepada pembalikan identiti pereka sebagai kunci kejayaan sekali gus ia mengubah maksud sebenar seorang pereka.
“Mereka sepatutnya bergantung kepada rekaan atau produk dengan signatur yang mempunyai kualiti tersendiri sebagai faktor untuk mengangkat jenama mereka pada satu tahap yang lain. Tambahan, pasaran kita kebanyakannya hanya berteraskan fesyen komersial di mana konsep ini mampu meraih pulangan paling lumayan buat masa kini. Kerana terlalu mengejar pulangan yang menguntungkan, ada yang menyediakan rekaan sambil lewa, meniru dan mengabaikan kualiti material serta fabrik, malah masing-masing bersaing dengan harga yang ditawarkan.”
Popular bukan erti berjaya
“The higher up, the greater the fall, Industri fesyen tidak hanya berkiblatkan populariti semata-mata. Di sini anda akan diajar untuk bekerja keras, sabar dan tabah untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Pengetahuan juga kefahaman mendalam terhadap corak pergerakan industri juga perlu dititikberatkan. Menjadi orang lama mahupun baru, anda perlu sentiasa membuat penyelidikan bagi mendapatkan inspirasi dalam membina tema yang sealiran dengan trend terkini. Koleksi rekaan yang telah siap pula hanyalah satu permulaan sebelum ia dipromosikan dan dipasarkan. Rekaan anda perlu menzahirkan istilah trendsetter iaitu mereka yang memulakan sesuatu trend itu, bukan dengan hanya meniru jenama sedia ada. Menjadi pelopor mungkin sedikit payah, namun itulah bukti anda bekerja kuat untuk itu. Jika anda ikuti rekaan saya, saya di antara yang terawal mencipta design kurta lelaki secara minimalis, namun inspirasi itu tidak begitu menonjol waktu ia dipasarkan, kini lambakan kurta mengikut potongan badan begitu meluas dilihat, apa yang membezakan hanyalah corak dan warna sahaja.
“Tidak salah untuk seseorang pereka fesyen itu mengambil inspirasi daripada jenama lain namun, pereka yang bijak sewajarnya tahu perbezaan antara mengambil inspirasi atau meniru sesebuah karya. Perlu diingat, industri fesyen terlalu banyak saingannya dan untuk berjaya dalam bidang ini perlu ada kefahaman menyeluruh terhadap proses-proses yang berkaitan dengan industri tersebut. Jika rekaan itu dicipta melalui satu-satu inspirasi, ia perlulah disesuaikan dengan signature anda sendiri bagi mendapatkan garapan baru dalam hasilan, di samping mencipta nilai estetika tersendiri dan berbeza. We sell brand as well, try to be a good local brand.
“Buat pereka baru, anda perlu tahu etika berniaga untuk terus kekal lama di dalam industri. Jangan terlalu gopoh dalam mengejar keuntungan. Fahami jenis perniagaan short run mahupun long run, agar anda boleh mengatur strategi sebaiknya,” akhirnya bersama Maskulin.
18, Jalan Plumbum P7/P Commercial Centre Section 7 40100 Shah Alam
azammoffboutique
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hobi penting untuk keseimbangan hidup, tetapi apabila bergelar suami dan bapa, lelaki perlu tahu keutamaan. Keluarga bukan penghalang kebebasan, sebaliknya amanah yang menuntut kehadiran.