Sejak seminggu lalu topik tentang Inisiatif BUDI Madani RON95 (BUDI95) merupakan antara paling hangat diperkatakan.
Langkah strategik kerajaan ini diambil dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi petrol bagi memastikan peruntukan sampai kepada golongan yang disasarkan.
Bermula 30 September 2025, semua rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan, termasuk golongan lelaki bujang, akan dapat menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99/L.
Kelayakan utama untuk inisiatif ini adalah pemilikan MyKad dan lesen memandu aktif. Adalah penting untuk memastikan lesen memandu tidak tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Had kuota bulanan sebanyak 300L telah ditetapkan, yang dijangka mencukupi untuk perjalanan sehingga 3,000km. Ini adalah peruntukan yang signifikan dan memadai untuk sebahagian besar pengguna, termasuk mereka yang kerap berulang-alik.
Ads
Prosedur Semakan Kelayakan dan Penggunaan Subsidi
Proses untuk menyemak kelayakan dan menikmati manfaat ini telah dipermudahkan. Pemohon hanya perlu memasukkan nombor MyKad di portal rasmi BUDI95 iaitu di budi95.gov.my tanpa perlu melalui proses pendaftaran yang rumit. Alternatif lain, pengguna boleh memanfaatkan aplikasi Setel untuk semakan kelayakan dan pengurusan kuota bulanan mereka.
Sekiranya status kelayakan menunjukkan “tidak layak”, ia mungkin disebabkan oleh masalah data seperti rekod lesen memandu yang tidak dikemas kini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ads
Atau anda mungkin ada isu berkaitan data MyKad dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pihak yang terlibat dinasihatkan untuk mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan isu-isu ini di kaunter jabatan yang berkaitan.
Penggunaan subsidi ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan harian, tetapi juga merupakan peluang untuk menguruskan perbelanjaan dengan lebih cekap.
Ads
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pembuat barangan aksesori motorsikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI telah memperkenalkan boks terbaru untuk pasaran tempatan, Monolock B32 Bold.
Monolock adalah sistem yang dipatenkan oleh GIVI khusus bagi boks bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motorsikal yang berkapasiti lebih rendah terutamanya 250cc kebawah.
Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, reka bentuk B32 Bold berkapasiti 32liter ini menginspirasikan gaya terbaru didalam pembuatan produk terbaru ini.
“Sebahagian besar boks GIVI sebelum ini, ‘Polypropylena (PP)’ ialah bahan komponen utama yang digunakan kerana terbukti ianya sangat kukuh dan tahan lama didalam keadaan cuaca terutamanya di Malaysia.
Menggunakan system kunci ‘clack’, ianya memudahkan pengguna dengan hanya sekali ‘klik’ untuk menutup boks tanpa perlu menggunakan kunci. Gabungan pemegang dengan penutup bahagian atas juga memberi kemudahan membuka/ menutup boks.
‘Reka bentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold ini setelah kajian dalaman kami mendapati ianya lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur seperti kebiasaan. Namun ini bukan bermakna bentuk bujur langsung tidak diminati,” katanya pada sidang media memperkenalkan B32 Bold sempena acara ‘Tunggangan Perhargaan Media’ yang bermula dari GIVI Point di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hotel Thistle, Port Dickson.
Seramai 30 pengamal media cetak dan elektronik dan portal telah menyertai konvoi yang julung-julung kali dianjurkan pihak GIVI Asia Sdn Bhd.
Hujan lebat dan cuaca buruk berterusan di sesetengah negeri di Malaysia terutamanya Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Malah, kawasan-kawasan ini juga diramal berpotensi alami banjir. Semua maklum akan risiko mengharungi jalan yang dinaiki air dengan pacuan 4 roda atau kereta. Malah sudah ada beberapa kejadian lemas berlaku akibat dihanyutkan air kerana mengharungi jalan sebegini.
Perlu kita tahu, walaupun jalan yang dinaiki air nampak cetek namun jangan sesekali memandang rendah kuasa air terutama yang sedang mengalir.
Ini fakta yang perlu kita tahu tentang air banjir yang berarus di atas jalan menurut laporan weather.gov
1. Walaupun air setinggi 6 inci di atas jalan sudah mampu menghanyutkan orang dewasa.
2. Air banjir hanya setinggi 12 inci cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta.
3. Sebuah SUV atau trak boleh dihanyutkan walau air banjir hanya setinggi 2 kaki.
Sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air, disarankan berpatah balik jangan redah untuk elak kejadian dihanyutkan air dan lemas hingga meragut nyawa.
Pada pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang menggunakan pengesahan MyKad sebagai mekanisme utama subsidi bersasar.
Dalam masa yang sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan bahawa skim ini tidak hanya bergantung kepada MyKad fizikal. Sebaliknya, pengguna turut boleh mengakses subsidi melalui aplikasi mudah alih yang dibangunkan syarikat minyak, termasuk terus di terminal pam petrol.
Di sebalik kekeliruan segelintir pengguna, muncul seorang figura mesra yang dikenali sebagai Pak Cik Shell. Beliau tular di media sosial selepas berkongsi video ringkas di Instagram @pakcikshell tentang cara paling mudah untuk mengesahkan MyKad di terminal pam minyak.
Menurut perkongsian tersebut, langkahnya cukup mudah:
Sentuh kad debit atau kad kredit untuk pembayaran.
Masukkan MyKad ke slot terminal untuk pengesahan subsidi.
Jika mahu, sahkan kad ganjaran BonusLink.
Angkat nozel dan terus isi minyak seperti biasa.
Demonstrasi ringkas itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai mengucapkan terima kasih kerana perkongsian tersebut berjaya mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap kesesakan, seperti yang pernah tular sebelum ini apabila dikatakan penebusan subsidi hanya boleh dibuat di kaunter.
Lebih menarik, netizen juga mencadangkan agar BUDI95 boleh ditebus menerusi aplikasi Shell, kerana ia lebih menjimatkan masa serta seiring dengan gaya hidup moden yang pantas.
Jadi, sebelum anda risau tentang kesesakan atau langkah yang rumit, ikut sahaja tip daripada Pak Cik Shell. Ringkas, mudah dan terus jalan.
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.