Di sebalik demam pilihanraya yang semakin hampir ramai sebenarnya rakyat Malaysia berdepan dengan musibah banjir. Di beberapa lokasi seperti di Kelantan, Perak, Melaka dan Selangor kejadian banjir kini sudah menjadi asam garam yang harus dihadapi oleh sesetengah penduduk.

Ia satu perkara yang cukup mendukacitakan kerana mereka harus berdepan masalah sama berulang kali. Selain kerosakan harta benda seperti barangan rumah, kenderaan mereka seperti kereta juga berdepan boleh rosak dengan teruk.

Selain banjir, hujan lebat juga boleh mengakibatkan berlakuknya rantaian bencana alam yang lain seperti tanah runtuh. Di beberapa lokasi terutamanya di Lembah Klang, cukup berisiko dengan kawasan lereng bukit yang harus diberikan perhatian.

Pada Musim Hujan & Banjir Elak Letak Kereta Di Beberapa Lokasi Ini, Salah Satunya Lereng Bukit
Foto hiasan: Astro Awani

Bagi anda yang tinggal di kawasan berisiko perlulah ambil perhatian yang lebih terutamanya kawasan untuk letak kereta.

IKLAN

Sebolehnya kita mahu elak daripada terlibat dalam mana-mana bencanan. Tapi sekurang-kurangnya kita ambil langkah pencegahan. MASKULIN kongsi beberapa lokasi perlu anda elak untuk parking kereta sepanjang musim hujan seperti sekarang.

TEPI LERENG BUKIT

Jika kereta rosak atau rumah anda berhampiran dengan lereng bukit, elak parking kenderaan anda di situ kerana sewaktu musim hujan, tanah mudah terurai dan tanah boleh runtuh sehingga membabitkan nyawa.

PINGGIR PANTAI

Pantai sememangnya kawasan yang sangat terdedah kepada hujan lebat dan angin ribut yang sangat kencang. Ada kalanya, air naik ke pinggiran jalan dan boleh menghanyutkan sesebuah kenderaan lebih 100 meter dari lokasi asal bergantung kepada jumlah air.

IKLAN

KAWASAN RENDAH

Kawasan rendah sering terdedah kepada banjir kilat. Pada musim hujan lebat, kawasan tersebut sangat berisiko kerana air naik dengan begitu cepat sehingga boleh merosakkan bahagian dalam kenderaan.

BAWAH POKOK

Hujan lebat dan ribut boleh mengakibatkan pokok bergoyang secara luar biasa. Lebih menyeramkan, pokok boleh tumbang dan menghempap kenderaan yang berdekatan. Jika tidak tumbang, mungkin ada dahan-dahan yang patah dan mencucuk bahagian kenderaan seperti cermin dan sebagainya sehingga pemilik terpaksa menanggung kerugian.

IKLAN

Buat anda yang terkesan dan terjejas dengan dugaan banjir kali ini, MASKULIN doakan anda untuk tabah menghadapinya.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI