Pergi ke pasar raya dan memilih pelbagai makanan yang sihat sememangnya menjadi rutin harian setiap individu. Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat akan lebih berhati-hati dalam memilih pemakanan yang sesuai. Melalui kawasan makanan mentah menjadikan lelaki lebih peka dalam pemilihan jenis ikan yang sesuai ketika berdiet. Ini kerana setiap ikan mempunyai kalori dan keistimewaannya yang tersendiri. Pengambilan ikan secara kerap, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, asma, dan juga meningkatkan kesuburan. 

Cara Untuk Anda Pilih Ikan Salmon Di Pasar Raya

Salmon merupakan jenis ikan berlemak yang tergolong dalam sumber protein paling bagus di seluruh dunia. Ia dapat mengurangkan tekanan darah kerana kaya dengan asam lemak omega-3, asam eicosapentaenic (EPA), dan asam docosahexaenoic. Kombinasi dengan selenium berlimpah, dan asam lemak omega 3 membantu menurunkan tekanan darah.

Cara Untuk Anda Pilih Ikan Salmon Di Pasar Raya

Jangan risau, lemak yang terkandung dalam ikan ini merupakan lemak sihat yang baik. Asupan EFA (asam lemak esensial) yang seimbang dan cukup dapat membantu membakar lemak tubuh dan memberi energi. Ikan Salmon sarat dengan vitamin A, D, E dan K. Rangkaian vitamin tersebut bermanfaat bagi sendi tulang, mata, memberi “makan” otak, memperbaiki otot, dan mengatur keseimbangan metabolik.

 

IKLAN

Bagaimana nak pilih ikan Salmon?

 

Pemilihan ikan Salmon sebenarnya tidaklah sukar seperti yang disangka. Jika anda berada di runag pemilihan ikan, pasti anda akan nampak ikan Salmon yang telah siap potong diletakkan di atas kawasan yang mempunyai ais. Jadi senanglah untuk anda ambil dan kira berat ikan tersebut. Ada banyak variasi Salmon. Jangan pening kepala. Kadar Salmon liar omega-3 dianggarkan dari 700 hingga 1.800 miligram 1 hidangan 3 auns. King, Chinook, dan Sockeye merupakan yang paling enak. Itu kerana mereka adalah ikan terbesar dan paling gemuk. Lemak itu membantu mengawal mereka dalam suhu dingin, tetapi itu juga berarti lebih banyak omega untuk anda.

IKLAN

Cara Untuk Anda Pilih Ikan Salmon Di Pasar Raya

Okay, kini anda nak pilih yang beku ataupun segar dari laut? Jika anda menetap di Alaska, memancing terus ikan Salmon dan makan barulah dikira fresh. Jadi pilihlah yang sejuk beku. Walaupun anda membeli di pasar raya Malaysia, ikan Salmon telah disejuk bekukan sejak ia ditangkap lagi, dan ia tidak akan menghilangkan nutrisi dalam ikan tersebut. Ada yang bertanya sama ada ingin membeli sekali dengan kulit ataupun tidak. Sebenarnya ia terpulang kepada anda, jika anda gemar makan kulit ikan, belilah. Jika anda geli buanglah. Ia tidak akan efek nutrisi dalam ikan tersebut.

 

IKLAN

Bagaimana nak masak?

 

Ramai yang tak tahu bagaimana nak masak ikan barat ini. Tak ada masalah sebenarnya untuk anda jadikan ia masak lemak cili api. Namun, nutrisi dalam ikan tersebut akan hilang serta merta. Jadi, masak ikan Salmon ini secara panggang, stim ataupun goreng dengan kuantiti minyak yang sikit. Ikan Salmon tidak memerlukan jumlah masa yang banyak pun untuk masak, dalam 5 minit dengan minyak yang panas, ia sudah siap dihidangkan. Kalau tidak, mengapa orang jepun makan secara mentah kan?

Cara Untuk Anda Pilih Ikan Salmon Di Pasar Raya

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI