Kesibukan dalam dunia lakonan dan perniagaan tidak menghalang Aniq Suhair menggenggam ijazah. Di sebalik keletihan dan tekanan, beliau menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun tanpa menangguhkan satu semester pun, dengan semangat serta sokongan keluarga menjadi penguat langkah.