Dalam dunia profesional moden, reputasi adalah paling bernilai dan kini, satu insiden ringkas di konsert Coldplay telah mengubah landskap kerjaya seorang CEO.

Baru-baru ini, Andy Byron, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat teknologi data dan kecerdasan buatan, Astronomer, mengumumkan peletakan jawatannya selepas sebuah video memaparkan dirinya berpelukan dengan seorang rakan sekerja wanita di konsert Coldplay tular di media sosial.

CEO Astronomer Letak Jawatan Gara-Gara ‘Kantoi’ Di Konsert Coldplay

Klip berdurasi beberapa saat itu, yang dirakam melalui ‘jumbotron’ stadium, menunjukkan Byron bersama wanita dikenali sebagai Kristin Cabot — Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat sama — sedang duduk rapat dan berpelukan, sebelum kelihatan panik apabila menyedari aksi mereka dipaparkan di skrin besar.

Situasi itu menjadi lebih rumit apabila netizen mula menyiasat dan mengaitkan identiti mereka, seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi tentang kemungkinan hubungan sulit antara dua figura penting dalam organisasi itu. Dalam sekelip mata, Byron menjadi topik bualan hangat — bukan kerana inovasi teknologinya, tetapi kerana satu momen yang sepatutnya peribadi.

Ads

Bila Kamera Jadi Musuh Senyap

Dalam satu kenyataan rasmi melalui LinkedIn, pihak Astronomer mengesahkan peletakan jawatan Byron sambil menegaskan bahawa kepimpinan syarikat perlu mematuhi piawaian kelakuan yang tinggi.

CEO Astronomer Letak Jawatan Gara-Gara ‘Kantoi’ Di Konsert Coldplay
Kenyataan Astronomer menerusi LinkedIn.

“Pemimpin kami dijangka menetapkan piawai dalam kelakuan dan akauntabiliti, dan baru-baru ini, perkara itu tidak dipenuhi.”

Syarikat itu turut menafikan sebarang kenyataan maaf kononnya daripada Byron yang tersebar di media sosial, dengan menyatakan ia berasal daripada akaun parodi. Bahkan, kekeliruan mengenai individu ketiga dalam video tersebut juga telah dijelaskan.

Ads

Susulan peristiwa itu, Pete DeJoy  pengasas bersama Astronomer yang juga Ketua Pegawai Produk dilantik sebagai CEO interim. LinkedIn Byron turut dipadam dan namanya dikeluarkan daripada carta organisasi syarikat.

CEO Astronomer Letak Jawatan Gara-Gara ‘Kantoi’ Di Konsert Coldplay

Ads

Di Mana Silapnya? Ini 4 Iktibar Buat Anda

  1. Jangan Undur Bila Terkena Sinar ‘Spotlight’
    Sebagai seorang pemimpin, setiap gerak geri anda diperhatikan — bukan sahaja di pejabat, malah di tempat umum. Lelaki bijak tahu membezakan waktu bersantai dan batas kesopanan.

  2. Teknologi Adalah Pedang Dua Mata
    Dunia sekarang tak perlukan paparazzi — semua orang adalah wartawan dengan kamera dalam poket. Sekali viral, tiada ‘undo’.

  3. Kredibiliti Dibina Bertahun, Runtuh Sekelip Mata
    Anda boleh jadi pemimpin pasukan, ikon syarikat, atau idola industri, tetapi satu keputusan peribadi boleh mengubah segalanya. Integriti adalah nilai yang tak boleh dibeli semula bila tercalar.

  4. Jangan Main Api Di Tempat Kerja
    Hubungan profesional dan peribadi perlu diasingkan. Bila anda campur adukkan keduanya, risiko bukan saja pada diri sendiri — tetapi pada seluruh syarikat dan reputasi pekerja lain.

Terdahulu, sebuah rakaman jumbotron menunjukkan Byron dan seorang wanita sedang berpelukan di kerusi penonton telah mencuri perhatian orang ramai apabila mereka kelihatan terkejut dan cuba mengelak daripada kamera sebaik menyedari diri mereka dipaparkan di skrin besar. Insiden itu berlaku semasa konsert Coldplay di Gillette Stadium, Foxborough, Massachusetts pada 16 Julai lalu. 

“Uh oh, apa itu? Sama ada mereka tengah curang atau memang sangat pemalu,” gurau vokalis Coldplay, Chris Martin ketika menyedari adegan itu disiarkan kepada ribuan penonton.

Warga internet kemudian mula menyiasat identiti mereka dan mendakwa lelaki itu ialah Andy Byron manakala wanita tersebut adalah Ketua Pegawai Sumber Manusia (Chief People Officer), Kristin Cabot. Pelbagai spekulasi dan ‘meme’ mula muncul di media sosial, sehingga meraih pelbagai kritikan tentang kemungkinan hubungan sulit antara dua eksekutif tinggi syarikat itu.

BACA LAGI :

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads