Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal.
Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius.
Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor.
KEBANYAKAN RUAM AKAN HILANG TANPA RAWATAN PERUBATAN. RAWATAN DI RUMAH SELALUNYA BOLEH MELEGAKAN KESAKITAN DAN GATAL-GATAL SEHINGGA RUAM HILANG.
Ads
Pastikan kawasan yang gatal berada dalam keadaan sejuk dan lembap. Meletakkan kain direndam di dalam air ais pada ruam beberapa kali sehari. Ruam yang terlalu kering akan mengeringkan kulit, yang boleh menggandakan kegatalan.
Pastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.
Mandi menggunakan bijiran gandum untuk melegakan gatal-gatal. Balut satu cawan bijiran gandum dengan kain kapas dan rebus seperti yang anda lakukan untuk memasak.
Ads
Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dan gunakan sebagai span. Anda boleh mandi dalam air sejuk tanpa sabun.
5. Elakkan daripada menggaru. Potong kuku pendek atau memakai sarung tangan kapas pada waktu malam untuk mengelakkan anda menggaru secara tidak sengaja.
Ads
Pakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.
Gunakan sabun lembut seperti Cetaphil, Dove atau Minyak Olay, dan sabun yang sedikit sahaja. Jangan gunakan sabun deodoran.
Basuh pakaian anda dengan sabun pelembut, bukannya detergen. Bilas dua kali untuk membuang semua kesan sabun. Jangan gunakan bahan cuci yang kuat.
Berehat sepanjang hari untuk melakukan senaman santai, terutamanya sebelum tidur kerana tekanan juga boleh menyebabkan gatal atau ruam bertambah buruk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
ANAK SULUNG SANGAT DIPERCAYAI Dalam kehidupan, anak sulung ni ibarat pengalaman pertama buat mereka yang mendirikan rumah tangga. Jadi, banyak perkara yang hendak dilakukan atau dihadapi oleh anak sulung, turut menjadi satu kerisauan buat para ibu bapa. Sama ada dalam hal memandu kenderaan, atau masuk ke alam universiti, atau ke alam pekerjaan mahupun perkahwinan, kebanyakan ibu bapa sangat berhati-hati.
Naluri mereka sebagai anak sulung dalam keluarga telah membuatkan mereka yakin mereka mampu untuk menjadi ‘leader’. Hatta, kadangkala dalam pergaulan sekalipun, biarpun dalam kelompok yang lebih berusia, mereka mampu didominasi oleh karakter anak sulung tadi. Kebanyakan anak sulung YAKIN mereka boleh berdikari dan melakukan banyak perkara tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Mereka pasti suka jika diberikan ayat seperti, “Abang, boleh tolong bank in kan bla..bla..”, “Kakak, tolong mama sekian sekian…”. Mereka akan cuba untuk buktikan merekalah yang terbaik.
Jadi, kadangkala apabila ibu bapa mahupun insan lain yang cuba untuk mengatur itu dan ini, dan jika perkara itu kelihatan tidak diberikan kepercayaan, mereka akan menjadi tertekan. Sebagai contoh, pengalaman pertama mereka memandu kenderaan. Ada sesetengah yang tidak suka dikritik sebelum melihat terlebih dahulu mereka memandu. Oleh itu, BERIKAN KEPERCAYAAN. Kurangkan sedikit perasaan ragu-ragu dan terlalu bimbang. Mereka boleh lakukannya! Percayalah.
PENTINGKAN ORANG SEKELILING Sebagai anak sulung, mereka ibarat menyambung HARAPAN ibu dan ayah yang perlu direalisasikan. Ibarat cerita dongeng yang sudah siap 80%, 20 % bakinya mereka merasakan merekalah yang perlu menyudahkannya. Biarpun kadangkala perkara itu terpaksa untuk menyebabkan beberapa harapan sendiri terkorban. Seringkali dalam hidup mereka, keputusan yang bakal dilakukan itu mengambil kira 360 darjah insan terpenting dalam hidup mereka. Jika insan terpenting ialah ahli keluarga dan ibu bapa, maka kepentingan untuk mengutamakan ibu bapa dan keluarga lah yang akan mendominasi keputusan anak sulung tadi.
Bukan apa, mereka cuma tidak mahu menyusahkan insan terpenting dalam hidup mereka. Menyusahkan ini dalam erti kata menyebabkan orang lain menjadi terbeban dengan keputusan yang bakal diambil. Banyak perkara yang dibuat perlu mengambil kira kebahagiaan insan terpenting sebelum diri sendiri. Biarpun terluka, namun kebahagiaan itu ialah apabila melihat insan terpenting dalam hidup mereka bahagia.
TIDAK DILIHAT LEMAH Rata-rata karakter anak sulung kelihatan seperti ceria dan suka menghiburkan orang lain. Namun, dia menyimpan sejuta satu rahsia yang hanya akan diceritakan hanya kepada insan-insan terpilih sahaja. Banyak kisah privasi sendiri yang dipendam; tidak diceritakan kepada sesiapapun hatta ibu dan bapa sendiri. Kadangkala nampak seperti kayu atau batu kerana tidak pandai untuk mempamerkan perasaan kasih sayang. Ada masa mereka akan menjadi keanak-anakan.
Apa yang paling penting, mereka tidak mahu dilihat lemah oleh ibu bapa, dan adik-beradik yang lain. Luaran nampak macho, tapi dalam hati ada taman. Mereka sebenarnya cuba untuk melakukan sesuatu yang boleh membahagiakan insan sekeliling, namun mungkin disebabkan ego mereka ini, mereka dilihat kurang romantis dalam perhubungan. Jadi kepada yang ada abang atau kakak yang tak reti nak bermanja-manja, mereka bukan tak suka atau tak sayang. Tapi, control macho gitu. Haha. Hakikatnya, mereka sangat sayangkan korang. Cubalah sesiapa menyentuh sensitiviti berkenaan keluarga, memang berapilah. Dan, mereka sangat protective keluarga sendiri.
SANGAT BERTANGGUNGJAWAB Semakin membesar, anak-anak sulung sebenarnya sedang menggalas expectations daripada insan sekeliling terutama ibu dan bapa. Semasa proses membesar, mereka kerap diceritakan dengan kisah-kisah kesusahan ibu bapa, kisah-kisah kejayaan orang lain, mungkin juga kisah-kisah kejayaan ibu bapa sendiri. Perkara-perkara ini menjadi suatu motivasi untuk mereka berusaha meraih apa yang dihasratkan. Namun begitu, kadangkala kita sebagai insan terdekat kurang memberi sokongan.
Kadangkala apabila kita terlalu meletakkan expectation semata-mata, sedangkan tidak mampu digalas pun oleh anak sulung tadi, maka ia boleh menjadi penyebab kepada tekanan dalam diri. Mereka akan berfikir bahawa mereka telah mengecewakan perasaan orang lain seterusnya merasakan kekurangan dalam diri mereka. Sebaliknya, jika kita kurang untuk meletakkan expectation, namun banyakkan sokongan, mereka pasti akan berasa sedikit kebebasan dalam membuat sebarang pilihan dalam hidup. Ingatlah, bahawa KITA BUKAN TUHAN yang berhak mengaturkan itu dan ini. Sebaliknya, kita hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja. Selebihnya, TAWAKKAL kepada TUHAN. Perkara inilah yang seringkali kita tersilap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Diperbandingkan? Adakah anda tahu tiada wanita yang gemar jika diperbandingkan dengan sesiapa sahaja oleh pasangan baik suami, teman lelaki atau rakan. Walaupun orang yang anda bandingkan itu adalah bekas teman wanita ataupun ibu sendiri.
Dia ialah Dia
Ini kenyataan yang perlu diingatkan. Semua orang di dunia ini memiliki jiwa dan pemikiran yang lain. Walaupun anda pernah membaca info kriteria individu mengikut tarikh lahir, jenis darah, personaliti mengikut turutan kelahiran dan pelbagai lagi info, kesimpulannya semua orang personalitinya tidak sama. Jika sama pun ia secara kebetulan. Kelakuan dan perangai manusia sama ada wanita mahupun lelaki ditentukan mengikut cara mereka berfikir dan pemahaman fikiran pada waktu itu.
Terbit Elemen Negatif
Apabila dibandingkan dengan individu lain (mungkin dari segi cara bekerja) sedikit sebanyak bakal mewujudkan perasaan negatif dalam wanita tersebut. Mereka akan merasa sungul atau putus asa dengan perlakuan dan diri sendiri. Akhirnya timbul masalah baru seperti ‘kerja tak siap’, ‘lambat bertindak’, ‘cincai boncai’ dan pelbagai lagi isu baru yang mungkin lebih membebankan anda. Semuanya kerana wanita tersebut rasa dirinya kurang dipercayai untuk menggalas tanggungjawab itu.
“Sia-sia sahaja aku buat semua ni. Kenapa tak suruh dia sahaja jika dia hebat?” Rungutan ini kebiasaannya muncul walaupun tidak dilafazkan. Nah, tiba masa untuk anda tukar cara menegur orang. Terutamanya ia melibatkan emosi seorang wanita. Cara menegur mungkin dengan sedikit pujian dahulu kemudian bimbingnya ke arah hala tuju yang anda mahu tanpa melibatkan nama individu lain. Ayat manis kadang kala membantu dalam situasi terdesak.
Merendahkan Kemampuan
Siapa yang rela diperbandingkan? Wanita pula melihat perbuatan tersebut seakan merendahkan kemampuan dirinya. Mereka rasa tercabar kerana dianggap sebagai orang kedua dalam situasi tersebut. Kesannya, pada pasangan mungkin situasi masam muka. Bagi rakan-rakan pula bersedia menerima ayat pedih ke telinga anda. Siapa suruh cari nahas!.
Bakal Wujudkan Perpisahan
Ambil cakna dengan kenyataan ini. Jika setiap hari anda kerap bandingkan pasangan dengan seseorang, ia bakal mewujudkan situasi tidak bahagia. Emosi wanita agak rapuh untuk sedetik dua tetapi ia menjadi kental jika acap kali menerima tujahan emosi yang sama. Berkemungkinan pasangan akan berubah tetapi melibatkan personaliti yang lain dan bukan dengan kerelaan hatinya.
Setiap hari mereka akan berfikir kenapa, kenapa dan kenapa dia tidak seperti orang yang anda agungkan itu. Bila hati tidak bahagia dan pasangan pula sudah berubah maka hubungan boleh menjadi renggang dan akhirnya perpisahan bakal terjadi. Elak ini dari berlaku.
Jangan Walaupun Sekali!
Lihat sahaja cara wanita berpakaian. Apa akan terjadi jika wanita itu bertembung dengan individu yang sama baju dengannya? Tarik muka masam dan kemungkinan baju itu tidak akan anda lihat lagi dia memakainya. Daripada situasi ini anda sudah boleh membaca perlakuan wanita.
Berita baik untuk orang ramai yang ingin menunaikan zakat. Sepanjang bulan Disember ini, orang ramai boleh mengambil peluang menunaikan zakat di semua 27 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibuka setiap hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Waktu operasi juga telah dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 29 hingga 31 Disember.
Pengumuman yang dibuat menerusi laman Facebook LZS ini mengatakan bahawa waktu operasi untuk seluruh cawangan akan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Manakala bagi hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan LZS akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Mudahkan orang ramai
Menurut LZS, inisiatif ini diambil bagi memudahkan orang ramai untuk menunaikan zakat mereka sebelum berakhirnya tahun 2018.
Selain urusan taksiran untuk zakat harta, orang ramai juga boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Bukan itu sahaja, cawangan LZS turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Peluang menangi hadiah istimewa
Lebih menarik, pengeluar zakat di semua 27 cawangan sepanjang Disember ini berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati Kad Touch & Go menerusi e-cabutan.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang sendiri ke cawangan LZS, pembayaran zakat boleh dilakukan menerusi online dengan melayari laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/.
Orang ramai digesa untuk sama-sama mengambil peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember ini bagi melayakkan anda mendapatkan rebat cukai pendapatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.