Dalam dunia di mana sukan dan gaya hidup saling bertemu, adidas Sunway Pyramid terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar jenama, tetapi satu simbol ekspresi diri.
Terbaru, adidas melakar langkah berani dengan pembukaan semula Pusat Jenama di Sunway Pyramid, yang kini tampil dengan wajah baharu, bukan sekadar gedung sukan, tetapi hab kreativiti yang meraikan identiti dan imaginasi.
Ruang dua tingkat ini kini menjadi destinasi yang menggabungkan dunia sukan, fesyen jalanan dan budaya moden. Ia bukan hanya tempat membeli-belah, tetapi ruang untuk komuniti tempatan berinteraksi, berkarya dan menemukan inspirasi baharu.
Sejak dibuka pada tahun 2019, gedung ini menjadi antara lokasi penting adidas di Malaysia, dan kini muncul dengan transformasi paling berani dalam sejarahnya.
Direka dengan sistem modular berasaskan logam dan sentuhan minimalis berinspirasikan elemen industri, adidas Sunway Pyramid melambangkan keseimbangan antara ketepatan sukan dan semangat bebas budaya jalanan.
Ia adalah tempat di mana setiap pengunjung boleh menafsir makna kreativiti dengan cara mereka sendiri.
Pengurus Besar, adidas Malaysia
Ruang Seni dan Ekspresi Diri
Sebagai hab kreatif, Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid menampilkan hasil karya dua artis tempatan yang membawa sentuhan tersendiri kepada pengalaman berkunjung.
Kaiyi Wong dari Unreality Studio, atau lebih dikenali sebagai Unrealitykai, menampilkan karya digital futuristik di belakang kaunter bayaran aras LG. Karyanya mentafsir semula Logo Sukan adidas melalui kaca mata budaya Malaysia — simbol kemajuan, identiti dan masa depan.
Ads
Hasil seni oleh Unreality Studio
Sementara itu, karya AsmoeRoc, pelukis grafiti dan arkitek bertauliah, menghiasi dinding eskalator antara aras LG dan GF. Dengan gaya hip-hop dan warna garang yang menjadi identitinya, AsmoeRoc menggambarkan nadi kehidupan Kuala Lumpur yang bergerak seiring dengan semangat jalanan adidas.
Hasil seni oleh AsmoeRoc
Gabungan dua karya ini menjadikan pusat ini lebih daripada sekadar ruang niaga. Ia adalah pertembungan seni, budaya dan komuniti — di mana kreativiti diangkat sebagai pengalaman, bukan sekadar visual.
Pengalaman Imersif dan Tawatan Menarik
Pembukaan semula ini turut memperkenalkan beberapa zon interaktif untuk pengunjung meneroka kreativiti mereka di adidas Sunway Pyramid.
Antaranya, Zon Footwear Wall yang mempamerkan inovasi kasut terkini adidas; Zon Key City Tee yang meraikan semangat tempatan melalui rekaan eksklusif; dan Zon Motorsport Simulator, yang menawarkan pengalaman lumba interaktif dengan teknologi realistik.
Ads
Tidak ketinggalan, kaunter Made For You membolehkan pengguna menyesuaikan produk adidas mengikut cita rasa sendiri — dari warna hingga kemasan, menjadikan setiap ciptaan unik dan peribadi.
Selain itu, Zon adidas Originals menjadi nadi budaya kepada pusat ini dengan sentuhan industri moden dan logo Trefoil ikonik, manakala Training Section pula memberi tumpuan kepada prestasi dan disiplin diri.
Simbol Baharu Kreativiti dan Komuniti
Menurut kenyataan rasmi adidas, pembukaan semula adidas Sunway Pyramid bertujuan menjadikan Pusat Jenama ini sebagai tempat yang menghubungkan komuniti melalui kreativiti, sukan dan gaya hidup. Ia menjadi platform bagi rakyat Malaysia untuk meraikan keunikan diri, menolak sempadan dan menafsir makna ekspresi secara bebas.
Sebagai sambutan, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman eksklusif Dip Dye dengan setiap pembelian adizero EVO SL ketika kunjungan dari 10 hingga 12 Oktober 2025 lalu.
Dengan pembukaan semula adidas Sunway Pyramid, jenama ini sekali lagi membuktikan bahawa ia bukan sekadar tentang pakaian sukan — tetapi tentang budaya, komuniti, dan imaginasi tanpa batas. Di sinilah sukan bertemu seni, dan gaya menjadi ekspresi yang menginspirasikan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan lelaki kalau lepak mesti bercerita tentang kriteria gadis pilihan mereka, tapi tahu tak wanita pun ada beberapa kriteria lelaki ‘perfect 10’ yang diidamkan. Walaupun bukan semua kriteria yang diberikan ini ada pada seorang lelaki tetapi jika mereka memiliki kebanyakan kriteria yang tersenarai, ia umpama bonus buat mereka untuk mendapat tempat di hati wanita. Nak tahu kriteria ‘perfect 10’ yang bagaimana menjadi pilihan wanita? Jom lihat senarai di bawah:
1. Perilaku
Seorang lelaki yang hebat dan memiliki potensi menjadi ayah yang baik umumnya memiliki perilaku yang terpuji serta mampu mengendalikan emosinya. Oleh sebab itu, agar tidak menyesal dikemudian hari, para wanita harus boleh menilai perilaku pasangan dan kemudian segera memutuskan untuk terus melanjutkan hubungan atau mengakhirinya.
2. Bertanggungjawab
Seorang calon ayah yang hebat boleh dikenali melalui cara bagaimana si dia menyelesaikan setiap tugas dan tanggungjawab serta mampu mengatur jadualnya agar boleh berkumpul bersama seluruh keluarga.
3. Matang Dalam Pola Berfikir
Tidak perlu bingung mencari calon ayah yang hebat. Cukup hanya memerhatikan bagaimana cara si dia berfikir dalam menyelesaikan setiap persoalan itu sudah lebih daripada cukup.
4. Sederhana
Seorang calon ayah yang hebat, hidup dengan sederhana namun tetap bersahaja. Si dia juga tidak menyukai sesuatu secara berlebih-lebihan.
5. Faham Bagaimana Berinteraksi Dengan Anak-Anak
Tidak hanya wanita sahaja yang memiliki naluri berinteraksi dengan anak-anak, lelaki yang berbakat menjadi ayah yang baik juga sebaiknya faham bagaimana berinteraksi dengan anak-anak. Umumnya, lelaki-lelaki sebegini mampu membuat anak-anak selalu berasa selesa saat berada di sampingnya.
6. Pandai Mengutarakan Perasaan
Calon ayah yang hebat mampu menentukan bila saat yang tepat untuk mengutarakan perasaannya. Ketika si dia tersinggung, sakit hati atau tidak setuju terhadap sesuatu, si dia akan berhati-hati untuk mengatakannya.
7. Terbuka
Calon ayah yang hebat memiliki sikap yang terbuka, tidak kaku dan bersedia menerima kritikan daripada orang-orang terdekat dengannya. Bagi dirinya, setiap kritikan adalah sebuah ungkapan tanda kasih agar dirinya menjadi lebih baik.
8. Tahu Membezakan Pengorbanan
Calon ayah yang baik faham bahawa apa yang dia lakukan untuk orang-orang yang dikasihinya bukanlah pengorbanan tetapi sebagai satu cara dia menunjukkan tanggungjawab, kasih serta sikap ambil peduli.
9. Pergaulannya
Tidak dapat dinafikan rakan-rakan sekeliling mampu memberi impak yang besar dalam diri seseorang individu. Maka sebab itulah amat penting memilih rakan dalam pergaulan seharian. Jika anda mendapati calon suami bergaul dengan orang-orang yang memiliki kebiasaan dan perangai buruk maka fikirkan kembali sama ada untuk melanjutkan hubungan ke arah yang lebih serius atau menoktahkan sahaja hubungan tersebut.
10. Keimanannya
Sebagai jaminan untuk anda mendapatkan calon suami serta ayah yang baik untuk anak-anak anda nanti, jangan lupa untuk mempertimbangkan tingkat keimanan si dia. Lelaki yang baik dan taat kepada perintah Allah tidak akan berani untuk melanggar setiap perintah serta laranganNya.
Sumber : Pesona Pengantin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun pernah mengumumkan pembubaran tujuh tahun lalu, trio adik-beradik lagenda KRU membuktikan bahawa pengaruh mereka masih kuat dalam industri hiburan tanah air.
33 Tahun Dalam Industri, KRU Buktikan Masih ‘Terhangat Di Pasaran’
Buktinya, lebih 18,000 peminat membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu dan Ahad lepas untuk menyaksikan Konsert GenKRU, sekali gus menunjukkan bahawa nama mereka masih relevan dan mendapat tempat di hati peminat.
Tepat jam 9 malam, kemunculan Datuk Norman Abdul Halim bersama dua adiknya, Datuk Yusry dan Edry, disambut dengan sorakan yang menggegarkan stadium, memperlihatkan mereka masih punya aura luar biasa meskipun bukan lagi dalam lingkungan usia muda.
Walaupun sudah menjangkau usia 53, 51 dan 49 tahun, persembahan penuh bertenaga mereka ternyata memukau. Lagu-lagu seperti Fanatik, Malam Kita dan Ooh La La membuka pentas dengan penuh bergaya, sekaligus menaikkan semangat para peminat yang telah menunggu sejak awal petang.
“Tak sangka selepas 33 tahun dalam industri, kami masih berpeluang membuat persembahan berskala besar seperti ini. Terima kasih kerana terus menyokong kami,” ucap Norman selepas tamat tiga lagu pembukaan.
Beliau turut menekankan bahawa angka 33 sangat bermakna buat mereka – merujuk kepada usia KRU dalam industri, jumlah ahli kumpulan, dan jumlah malam konsert yang berlangsung di Axiata Arena.
Konsert tersebut diteruskan dengan deretan lagu popular lain seperti Babe, Untukmu (asal oleh Feminin), Janji Kita, Di Dalam Dilema, 2, dan Bidadari, yang terus membangkitkan nostalgia dalam kalangan penonton.
Salah satu momen istimewa malam itu adalah penampilan mengejut Adam bersama KRU untuk menyanyikan lagu ikonik mereka Terhangat Di Pasaran, yang disambut dengan sorakan gemuruh oleh para hadirin.
Konsert itu turut menyentuh hati apabila KRU mempersembahkan lagu Perpisahan Terasing secara duet maya dengan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, lengkap dengan tayangan visual di skrin besar sebagai penghargaan kepada lagenda seni negara itu.
Konsert GenKRU jelas membuktikan bahawa meskipun masa berlalu, kehadiran KRU masih kuat dalam ingatan dan hati para peminat mereka.
Netizen Malaysia memang ligat kalau bab membuat jenaka, kadang-kadang, kreatifnya sampai satu dunia boleh tergelak.
Baru-baru ini, frasa “Palabana” tiba-tiba trending di media sosial. Ramai sangka ia sekadar gurauan atau nama tempat rekaan, tapi hakikatnya, Universiti Palabana memang wujud di dunia nyata dan ia sebuah institusi akademik yang serius.
Bagi yang belum tahu, Palabana University terletak di Zambia dan berstatus universiti awam. Fokus utama mereka adalah pada bidang pertanian dan perikanan, dua sektor penting dalam pembangunan ekonomi negara tersebut. Walaupun bunyinya agak kelakar di telinga rakyat Malaysia, bagi penduduk tempatan, nama ini adalah sebahagian daripada identiti dan sejarah mereka.
Sejarah Universiti Palabana
Perjalanan universiti ini bermula pada tahun 1965 dengan nama Clifton Youth Training Centre, yang menawarkan latihan dalam pertukangan dan pengeluaran sayur-sayuran. Pada tahun 1970-an, ia bertukar menjadi Palabana Dairy Training Institute (PDTI), memberi fokus kepada penternakan tenusu. Hari ini, Palabana University menjadi pusat ilmu pertanian moden, menawarkan pelbagai program ijazah sarjana muda yang relevan dengan keperluan industri.
Image via Palabana University (Facebook)
Tular Gara-Gara Netizen
Kisah ini menjadi tular selepas satu hantaran di laman Facebook rasmi universiti itu mendapat perhatian netizen Malaysia. Ruangan komen dibanjiri jenaka kreatif — ada yang mengaku mahu ambil “PhD Palabana”, ada pula yang berangan jadi “profesor bidang Palabana”. Walaupun gurauan ini menghiburkan, ada juga suara yang mengingatkan agar kita tidak mempersendakan nama institusi pendidikan luar negara.
Image via Palabana University (Facebook)
Jadi, lain kali kalau terdengar nama pelik, jangan terus ketawa. Siapa tahu, di sebaliknya ada kisah inspirasi yang boleh jadi pengajaran untuk kita semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Harman Kardon SoundSticks 5 dan Aura Studio 5 membawa keindahan reka bentuk dan kehebatan bunyi ke tahap baharu — gabungan cahaya, emosi dan teknologi yang menjadikan setiap nota terasa hidup.