Memandangkan ramai yang mencuci kereta sendiri, jadi sebaiknya praktikkan langkah berikut supaya cat kereta terjaga dan kereta berkilat macam baru.
1. Cuci kereta terutama lepas hujan!
Bila hujan mesti rasa malas nak cuci kereta. Ye lah sebab hujan kan. Nanti kotor semula bila kena air hujan.
Sebenarnya air hujan adalah berasid dan boleh menghakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta. Bukanlah berlaku dengan pantas, tapi tak baik untuk jangka masa panjang. Jadi lepas hujan, elok kita tembak air paip pada kereta untuk bilas air hujan yang masih melekat.
Bila anda cuci kereta, lagi bagus guna syampu yang dikhaskan untuk kereta sahaja ya!. Jangan guna sabun cuci baju atau sabun cuci pinggan.
2. Wax kereta setiap beberapa bulan
Tak kisah guna wax yang mahal atau yang bajet. DIY beli wax kereta di hardware pun boleh. Janji wax kereta tu sebagai perlindungan. Perlindungan dari apa? Wax layer tujuan nya untuk melindungi cat antaranya dari hujan asid.
Ads
Kotoran pun tak mudah lekat pada cat kerana wax sudah melicinkan permukaan cat. Bila sentuh pun lembut saja.
Lebihkan wax pada permukaan rata. Biasanya permukaan rata menakung air. Bila dah licin mudah air nak jatuh dan tak bertakung. Jadi tiadalah ‘watermark’ bila air kering nanti.
3. Bersihkan rims dan tayar kereta
Tembak air pada rim dan tayar supaya bersih. Jangan biarkan bahagian ini penuh dengan debu, lumpur atau pasir. Rims, brake dan disc brake pun perlu dibersihkan selalu. 2 minggu sekali bersihkan minyak-minyak yang melekat pada rims, barulah nampak rims berkilat.
Ads
4. Lap kereta dengan kain khas untuk kereta
Gunakan kain microfiber yang lembut untuk lap kereta anda. Sebaiknya jangan guna kain buruk. Kain yang lama ini akan jadi keras dan akan perangkap habuk pasir. Bila lap pada kereta akan ada calar-calar halus.
Siapkan beberapa kain berasingan dan khaskan mengikut tujuan digunakan;
-Kain microfibre untuk body kereta.
-Kain/span untuk wax body kereta.
-Kain untuk rims atau untuk sapu bahan pengilat tayar.
-Kain bersih untuk bahagian dalam / interior kereta.
-Kain microfire untuk cermin kereta.
Moga tip dan perkongsian ini bermanfaat kepada semua.
Apabila membicarakan tentang penggunaan kereta pastinya kita tidak dapat lari dari memikirkan tentang kos bahan api atau minyak yang harus ditanggung setiap hari.
Tidak dinafikan pelbagai produk telah diperkenalkan semata-mata mendakwa ia boleh menjimatkan penggunaan minyak. Namun rata-ratanya tidak terbukti sama ada ia berkesan atau tidak.
Namun dari segi praktikal ada cara yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan kereta atau kenderaan menggunakan lebih banyak minyak dari biasa.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi bebeapa faktor yang mungkin menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak minyak daripada yang sepatutnya.
Selain itu beberapa langkah atau solusi yang dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Penjagaan Enjin dan Komponen Penting
Enjin yang tidak dijaga dengan baik dan komponen yang haus dapat menyebabkan penggunaan bahan bakar yang tidak efisien.
Pastikan enjin kereta anda sentiasa dalam keadaan baik dengan melakukan penyelenggaraan berkala. Tukar minyak enjin secara teratur dan pastikan komponen-komponen seperti busi, filter udara dan sistem pengeluaran dalam keadaan optimal.
Tayar yang kurang angin atau terlalu banyak angin boleh menyebabkan kerugian tenaga dan meningkatkan penggunaan bahan bakar.
Semak dan selaraslah tekanan angin tayar secara berkala. Pastikan ia mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar kereta anda. Tekanan angin yang betul tidak hanya membantu menjimatkan bahan bakar tetapi juga meningkatkan keselamatan pemanduan.
Gaya Pemanduan Tak Efisien
Percaya atau tidak, gaya pemanduan agresif seperti memecut, brek mengejut dan membiarkan enjin berjalan dalam keadaan bertukar-tukar antara kelajuan tinggi dan rendah dapat meningkatkan penggunaan bahan bakar?
Amalkan pemanduan yang lebih bersifat ekonomi seperti mematuhi had laju, menggunakan brek enjin, dan mengelakkan pemecutan mendadak.
Penggunaan Kenderaan Tambahan
Menadu dengan tingkap kereta terbuka pada kelajuan tinggi boleh meningkatkan rintangan udara dan menyebabkan enjin berusaha lebih keras lalu mengakibatkan penggunaan bahan bakar yang lebih tinggi.
Kurangkan penggunaan aksesori seperti pemacu hawa dan bumbung berbuka pada kelajuan tinggi untuk mengurangkan beban pada enjin.
Pemilihan Bahan Bakar Tepat
Faktor ini tidaklah menjadi masalah yang ketara di kalangan pengguna kereta di negara kita. Ini kerana rata-rata menggunakan minyak RON 95. Namun penggunaan minyak atau petrol yang sesuai dengan spesifikasi kereta anda adalah penting.
Bahan bakar berkualiti rendah atau tidak sesuai dengan enjin boleh menyebabkan pembakaran yang tidak efisien dan meningkatkan penggunaan bahan bakar. Pastikan anda menggunakan bahan bakar yang disyorkan oleh pengeluar kereta.
Secara kesimpulannya untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar yang tinggi pada kereta anda, adalah penting untuk melakukan penyelenggaraan berkala, memantau tekanan angin tayar, mengamalkan gaya pemanduan yang efisien, mengurangkan penggunaan aksesori tambahan dan memilih bahan bakar yang sesuai.
Smeoga perkongsian ini boleh membantu anda. Sama-sama kita menjimatkan kos bahan bakar dan dalam masa yang sama menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan jejak karbon kenderaan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tayar tiba-tiba pecah ketika memandu bukan sesuatu yang asing bagi pemandu kereta. BANYAK perkara boleh berlaku tanpa dijangka ketika memandu. Antara paling menakutkan ialah situasi tayar pecah ketika memandu, terutama apabila sedang memecut. Masalahnya sekarang, kita tidak tahu bagaimana mahu mengawal kereta yang meliar ke kiri dan ke kanan. Yelah malang memang tidak berbau dan memberi isyarat. Bukan meminta, tapi itulah risiko yang harus kita faham dan cuba membuat persedian dari awal.
Kali ini kami ingin kongsikan 7 perkara yang anda perlu buat apabila tayar kereta yang sedang anda pandu pecah secara tiba-tiba.
1. Jangan terus menghentam pedal brek.
Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukan dalam kejadian tayar pecah kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan. Anda boleh menggunakan ‘brek enjin’ dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.
2. Boleh menekan pedal brek, tetapi tidak secara agrasif & mengejut
Ingat tips pertama, KAWAL DIRI. Anda harus mengawal diri anda daripada menekan pedal brek secara mengejut. Dengan keadaan tayar kereta yang sudah terkunci dan kereta yang sedang terhuyung-hayang, anda masih boleh membrek, namun ada kaedahnya. Ingat, anda harus membrek dengan kaedah seolah-olah anda sedang mengepam, tekan dan lepas. Begitu juga dengan brek kereta, tekan dan lepas hingga kereta anda semakin perlahan dan berada dalam kelajuan yang mampu dikawal.
Kenapa tidak boleh brek secara mengejut? Anda harus ingat, nisbah brek antara roda hadapan dengan belakang adalah tidak sama, malah anda mungkin tidak tahu tayar mana yang sedang pecah. Tindakan brek secara mengejut boleh menambah risiko untuk kereta anda berpusing lebih teruk dan merosakkan sistem brek kereta anda.
Tips ini mungkin boleh diabaikan bagi pemilik kenderaan yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), namun TIDAK bagi mereka yang sebaliknya. Membrek secara mengejut ibarat menendang bola sekuat hati, cuba anda tahan bola tersebut secara mengejut. Pasti ada kesan pada bola dan anda yang menahan. Bayangkan jika bola itu adalah kereta anda yang ditahan secara mengejut, dan impak kepada anda yang berada di dalam kereta.
3. Membetulkan stereng kereta dengan lembut
Semua pemandu pasti tahu bahawa roda stereng adalah kompenen utama dalam kenderaan yang mengawal arah pergerakan tayar. Logiknya, tayar kereta akan patuh dengan input yang anda berikan kepada stereng ketika memandu. Jadi, memang normal jika kita cuba mengawal kereta yang sedang terhuyung hayang dengan memulas stereng, namun apa yang anda perlu tahu, dalam situasi tayar pecah, logik itu telah BERUBAH.
Ketika anda mahu membelok ke kiri, kereta mungkin akan ke kanan dan sebaliknya atau anda hanya memulas stereng sedikit, tetapi kereta membelok secara berlebihan. Situasi ini terjadi jika kita mengambil contoh tayar depan sebelah kanan kereta yang pecah, kenderaan akan cenderung untuk ke kanan walaupun stereng tidak dipulas ke kanan kerena nisbah berat sudah tidak seimbang dan berat kenderaan akan tertumpu pada roda yang pecah itu.
Jadi, cuba pulas stereng kereta anda secara berlawanan dengan arah kenderaan anda sedang bergerak. Secara lembut dan jangan pulas habis.
4. Rendahkan gear dan guna brek enjin
Pernah main game Need For Speed, tak kira lah siri yang mana pun? Jika anda perasan di dalam permainan tersebut, ketika anda memecut dan berada dalam gear tinggi, anda sampai di kawasan selekoh tajam dan cuba membelok secara mengejut tanpa merendahkan gear, sekadar menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Kenderaan anda pasti akan terbalik dan berpusng-pusing.
Begitu jugalah dengan situasi sebenar di jalan raya. Jadi, jika anda menggunakan kereta gear auto, anda harus menukar gear anda dari D4 kepada D3 dan D2. Jika anda menggunakan gear manual, tukar kepad gear rendah tanpa menekan kluc, YA TANPA MENEKAN KLUC. Kaedah ini dipanggil sebagai Kaedah Pembrekkan Enjin, ia efektif dan selamat untuk memperlahan kenderaan anda.
5. Kekalkan kenderaan dalam laluan
Anda perlu memastikan kenderaan anda berada dalam laluan yang sepatutnya. Ini amat penting bagi mengelak kemalangan yang lebih serius misalnya terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan lain. Paling utama, jangan sesekali cuba memberhentikan kenderaan anda dengan cara merapatkan kenderaan ke pembahagi jalan dan melanggar tembok atau pokok dengan sengaja. Bayangkan jika anda dalam kelajuan tinggi, tindakan tersebut hanyalah menjemput maut.
Jika anda berjaya melakukan tindakan di atas, kebiasaannya kenderaan anda sudah pun berada di dalam kawalan. Seterusnya anda hendaklah mencari kawasan lapang untuk berhenti dan menukar tayar.
6. Nyalakan lampu kecemasan (HAZARD LIGHT)
Bukan ketika anda masih dalam situasi cemas ketika kenderaan terhuyung-hayang, tetapi ketika kereta anda sudah pun berhenti di tepi jalan. Anda tidak perlu menjadikan situsi lebih sukar dan menarik perhatian pemandu lain dengan lampu amaran walaupun situasi tersebut belaku di atas jalan raya.
7. Berhati-hati ketika di lorong kecemasan
Jika anda tiada pilihan untuk berhenti melainkan di lorong kecemasan, anda wajib memasang lampu kecemasan, menggunakan lampu kelip atau memakai baju pemantul cahaya, bagi memudahkan kenderaan lain melihat kereta dan diri anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter dari kenderaan. 45 METER, BUKAN JARAK 2 3 LANGKAH. Itu sangat membahayakan.
Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda boleh dilihat oleh pemandu lain. Jika boleh, hubungi Peronda Jalan Raya seperti Peronda PLUS untuk mendapatkan bantuan yang lebih sempurna, terutama bagi mereka yang tidak tahu prosedur menukar tayar.
Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama
Sumber : Pandu Laju
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Topi Keledar atau helmet merupakan aksesori yang paling penting buat penunggang motosikal. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melindungi kepala anda daripada cedera ketika berlaku kemalangan.
Aksesori ini jika diperhatikan seringkali dipandang enteng oleh pengguna hingga ada yang memakainya sekian lama tanpa di cuci dengan cermat. Anda kena faham bahawa helmet juga memerlukan penjagaan yang rapi sepertimana anda menjaga pakaian.
Berikut adalah beberapa tip yang dikongsikan PanduLaju tentang penjagaan helmet yang betul.
Ia dilakukan agar kelembapan yang ada dalam helmet tidak terperap.
2. Elak dari dijemur tengah panas
Jika dijemur secara terus, anda akan membuatkan stirofoam atau busa polistrin cepat rosak.
3. Elak sembur minyak wangi dalam helmet
Tindakan seperti ini boleh menyebabkan bahan dalaman helmet rosak.
4. Cabut beberapa bahagian dalaman helmet untuk dilap atau cuci
Terdapat beberapa bahagian dalaman helmet yang perlu dicabut & dibersihkan dengan bahan pencuci khas. Jika terlalu kotor, bahagian seperti pad pipi boleh dicabut dan dibersihkan dengan pencuci rendah kimia seperti syampu bayi atau cecair pencuci pinggan.
Sekali lagi diingatkan, jangan jemur bahagian dalaman helmet menghadap matahari, tetapi biarkan ia kering sendiri.
6. Guna kain microfiber & anti-calar untuk cuci visor
Visor juga mesti dicuci untuk pastikan penglihatan anda tidak kabur ketika menunggang motor. Ia perlu dibuat dengan lembut supaya tidak calar. Selain itu, ia juga bertujuan agar supaya visor nampak kemas serta baru macam baru dibeli.
7. Putik kapas boleh digunakan untuk mencuci bahagian kecil dalam helmet
Terdapat beberapa bahagian kecil dalam helmet yang perlu dibersihkan seperti lubang ventilator, bahagian skru serta nat di dalam helmet.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.