Lagi dua hari nak raya, mungkin ada antara anda yang dah tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Mungkin ada juga antara anda yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Apa pun situasi anda, persiapan untuk raya dah ready ke belum? Barang-barang ini dah masukkan dalam bagasi dah?

 

Charger Phone

Ini khas untuk lelaki. Jangan harapkan pasangan anda untuk bungkuskan charger anda masuk ke dalam bag. Apabila di kampung, tentu ramai yang nak berswaphoto dan melayari laman sosial. Anda bayangkan, anda terpaksa berkongsi charger ketika di kampung, entah bila giliran anda untuk penuhkan balik bateri phone anda. Jadi jika anda bawa sendiri, tak perlu anda berebut dengan orang lain.

 
Aksesori Fesyen 

Butang baju melayu! Sentiasa ingatkan isteri atau anak perempuan ada yang terlibat dalam mengemas baju. Jika nada bujang, anda harus lebih beringat! Tak kan nak OOTD tanpa butang baju melayu kan? Selain daripada itu, jangan lupa untuk bawa stokin dan kasut yang sudah dikilatkan. Senanglah nanti bila dah sampai kampung, tak ada tergesa-gesa nak kilatkan kasut. Nak pergi solat hari raya pun jangan dilupakan songkok. Saiz berbeza-beza kan? Jadi letak terus dalam kereta atau masukkan dalam bagasi. Tak kan semua isteri dan anak-anak kena ingatkan?

IKLAN
Buah Tangan

Biarpun pulang ke rumah sendiri jangan lokek atau buat-buat tak faham. Sediakan buah tangan, cukup dengan dua atau tiga balang kuih raya. Kuih raya tak buat sendiri pun tidak apa, janji ikhlas. Jika susah sangat nak bawa balik kuih, apa kata anda beli kerepek pisang, boleh buat makan kudap-kudap ketika tonton cerita hindustan sabtu ni!

Duit Raya! 

 

IKLAN

Mesti ramai yang nak elak kalau bercakap bab ini. Duit raya sudah menjadi kemestian dan amalan untuk diberi kepada kanak-kanak mahupun kepada ibubapa. Pastikan anda sudah sedia bajet untuk duit raya dan sudah menukar di bank yang terdekat. Terus sisip masuk duit kedalam sampul yang telah tersedia dan asingkan mengikut kepada siapa yang anda hendak memberi. Barulah well prepared!

 

Extension Wire

IKLAN

Kami sarankan anda bawak beberapa extension ketika pulang ke kampung, ingat tak tadi kami pesan agar anda tidak lupa bawa charger pulang? Kalau ada charger, tapi tak boleh nak cucuk plug pun tak boleh juga kan? Jadi kami cadang agar anda bawa balik terus extension supaya anda tidak berebut plug.

 

Sumber: wanista.com