Sekiranya anda ingin jaga wajah menggunakan bahan murah, apa kata jadikan buah tomato sebagai bahan semulajadi untuk kulit. Selain mudah didapati, buah tomato juga mengandungi khasiat vitamin A dan C yang penting untuk jaga wajah dan tubuh badan.
Cara nak membuatnya juga mudah. Ikuti petua yang dikongsikan Yatie Ahmad menggunakan buah tomato dengan tiga cara mudah untuk dapatkan kulit cun, glowing dan flawless. Ini perkongsiannya.
Hari ni Mumy nak share tips bersihkan kulit muka guna tomato. Mesti ramai yang ada masalah liang pori terbuka luas kan? Haaa Mummy nak share apa yang Mumy amalkan selain dari skincare. Kita guna bahan semulajadi yang lebih selamat dan sihat.
Kalau nak kulit sihat sekali sekala kena guna bahan semulajadi, tapi kalau rajin amalkan setiap hari memang cun la kulit muka kita??
Ads
Ada 3 cara kita boleh guna tomato ni. Mummy share satu-persatu, pastu uollss decide la nak try yang mana yerr.
Untuk tips yang lebih details, uollss klik kat gambaq yer.
Ads
1. TOMATO & GULA :
– Basuh muka dengan air suam.
– Belah 2 tomato tu, so boleh guna 1 pagi, 1 malam.
– Ambik tomato tu tekap permukaan kat gula, pastu gosok dan sental muka uollls. Jangan sental kuat sangat. Ikut tahap “tahan sakit” uollss semua ya. Jangan sampai luka dah la.
– Biarkan 5 minit, pastu bilas dengan air. Then keringkan dengan tuala besih tau!
Ads
2. TOMATO YANG DIBEKUKAN :
– Belah 2 tomato tu, dan masukkan dalam peti ais bahagian beku. Jangan campoq dengan ruangan ikan pulak tau!!!
– Keluarkan tomato yang dah beku tu, sental kat kulit muka uolls, sental sampai tomato tu macam dh habis seratnya.
– Pastu bilas muka uolls dgn air bersih then keringkan dengan tuala bersih.
– Buat pagi dan malam. Confirm cun!
3. TOMATO ASLI TANPA BAHAN LAIN :
– Pilih tomato yang agak masak, lenyek keseluruhan tomato tu.
– Sapu dan ratakan pada kulit muka uolllss.
– Biarkan selama 15-20 minit.
– Then bilas dengan air besih.
– Keringkan dengan tuala bersih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah
Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk
FAEDAH GARAM BULUH UNTUK KULIT
KESAN PEMUTIHAN SEMULAJADI
GARIS PANDUAN MENYEMBUHKAN JERAWAT DENGAN GARAM BULUH
TOPENG MUKA MENYINGKIRKAN ‘BLACKHEAD’
Bahan-bahan:
Masukkan semua ramuan ke dalam ‘shaker’. Goncangkan selama 3-5 minit. Anda akan melihat buih tebal terbentuk. Sapukan pada muka dan tunggu selama 10-15 minit.
Anda akan rasa ketegangan kulit apabila topeng mengering. Bilas dengan air. Kebanyakan bintik hitam akan dapat dikeluarkan. ‘Blackhead’ yang tertinggal memerlukan anda untuk pengelupasan lembut “secara manual”.
TOPENG JERAWAT GARAM BULUH
TOPENG KAWALAN MINYAK
Bahan-bahan:
Campurkan semua bahan ke pes. Guna topikal pada muka dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas dan ikuti dengan produk penjagaan kulit biasa anda.
TOPENG PENCEGAHAN JERAWAT
Bahan-bahan:
Campurkan bahan-bahan sehingga rata. Sapukan muka dan urut di secara bulatan. Biarkan selama 10-15 minit. Bilas dan ikuti oleh produk penjagaan kulit
MANDIAN MENYAHKAN JERAWAT DI BAHAGIAN DADA, BELAKANG BADAN DAN PUNGGUNG
Letakkan 50 gram garam buluh memasak (3x panggang) ke dalam tab mandi dengan air suam. Kemudian, rendam badan anda selama 15-20 minit sama seperti anda menikmati air panas. Akibatnya, bukan sahaja mengurangkan jerawat, tetapi juga kulit yang cerah dan licin.
Sebagai tambahan, rehatkan otot dengan santai dapat meningkatkan peredaran darah. Paling penting, anda mendapat kualiti tidur yang lebih baik.
MENGURANGKAN PERUBAHAN PARUT / PIGMENTASI YANG MENDALAM
Bahan-bahan:
Campurkan dengan rata dan sapukan pada kawasan yang terjejas. Biarkan selama 5-10 minit. Bilas kemudian ikuti langkah penjagaan kulit biasa anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semua orang akan stres jika berdepan dengan muka berjerawat yang teruk. Walaupun anda sudah guna pelbagai produk, namun masih juga tidak berkesan untuk menghilangkan muka berjerawat anda itu.
Jika anda salah seorang yang berdepan dengan masalah ini, apa kata cuba produk penjagaan wajah yang dikongsikan oleh Fazeem menerusi laman Twitternya ini. Manalah tahu masalah muka berjerawat yang anda alami itu juga boleh pulih seperti Fazeem.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mesti anda tertanya-tanya, kenapa jerawat selalu tumbuh di tempat berbeza-beza kan? Ada jerawat timbul di hidung, muka, dagu, pipi, dahi dan lain-lain.
Kehadiran jerawat di tempat berbeza-beza ini ada kaitan dengan tahap kesihatan badan kita. Sebelum jerawat tumbuh dan makin merebak, seeloknya anda ketahui cara untuk mengatasinya terlebih dahulu.
Jerawat tumbuh di kawasan hidung dan dahi bermaksud anda sedang mengalami stres. Menurut kajian, jerawat di kawasan zon T ini disebabkan oleh tekanan seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan berlakunya ‘breakout’.
Cara nak elak: Kurangkan pemakanan yang berminyak dan produk tenusu. Selain itu, kawal corak pemakanan dan cuba elak makanan yang membuatkan anda alergik supaya keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.
Produk rawatan rambut atau syampu yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan jerawat. Sebaiknya gunakan produk rambut yang sesuai dan dengan kadar yang betul.
Cara nak elak: Hindari penggunaan produk rawatan rambut secara berlebihan dan jangan sampai terkena kulit muka. Pastikan anda mencuci tangan untuk membersihkan sisa-sisa produk yang masih melekat. Ketika mencuci muka, pastikan anda menggosoknya hingga ke pori. Lakukan secara perlahan dan lembut agar tidak berlakunya iritasi. Jika jerawat di garis rambut menjadi semakin teruk, gunakan toner di kawasan tersebut untuk rawatan ekstra.
Ini sangat berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Hormon seperti testosterone akan menjadikan gelandir banyak mengeluarkan minyak sehingga menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Kesannya menyebabkan kulit berjerawat.
Cara nak elak: Seminggu sebelum datang bulan, gunakan pencuci muka atau krim ‘anti-acne’ dengan kandungan benzoyl peroxide secara kerap pada waktu ini. Sapukan krim jerawat di atas kawasan muka iaitu dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga sebelum timbul jerawat.
Tangan anda mempunyai banyak kekotoran. Jerawat di bahagian ini mudah terjadi apabila anda sering menyentuh permukaan wajah dengan tangan yang tak bersih. Bukan itu sahaja, ia juga disebabkan oleh suhu badan panas dan sarung bantal tidur yang kotor.
Cara nak elak: Pastikan anda membersihkan tangan sebelum menyentuh permukaan wajah. Ambillah makanan yang boleh menyejukkan badan dan jangan lupa minum banyak air masak. Pastikan sarung bantal anda bersih dan basuh secara kerap untuk menghilangkan debu dan kekotoran.
Jerawat di sekitar bahagian mulut ini berkait rapat dengan diet anda. Sisa daripada pengambilan banyak makanan berasid seperti lemon atau cuka boleh menimbulkan iritasi kulit di sekitar kawasan ini. Beberapa makanan berminyak yang melekat di sekitar mulut juga boleh menyumbatkan pori-pori hingga menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga disebabkan oleh masalah penghadaman.
Cara nak elak: Setiap sahaja anda sudah makan, gunakan tisu basah untuk mengelap sekitar mulut dan membuang semua sisa makanan yang melekat.
Ia sering dialami oleh wanita yang ada masalah dengan pakaian atau baju dalam yang tidak menyerap peluh. Bakteria menyebabkan jerawat mudah tumbuh di kawasan yang lembap. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan mudah ditumbuhi jerawat.
Cara nak elak: Guna pakaian yang menyerap peluh sama ada ketika bersukan ataupun membuat aktiviti luar. Selain itu, kawal pemakanan misalnya makan oat kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko jerawat tumbuh di bahagian ini. Anda juga boleh menggunakan produk rawatan yang sesuai dengan jenis kulit. Jika kulit anda terlalu sensitif, berjumpalah dengan doktor kulit.