Ads

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan ‘Gaming Culture’ Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium

TODAK

Hampir sedekad lalu, TODAK dikenali melalui gelanggang esports, pertandingan kompetitif dan komuniti gaming. Hari ini, jenama yang lahir daripada ekosistem itu mahu bergerak lebih jauh daripada jersi pasukan atau barangan merchandise. Pentas terbaharunya bukan lagi semata mata arena permainan, tetapi Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW).

Kemunculan sulung CULTURED by TODAK di KLFW menerusi koleksi pertama, BattleScars, menjadi langkah penting dalam evolusi TODAK daripada organisasi esports kepada jenama yang mahu menghubungkan fesyen, teknologi, muzik dan budaya kontemporari.

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium

Koleksi itu mengambil inspirasi daripada perjalanan hampir 10 tahun TODAK, termasuk kemenangan, kekalahan, perubahan industri serta tekanan untuk terus mencipta semula identiti. Daripada pengalaman tersebut lahir konsep bahawa “parut” bukan simbol kekalahan, sebaliknya bukti seseorang pernah berjuang dan berkembang.

“Sepanjang hampir sedekad, TODAK melalui pelbagai fasa daripada kemenangan dan kekalahan dalam pertandingan kepada perubahan pasukan, tekanan industri serta proses membina sebuah organisasi yang mampu bertahan.

“Semua pengalaman itu meninggalkan ‘parut’, tetapi parut tersebut bukan lambang kelemahan. Ia menjadi bukti bahawa kami pernah berjuang, belajar dan terus berkembang,” jelas CEO, Cultured by Todak, Ir. Ts. Nurul Hakimi Haque Fazlul Haque.

‘BattleScars’ Bukan Sekadar Cerita Nostalgia

Apa yang menarik tentang BattleScars ialah TODAK tidak mahu menjadikan sejarah esports sebagai bahan nostalgia semata mata.

Sebaliknya, DNA kompetitif itu diterjemahkan menerusi siluet teknikal, rekaan modular dan butiran yang diinspirasikan daripada pakaian prestasi.

Pendekatannya cuba membawa mentaliti seorang atlet esports yang sentiasa bersedia dan mudah menyesuaikan diri ke dalam bahasa fesyen.

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium

Bagi Presiden Pengarah TODAK Nusantara Group dan pencipta konsep jenama CULTURED by TODAK, Shinta W. Dhanuwardoyo, KLFW merupakan simbol kepada bab baharu tersebut.

“Kami lahir daripada esports, tetapi kami tidak semestinya perlu ditentukan hanya oleh esports. Gaming hari ini bersilang dengan fesyen, muzik, seni dan budaya belia. CULTURED by TODAK ialah cara kami membawa hampir sedekad DNA esports dan mengembangkannya menjadi jenama gaya hidup premium dengan cita cita budaya yang jauh lebih besar,” jelas Shinta.

Idea itu turut disokong menerusi debut rasmi jenama berkenaan di KLFW pada 7 Ogos lalu. BattleScars diperkenalkan sebagai koleksi yang menggabungkan technical silhouettes, streetwear kontemporari serta elemen prestasi untuk kegunaan kehidupan harian.

Ads

Tidak Mahu Jadi ‘Uniform Gamer’

Cabaran terbesar apabila jenama daripada esports memasuki dunia fesyen ialah persepsi. Letakkan logo pasukan pada baju, dan ia mudah dianggap sekadar merchandise untuk peminat.

CULTURED by TODAK mahu keluar daripada formula tersebut.

“Kami tidak pernah mahu seseorang melihat CULTURED by TODAK dan terus berfikir, “Ini barangan gaming”. Pengaruh gaming memang ada, tetapi ia tidak perlu diterjemahkan secara literal. Ia boleh muncul melalui perincian teknikal, fungsi, siluet, pergerakan, lapisan dan sikap,” jelasnya.

Menurutnya, pakaian yang dihasilkan juga perlu boleh dipakai untuk kehidupan sebenar.

“Anda sepatutnya boleh memakainya ke kafe, ketika melancong, ke konsert, acara atau walaupun anda langsung tidak mempunyai hubungan dengan esports. Produk budaya terbaik boleh lahir daripada sesuatu subbudaya tanpa memerlukan seseorang menjadi sebahagian daripada subbudaya itu untuk menghargainya,” tambahnya lagi.

Di sinilah bezanya antara menjual produk kepada peminat sesebuah pasukan dengan membina sebuah label yang mahu berdiri sendiri.

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium
Presiden & Pengasas Bersama, PT Todak Nusantara Group, Shinta W. Dhanuwardoyo bersama CEO, Cultured by Todak, Ir. Ts. Nurul Hakimi Haque Fazlul Haque

“Dengan CULTURED by TODAK, kami bertanya soalan berbeza, ‘Bagaimanakah rupa, bunyi dan rasa budaya di sekeliling gaming?’ Kami bukan membina rangkaian merchandise berasaskan sebuah pasukan esports. Kami membina sebuah jenama budaya yang kebetulan mempunyai esports dalam DNAnya,” kata Shinta/

Apabila Gaming, Muzik Dan Streetwear Bertembung

Pendekatan rentas budaya itu dapat dilihat menerusi penglibatan pengasas SVG Worldwide, Asraf Anuar, bersama Reza Oktovian atau YB, usahawan, pencipta kandungan serta pengasas bersama Weird Genius di pentas peragaan KLFW.

Bagi Shinta, kehadiran mereka bukan sekadar strategi menggunakan selebriti untuk memberikan publisiti.

Ads

“Reza datang daripada gaming tetapi turut membina identiti kuat dalam muzik dan budaya digital. Asraf pula datang daripada fesyen dan streetwear menerusi SVG Worldwide. Mereka bergerak antara dunia budaya berbeza dengan sangat semula jadi.

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium

“Dan begitulah generasi ini sebenarnya hidup. Mereka tidak meletakkan gaming, fesyen, muzik dan kreativiti di dalam kotak berasingan,” kata Shinta.

Malah menurutnya, jenama masa depan perlu lebih terbuka kepada pertembungan komuniti.

“Anda tidak membina budaya dengan hanya bercakap kepada komuniti sendiri. Budaya menjadi menarik apabila komuniti bertembung,” tambahnya lagi.

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium

Tidak Perlu Jadi ‘Western’ Untuk Pergi Global

Cita-cita CULTURED by TODAK selepas ini jauh lebih besar. Dengan TODAK sudah menjadi rakan rasmi MPL di Malaysia dan Indonesia, Asia Tenggara mahu dijadikan titik permulaan untuk membawa jenama itu kepada audiens antarabangsa.

Hakimi melihat kekuatan komuniti gaming Malaysia dan Indonesia sebagai asas penting kerana rantau ini bukan lagi sekadar pengguna produk gaming global, malah sudah melahirkan pemain dan pasukan yang mampu bersaing di pentas dunia.

“Untuk menjadi jenama global, kami tidak boleh hanya bergantung pada populariti esports atau meletakkan logo pada produk. Kami perlu bersaing melalui kualiti, inovasi, rekaan dan penceritaan jenama yang memenuhi standard antarabangsa.

Ads

“Produk kami mesti mampu berdiri sendiri sebagai produk fesyen premium, walaupun dipakai oleh seseorang yang tidak mengikuti esports,” kata Hakimi.

Shinta pula melihat identiti Asia Tenggara sebagai kelebihan, bukannya sesuatu yang perlu dikaburkan.

“Strategi kami bukan untuk menjadi lebih Barat supaya boleh menjadi global. Ia adalah sebaliknya. Kita perlu lebih yakin dengan asal usul kita,” tambah Shinta.

Malah beliau membayangkan satu hari nanti seseorang di Tokyo, Seoul, London atau Los Angeles boleh memakai CULTURED by TODAK tanpa mengetahui keseluruhan sejarah esportsnya, tetapi cukup tertarik untuk mengetahui dari mana jenama tersebut berasal.

Mahu Tentukan Masa Depan Gaming Lifestyle

Dalam tempoh lima hingga 10 tahun, visi TODAK bukan hanya untuk menjual lebih banyak pakaian.

Hakimi membayangkan sebuah ekosistem gaming lifestyle yang merangkumi fesyen, teknologi, aksesori, produk prestasi dan pengalaman komuniti, selain meneroka penggunaan fabrik pintar serta rekaan modular.

Shinta pula melihat CULTURED by TODAK akhirnya berkembang menjadi platform budaya global yang boleh merangkumi muzik, seni, reka bentuk, teknologi serta kolaborasi yang mungkin belum dapat dibayangkan hari ini.

Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium Dari Esports Ke KLFW, CULTURED by TODAK Mahu Buktikan 'Gaming Culture' Mampu Berdiri Dalam Dunia Fesyen Premium

“Generasi pertama jenama gaming lifestyle global kebanyakannya datang dari Barat. Mengapa generasi seterusnya tidak boleh datang dari Asia Tenggara?

“Kami bermula dalam esports. Kami sedang bergerak ke dalam budaya. Dan akhirnya, saya mahu kami membantu menentukan apakah maksud gaming lifestyle untuk generasi seterusnya di peringkat global,” jelas mereka.

BACA: “Respect The Sport And Respect Your Body”, Dr Say Ingatkan Jangan Ambil Mudah Cabaran HYROX

TODAK tidak cuba menanggalkan identiti gaming untuk diterima oleh dunia fesyen. Sebaliknya, mereka mahu membuktikan bahawa pengalaman, estetika dan budaya yang lahir daripada gaming sendiri sudah cukup kuat untuk menjadi sebahagian daripada fesyen arus perdana.

Daripada arena esports ke runway KLFW, persoalannya kini bukan lagi sama ada gaming boleh menjadi budaya gaya hidup. Persoalannya ialah sejauh mana jenama dari Asia Tenggara seperti CULTURED by TODAK mampu menentukan bagaimana budaya itu akan kelihatan pada masa depan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads