
“Usia hanya angka. Yang penting semangat dan disiplin.” Itu ungkapan yang terpacul dari mulut Pak Syed – lelaki berusia 62 tahun yang masih mampu mendaki gunung dengan penuh bertenaga, malah lebih cergas daripada lelaki separuh usia darinya.
TENAGA YANG TIDAK PADAM
Bagi sesetengah orang, umur 60-an adalah masa untuk ‘slow down’. Tapi bagi Pak Syed, inilah masa dia ingin buktikan bahawa lelaki sejati tidak tunduk pada usia – sebaliknya bangkit dengan semangat luar biasa.
“Saya mula mendaki sejak umur 50 tahun. Masa tu kesihatan saya makin menurun. Badan mudah lenguh, nafas pendek, dan cepat letih. Tapi saya tak nak hidup saya berakhir dengan ubat-ubatan dan katil hospital,” cerita beliau sambil mengesat peluh.

Sejak itu, dia ubah gaya hidup sepenuhnya – jaga makan, disiplin bersenam, dan paling penting, cabar diri dengan rutin luar biasa seperti mendaki gunung setiap bulan.
GUNUNG BUKAN SEKADAR CABARAN FIZIKAL
Bagi Pak Syed, aktiviti mendaki bukan sekadar untuk peluh keluar. Ia satu terapi mental. Setiap langkah ke puncak adalah simbol perjuangan seorang lelaki melawan kelemahan diri.
“Dari bawah ke puncak, kita diuji. Nafas tercungap, lutut bergetar, tapi bila sampai atas… nikmatnya tak terungkap. Rasa puas kerana berjaya kalahkan rasa malas, takut, dan letih,” jelas beliau.

RAHSIA PAK SYED KEKAL FIT & MASKULIN
Kami korek rahsia tenaga luar biasa Pak Syed, dan ini antara yang dikongsinya:
✅ Bangun Awal & Solat Subuh – “Disiplin bermula seawal Subuh. Bila kita boleh lawan godaan tilam, kita boleh hadapi cabaran lain.”
✅ Senaman Pagi 30 Minit – Jalan kaki, buat stretching dan latihan ringan setiap pagi.
✅ Makan Real Food – Elak makanan proses. Banyakkan sayur, ikan, dan buah. “Saya elak gula putih dan air manis sejak 10 tahun lalu.”
✅ Rehat Cukup, Bukan Berlebihan – Tidur awal, bangun awal. Cukup 6-7 jam semalam.
✅ Ada Circle Yang Positif – Kawan-kawan hiking yang sama semangat bantu kekalkan motivasi.
Pak Syed bukan pelari maraton, bukan bekas tentera, malah bukan selebriti kecergasan. Dia cuma seorang lelaki biasa yang memilih untuk luar biasa. Dalam dunia hari ini yang penuh alasan, beliau membuktikan bahawa disiplin dan semangat juang adalah senjata utama lelaki sejati.
BACA LAGI : Anggota Tentera Korea Selatan Pecah Rekod Dunia, Lakukan 11,707 Senaman Mendagu Dalam 24 Jam
Sumber : Sinar Harian
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang















