Dahulu semasa kecil, ibu bapa kita sangat risau jika kita tidak membesar dengan baik dan sihat. Hari-hari disediakan makanan sedap mengikut kehendak dan selera, sehinggalah kita menjadi gemuk dan obes tanpa mereka sedar. Tabiat membiarkan anak makan apa sahaja ini akan membuatkan anak-anak terbiasa sehingga dewasa. Jadi jika ingin melihat anda membesar sebagai seorang model, sila ikut enam cara ini.

Dari Kecil Dah Diajar 6 Tabiat Ini, Dah Besar Mesti Kacak Macam Model

PENGARUH PEMAKANAN

Sebenarnya, pemakanan sihat dan pengambilan nutrisi tidak hanya tertakluk pada orang dewasa. Ini kerana, gula-gula yang tidak dikawal serta makanan yang tidak sihat yang tersedia di kantin sekolah, antara alasan kenapa anda perlu prihatin soal pemakanan anak anda kerana corak pemakanan ketika kecil membawa ke alam dewasa.

TEMPOH TIDUR

Rangka tempoh tidur yang sihat ketika mereka muda. Ajar mereka kepentingan melakukan aktiviti kecergasan sebelum tidur. Senaman ringan seperti berlari anak setempat sudah memadai.  Masa tidur yang optimum ialah tujuh hingga lapan jam sehari.

Dari Kecil Dah Diajar 6 Tabiat Ini, Dah Besar Mesti Kacak Macam Model

IKLAN

SEMANGAT KESUKANAN

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bermain sukan bersama anak-anak bukan sahaja mendatangkan manfaat kecergasan, malah mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Malah rasa hormat anak-anak anda akan hadir dengan sendiri dan meninggalkan memori positif sepanjang mereka membesar. Every child needs a role model.

Dari Kecil Dah Diajar 6 Tabiat Ini, Dah Besar Mesti Kacak Macam Model
ATASI TEKANAN

Penyumbang utama kesihatan merosot. Jika tak diawasi, stress boleh memporak-perandakan pertimbangan dan keputusan. Stress menjadikan kita seorang yang lain. Pemarah, misalnya. Bapa yang berjaya adalah bapa yang pandai mengawal tekanan kehidupan. Walau apa pun situasi, mereka melihat dan menilai. Fathers’ actions become stories sons tell their sons about.

 Dari Kecil Dah Diajar 6 Tabiat Ini, Dah Besar Mesti Kacak Macam Model

IKLAN

SOKONGAN

Kesihatan dan kecergasan adalah dua perkara yang bukan sebarang. Sebagai contoh, atlet yang cedera tidak mudah untuk pulih. Selain ubat-ubatan, dia memerlukan dedikasi dan sokongan. Sokong lah anak anda, selagi tidak bercanggah dan dia tidak melakukan hal yang salah.

Dari Kecil Dah Diajar 6 Tabiat Ini, Dah Besar Mesti Kacak Macam Model

WORK ETHICS

IKLAN

 

Terapkan daya kerja yang bagus bagi membantu mereka menjadi orang dewasa yang produktif. Ia membantu mereka berjaya bukan sahaja di alam sekolah, tetapi juga di alam pekerjaan kelak. Ajar mereka melakukan kerja rumah seperti bertukang atau berkebun. Pantau dan lakukan bersama.

 

PERCAYA DIRI

 

Bimbing mereka melakukan persaingan sihat. Tak kira persaingan dalam aspek kecergasan, sukan mahupun pelajaran. Tiada yang mudah dalam kehidupan. Lebih awal mereka sedar, lebih bagus. Sama ada menang atau kalah, sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai bapa untuk memberi keyakinan. Bantu mereka hadapi supaya mereka lebih yakin, percaya diri dan berdikari.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI