Pelakon baharu, Irfan Zaini, membuktikan kesungguhan dan komitmennya terhadap dunia lakonan apabila sanggup menahan sakit demi menjayakan watak Malik dalam filem aksi pertama lakonannya, Blood Brothers: Bara Naga.

Meskipun baru berjinak dalam filem aksi Irfan menunjukkan semangat luar biasa sepanjang penggambaran yang penuh cabaran ini.

Luka Di Set Penggambaran

Salah satu detik paling mencabar bagi Irfan berlaku semasa menjalani babak aksi yang memerlukan ketepatan dan tenaga fizikal yang tinggi.

Demi Watak Malik, Irfan Zaini Buktikan Bahawa Setiap Pengorbanan Berbaloi
Foto : New Straits Times

Dalam salah satu adegan, Irfan mengalami hentakan kuat di bahagian muka akibat terkena cota yang tidak sengaja ketika penggambaran.

“Saya terhentak dekat orang sebelah, lepas tu tak balik dekat muka saya. Koyak lah kat sini,” katanya sambil menunjukkan bahagian wajah yang tercedera.

Namun, insiden itu langsung tidak mematahkan semangatnya. Dengan bantuan pasukan solekan, Irfan terus meneruskan penggambaran seperti biasa tanpa sebarang rungutan.

Ads

Tiga Bulan Latihan Intensif

Irfan turut berkongsi bahawa dia telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan sebelum penggambaran bermula.

Demi Watak Malik, Irfan Zaini Buktikan Bahawa Setiap Pengorbanan Berbaloi

Walaupun wataknya hanya muncul dalam satu atau dua sekuens, latihan yang dijalani adalah konsisten dan menyeluruh, dengan Irfan dan rakan pelakon menjalani sesi latihan yang sangat mencabar.

“Kami start training pukul 3 petang, sampai waktu iftar. Lepas tu terus buka puasa. Memang koyak lah. Tapi semua tu berbaloi bila tengok hasilnya atas skrin,” jelas Irfan, menggambarkan betapa kerasnya usaha yang dilakukan demi mempersiapkan dirinya untuk watak Malik.

Ads

Kehadiran Irfan Dalam Blood Brothers Disambut Hangat Peminat Melayu

Kehadiran Irfan Zaini menerusi Blood Brothers: Bara Naga disambut dengan baik oleh peminat Melayu.

Demi watak Malik, filem aksi pertama lakonannya, Irfan sanggup menahan sakit, termasuk cedera di wajah dan dihempap almari dalam beberapa babak aksi yang mendebarkan.

Filem ini bukan sahaja menampilkan Irfan, tetapi juga dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisyam, Wan Hanafi Su, dan Amelia Henderson.

Ads

Demi Watak Malik, Irfan Zaini Buktikan Bahawa Setiap Pengorbanan Berbaloi

BACA LAGI : Astro Sajikan Hiburan Bertaraf Bintang Sempena Final Piala Malaysia 2025

Terharu Dapat Berganding Dengan Barisan Pelakon Hebat

Irfan juga meluahkan rasa bertuah kerana dapat berganding dengan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, dan Shukri Yahaya dalam Blood Brothers.

“First of all, saya sangat bersyukur. Bila baca skrip, saya rasa watak-watak dalam filem ni bukan sekadar pelengkap cerita, tetapi mempunyai maksud tersendiri. Saya rasa dihargai dan penting sebagai pelakon,” tambahnya, menunjukkan rasa penghargaan yang mendalam terhadap peluang besar ini.

Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI