Ads

ABARO Lancar Kasut Sepak Takraw, Perkasa Persiapan Skuad Selangor Ke SUKMA 2026

abaro

Menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, jenama kasut tempatan ABARO memperkukuh penglibatannya dalam pembangunan sepak takraw menerusi pelancaran kasut ABARO Takraw serta kempen ABARO Langkah Juara.

Pelancaran itu turut menyaksikan pengenalan rasmi skuad sepak takraw lelaki dan wanita Selangor yang bakal beraksi pada temasya berkenaan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), ABARO menyumbangkan RM10,000 dan 56 pasang kasut ABARO Takraw untuk membantu persiapan pasukan.

Inisiatif tersebut bukan sekadar tertumpu kepada penyediaan kelengkapan, sebaliknya mencerminkan usaha jenama tempatan itu menyokong pembangunan atlet serta masa depan sukan sepak takraw di Malaysia.

ABARO Lancar Kasut Sepak Takraw, Perkasa Persiapan Skuad Selangor Ke SUKMA 2026

Bermula Dari Peringkat Akar Umbi

Menurut Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh Kian Wee, kerjasama dengan PSS lahir daripada matlamat bersama untuk mengembangkan potensi besar sukan tradisional berkenaan.

“Matlamat inilah yang menyatukan ABARO dan PSS. Di ABARO, kami percaya kejayaan sesebuah sukan bermula dengan pembangunan di peringkat akar umbi. Sebagai jenama tempatan, kami mahu memainkan peranan untuk menyumbang kembali kepada komuniti tempatan yang menjadi nadi kepada perkembangan sukan ini melalui generasi baharu pemain sepak takraw.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap kasut ABARO Takraw dapat diakses dengan lebih meluas, sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk mengenali dan menceburi sukan ini. Setiap perjalanan seorang juara bermula dengan langkah pertama di gelanggang sekolah,” katanya.

ABARO Lancar Kasut Sepak Takraw, Perkasa Persiapan Skuad Selangor Ke SUKMA 2026

Pendekatan tersebut cukup signifikan kerana sepak takraw bukan sahaja memerlukan bakat dan disiplin tinggi, malah sokongan berterusan daripada persatuan, jurulatih, keluarga serta pihak swasta.

Ads

Skuad Selangor yang diperkenalkan merangkumi masing-masing 14 pemain lelaki dan 14 pemain wanita dalam posisi tekong, pengumpan dan perejam.

Sokongan Lebih Daripada Sekadar Tajaan

Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor, Dato’ Haji Ahmad Zaffry Sulaiman berkata majlis tersebut turut meraikan usaha, disiplin dan ketabahan pemain yang berjaya merebut tempat dalam skuad negeri.

“Majlis hari ini diadakan bukan sekadar bagi meraikan para pemain yang telah meraih tempat dalam skuad SUKMA Selangor, tetapi turut meraikan hasil kerja keras dan disiplin dan ketabahan mereka untuk berada di tahap ini.

“Ketika mereka bersiap sedia untuk menghadapi SUKMA 2026, sokongan daripada rakan strategik seperti ABARO dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka menumpukan perhatian memberikan prestasi terbaik. Bagi kami, kerjasama seperti ini melangkaui tajaan semata-mata. Ia merupakan satu pelaburan terhadap pembangunan atlet serta masa depan sukan sepak takraw negara.

“Kami berharap komitmen yang ditunjukkan oleh ABARO mampu menjadi inspirasi kepada lebih banyak jenama tempatan untuk bersama-sama menyokong generasi baharu pemain sepak takraw,” katanya.

ABARO Lancar Kasut Sepak Takraw, Perkasa Persiapan Skuad Selangor Ke SUKMA 2026

Ads

Farhan Adam Jadi Wajah ABARO Takraw

Pemenang pingat emas Sukan SEA dan pemain sepak takraw kebangsaan, Farhan Adam, turut menyertai kempen berkenaan sebagai ABARO Takraw Pro.

Menurut Farhan, pemilihan kasut memainkan peranan penting kerana sepak takraw memerlukan pemain bergerak secara aktif, melompat serta melakukan libasan pantas sepanjang permainan.

“Dalam sukan sepak takraw, kami sentiasa bergerak, melompat dan membuat libasan yang pantas. Sebab itu pemilihan kasut yang sesuai sangat penting. Bagi saya, ABARO Takraw memberikan cengkaman yang baik di gelanggang dan membuatkan kaki terasa stabil tanpa rasa terlalu ketat.

“Ruang di bahagian hadapan kasut juga luas, jadi saya boleh memakainya dengan selesa sepanjang sesi latihan mahupun ketika perlawanan,” katanya.

ABARO Lancar Kasut Sepak Takraw, Perkasa Persiapan Skuad Selangor Ke SUKMA 2026

ABARO Takraw direka dengan memberikan perhatian kepada tiga keperluan utama pemain, iaitu keselesaan, cengkaman dan fleksibiliti.

Ads

Kasut tersebut menggunakan tapak luar getah antigelincir, tapak dalam yang membantu menyerap hentakan serta tapak fleksibel untuk menyokong pergerakan lebih lincah. Pelindung getah pada bahagian hadapan pula memberikan perlindungan tambahan ketika pemain melakukan libasan berulang kali.

Rekaan gelung di bahagian belakang memudahkan pemakaian, manakala pilihan warna hitam dan putih memberikan penampilan klasik serta mudah dipadankan.

Cabaran Digital Untuk Peminat Sepak Takraw

Bersempena dengan SUKMA 2026, ABARO turut memperkenalkan #RajaLibasChallenge yang diterajui Farhan. Pertandingan digital itu berlangsung dari 3 hingga 31 Ogos 2026 dan mengajak peminat mempamerkan aksi libas terbaik menerusi Instagram atau TikTok.

ABARO Lancar Kasut Sepak Takraw, Perkasa Persiapan Skuad Selangor Ke SUKMA 2026

Lima pemenang utama berpeluang menerima kasut ABARO Takraw dengan tandatangan inisial Farhan, jersi bertandatangan serta baucar ABARO bernilai RM200. Sepuluh pemenang saguhati pula bakal menerima baucar RM100 dan jersi bertandatangan Farhan.

ABARO Takraw dijual pada harga RM59.99 sepasang. Sempena pelancarannya, diskaun 20 peratus ditawarkan untuk tempoh terhad menerusi laman rasmi ABARO. Kasut tersebut turut tersedia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

BACA: Ramadan Ondash Tolak ‘Rematch’ Dengan Johan Ghazali, “Kerja Saya Sudah Selesai”

Melalui gabungan produk khusus, sokongan kewangan dan aktiviti bersama komuniti, kempen ABARO Langkah Juara membawa mesej bahawa pembangunan seorang atlet tidak hanya bermula di pentas besar. Ia bermula daripada langkah kecil, latihan berterusan dan sokongan yang diterima sejak di peringkat akar umbi.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
kudrat

‘KUDRAT 1968’ Dedah Asal-Usul High Council, Satukan Enam Pelakon Utama Dalam...

KUDRAT 1968 membawa penonton kembali ke asal-usul High Council menerusi pendekatan satu cerita dua format, dibintangi Mierul Aiman bersama lima pelakon baharu.