Memiliki kabinet TV yang biasa daripada bahan-bahan kayu atau kaca adalah sesuatu yang normal dan sekadar menjadi perhiasan yang menarik.
Namun pernahkah anda terfikir bagaimana rupanya jika anda menggunakan kepala kereta Proton Wira sebagai kabinet TV menjadikannya lebih unik tetapi sangat ‘rare’?
Bermodalkan RM1,500
Seorang pengusaha bengkel baik pulih kenderaan di Pulau Pinang, Mohamad Fitri ketika ditemui pihak media memberitahu dia mengambil masa selama seminggu dengan kos sekitar RM1,500.
Menariknya, kabinet TV tersebut juga dilengkapi dengan sistem lampu seperti kereta biasa selain dilengkapi kelengkapan hiburan rumah seperti dekoder dan permainan konsol untuk mengisi masa lapangnya.
Ads
Potong suku bahagian hadapan
Katanya lagi, dia memotong suku daripada bahagian hadapan kereta Proton Wira yang terbiar di bengkelnya lalu digilap agar ia kelihatan menarik semula.
Kemudian, Mohamad Fitri melekatkan bahagian tersebut pada dinding sekali gus menjadikannya sebagai ‘eye-catching’ kepada tetamu yang hadir.
Ads
Pernah ditawarkan harga yang tinggi
Oleh kerana hasil kerja uniknya tular dalam media sosial, Mohamad Fitri mengakui terdapat ramai pihak yang menghubunginya untuk mendapatkan dekorasi yang serupa bermula harga RM2,500 dan ke atas.
Ads
Selain memfokuskan model kereta jenis Proton Wira, Mohamad Fitri turut memotong kepala kenderaan jenis lain mengikut kehendak pelanggannya.
Kenderaan dua roda tidak dinafikan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dengan pelbagai kategori yang wujud dalam dunia automotif, peminat motosikal sememangnya sanat ramai.
Bagi yang meminati motosikal unik, nama Honda Motocompo pasti cukup mesra diingatan mereka. Ia pernah diperkenalkan pada tahun 1981. Namun pada ketika itu ia hanya diminati segelintir peminat sahaja dan pengeluarannya hanya bertahan selama dua tahun sahaja.
Walaupun begitu ia menjadi motosikal yang cukup ikonik kerana kategori motosikal lipatnya. Model tersebut yang hadir dengan enjing dua lejang dikatakan terjual kira-kira lebih 54 ribu unit sahaja.
Motocompo yang hadir dengan bentuk seperti bagasi suitcase turut direka untuk senang dimuatkan di dalam kereta-kereta Honda seperti City dan Today.
Dengan status ikonik yang dibawanya, Honda ternyata telah menggembirakan peminat motosikal tersebut. Dalam perkembangan terbaru Honda dilaporkan telah memfailkan paten terbaharu untuk memperkenalkan versi terbaru dikenali dengan nama Honda Motocompacto.
Rekaan terbaru Motocompacto tampil dengan lebih moden dan futuristik. Model ini juga pernah dipertontonkan dengan rekaan Motocompo Concept pada Tokyo Motorshow pada tahun 2011. Berbeza dengan model terdahulu, ia kini tampil dengan enjin dipacu oleh trenkuada elektrik bukannya menggunakan petrol.
Ia dikatakan menggunakan bateri yang boleh dicaj dengan penggunaan sejauh 40 batu dengan pengecasan 2 jam. Kelajuan maksimum pula pada 15 batu sejam yang datang dari motor 500w.
Sehingga kini masih belum ada maklumat tentang bilakah ia akan mula dipasarkan. Namun dengan perkembangan ini, peminat Honda boleh menarik nafas lega untuk menantikan kemunculan Honda Motocompacto di pasaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Inisiatif Bantuan Subsidi Petrol (BUDI95) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini telah menjadi tumpuan utama dalam kalangan pemilik kenderaan.
Dengan tawaran subsidi petrol sebanyak 300 liter, ramai yang mula membuat perkiraan. Persoalannya, sejauh manakah 300 liter ini mampu membawa perubahan dalam gaya hidup pemanduan seharian?
Jom kita tengok perbandingan penggunaannya, mengikut jenis kenderaan.
Kenderaan sedan sering kali menjadi pilihan utama bagi pemandu urban yang mengutamakan kecekapan bahan api dan keselesaan.
Berdasarkan purata kecekapan bahan api, sebuah kereta sedan moden, seperti Honda City atau Toyota Vios, secara purata mampu mencatatkan penggunaan sekitar 15 km/liter.
Dengan jumlah subsidi sebanyak 300 liter, ini bermakna pemilik sedan akan menikmati jarak pemanduan tambahan sejauh kira-kira 4,500 km (300 liter×15 km/liter).
Jarak ini sangat signifikan. Sebagai contoh, jika purata perjalanan bulanan seorang pemandu ke tempat kerja dan aktiviti harian adalah sekitar 1,500 km, 300 liter subsidi ini secara teorinya boleh menampung keperluan petrol selama tiga bulan.
Ini tidak mengambil kira perjalanan jarak jauh atau faktor trafik yang mungkin mempengaruhi penggunaan bahan api.
Kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin popular di Malaysia, sering menjadi pilihan keluarga kerana ruang dan fungsinya yang lebih besar.
Namun, saiz dan beratnya yang lebih besar juga bermakna penggunaan bahan api yang lebih tinggi berbanding sedan. Kebanyakan SUV, seperti Perodua Aruz atau Honda CR-V, mempunyai purata penggunaan bahan api sekitar 10-12 km/liter.
Mengambil purata terendah 10 km/liter, 300 liter subsidi ini akan membolehkan pemilik SUV memandu sejauh 3,000 km (300 liter×10 km/liter).
Walaupun jaraknya lebih pendek berbanding sedan, 3,000 km tetap merupakan satu angka yang besar.
Bagi sebuah keluarga yang sering melakukan perjalanan hujung minggu atau pulang ke kampung, jarak ini boleh digunakan untuk menampung beberapa perjalanan jarak jauh. Ia membantu mengimbangi kos bahan api yang lebih tinggi, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada SUV untuk aktiviti harian dan rekreasi.
Motosikal merupakan mod pengangkutan yang paling cekap bahan api. Sebuah motosikal kapcai atau skuter kecil, seperti Yamaha Y15ZR atau Honda EX5, boleh mencapai penggunaan bahan api yang sangat baik, kadang kala sehingga 30 km/liter atau lebih.
Dengan kecekapan ini, 300 liter subsidi petrol boleh digunakan untuk menempuh jarak yang amat jauh, iaitu sekitar 9,000 km (300 liter×30 km/liter).
Jumlah ini menunjukkan bahawa bagi penunggang motosikal, subsidi ini boleh menampung keperluan petrol untuk tempoh yang sangat lama, mungkin melebihi enam bulan atau bahkan setahun, bergantung pada intensiti penggunaan.
Penjimatan ini amat signifikan, terutamanya bagi golongan yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama untuk bekerja atau menjalankan perniagaan. Ia secara langsung mengurangkan beban kewangan harian mereka dengan drastik.
Nota: Angka yang diberikan adalah anggaran dan mungkin berbeza mengikut model kenderaan, gaya pemanduan, keadaan jalan raya, dan faktor-faktor lain.
Secara keseluruhannya, inisiatif BUDI95 dengan subsidi 300 liter petrol menawarkan faedah yang berbeza-beza mengikut jenis kenderaan.
BACA: Cara Semak Kelayakan BUDI95, Rasionalisasi Subsidi Petrol RON95
Walaupun jumlahnya mungkin terasa kecil bagi sesetengah pihak, analisis berdasarkan fakta menunjukkan bahawa 300 liter mampu menampung jarak pemanduan yang signifikan, sama ada untuk kegunaan harian, perjalanan jauh atau keperluan perniagaan.
Ia merupakan satu langkah proaktif kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup, terutamanya dalam aspek mobiliti yang kini menjadi satu keperluan asas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda ingin memandu pada waktu malam tetapi dapati lampu hadapan tidak terang dan mengehadkan jarak pandangan anda. Ia agak bahaya untuk memandu kereta dalam kondisi seperti ini.
Jika anda menggunakan kereta yang sudah berusia 5 tahun ke atas pasti berdepan masalah seperti ini. Ia adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada pemilik kereta.
Lampu hadapan yang semakin malap tapi bukannya disebabkan oleh mentol tetapi akibat proses pengoksidaan yang berlaku semula jadi.
Jadi apa yang boleh anda lakukan?
Terdapat satu cara yang mudah dan boleh memberikan kesan yang baik dalam jangka masa pendek. Anda hanya mencucinya dengan menggunakan ubat gigi!
Ingin tahu bagaimana caranya? Ikuti beberapa langkah MASKULIN kongsi di bawah.
Pertama sekali anda perlu ada beberapa peralatan ringkas seperti berikut;
Anda juga boleh gunakan tuala dari jenis fiber untuk kesan yang lebih baik. Untuk ubat gigi pula anda boleh gunakan apa-apa jenis jenama dari jenis yang standard.
Picitkan ubat gigi ke atas kain. Sapukan ke atas lampu kereta dan gosok secara perlahan. Jika kotoran agak liat, sentalkan dengan lebih kuat. Anda juga boleh menggunakan apa jua jenis pergerakan tangan untuk menggosok untuk kesan lebih baik.
Perhatikan kotoran yang terdapat pada kain. Jika ia dapat disental keluar bermakna anda telah berjaya. Jika tidak anda boleh ulang langkah di atas sebanyak beberapa kali.
Selepas anda selesa, keringkan dengan menggunakan tuala atau kain lain. Akhir sekali cuba buka lampu hadapan untuk melihat sendiri keberkesanannya.
Jika anda ingin mencari sabun pencuci kereta serba guna, boleh dapatkannya di sini.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang