Orang bujang, jangan bersedih jika raya tahun ni tak dapat balik kampung. Apa kata tahun ni kita buat kuih raya Biskut Florentine.
Di facebook Izzati Hamid ada cara-cara membuat biskut yang kaya dengan kekacang, berkhiasat dan tidak menggemukan.
Menurutnya, resepi ini dapat dalam 220 keping yang tebal-tebal daripada yang orang jual. Semua bahan dalam harga RM47 sekali cup muffin tu. Memang berbaloi-baloi la buat sendiri.
Ads
Bahan-bahan:
500 gram golden florentina
250 gram flake almond
250 gram green pumpkin seed
250 gram sun flower seed
100 gram black sesame seed
Ads
Cara-cara:
1. Goreng kekacang atas dapur atau bakar dahulu kekacang selama 5 minit (tapi step ni saya tak buat)
2. Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.
3. Masukkan dalam cup muffin. Saya buat tebal² sikit sebab nak makan sendiri (cup ni boleh guna berulang kali)
4. Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (tengok atas oven masing-masing. Saya bakar lebih 30 minit. Saya tak tengok masa. Saya tengok bila dah keperangan saya angkat. Suhu itu nak guna lebih pun ikut la sebab masuk round ke-3 saya ejas naik sikit)
5. Tekan sikit kat bawah cup bagi dia tercabut keluar.
“Go easy on yourself,” demikian nasihat Beto Kusyairy kepada mereka yang masih mencari hala tuju kerjaya.
Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) itu ditemu bual Maskulin dalam episod ketiga Man Of The Moment yang disiarkan di saluran Youtube.
Katanya, orang ramai tidak sepatutnya menambah bebanan yang tidak perlu di bahu mereka dalam perjalanan kerjaya mereka.
“Kita ada ketentuan, kita ada takdir, kita ada usaha. Usaha sahaja apa yang kalian nak buat, dan selebihnya serahkan kepada takdir. Percaya dengan takdir, jangan runsing dengan benda yang tak sepatutnya dirunsingkan.
“Kalau betul jalannya, kalau betul usahanya, Tuhan itu Maha Adil kan?” tambahnya.
Bagi Beto, beliau tidak kesal dengan perjalanan yang ditempuhi dalam mencari hala tuju kerjayanya walaupun pernah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.
“Saya happy dengan journey yang saya tempuh. Memang akan ada ups and downs, memang akan ada jatuh bangun. Tapi jatuh bangun itu yang menjadikan saya sebagai seorang manusia”.
Mengenang kembali di saat mula menapak dalam perjalanan kerjaya, Beto memberitahu beliau melakukan pelbagai tugas di belakang tabir produksi sebagai kru sebaik sahaja beliau tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1998.
Sepanjang bertugas sebagai kru, tidak pernah sekalipun Beto memasang angan-angan untuk tampil di hadapan kamera sebagai pelakon.
“Saya buat kerja saya sahaja sampailah saya jadi bidan terjun. Masa tu saya ingat lagi, antara orang pertama yang bawa saya masuk ialah Erma Fatima, Bade Haji Azmi,” kongsinya kepada Maskulin.
Pada awalnya, Beto diberi tanggungjawab untuk menggantikan pelakon-pelakon tambahan yang tidak hadir ke set penggambaran.
Sedikit demi sedikit, Beto mula diberikan sebaris demi sebaris dialog dan seterusnya diberikan watak bernama.
Sekitar tahun 2003 barulah Beto memutuskan untuk menumpukan pada lakonan sebagai kerjaya utama.
“Saya jadi seronok, the passion came along selepas daripada itu. Terus saya decide ini benda yang saya nak buat, ini benda yang buat saya happy, ini benda yang saya nak craft sampailah sekarang,” tambahnya
Mengulas lanjut, Beto mengakui yang lakonan juga ibarat terapi yang membantu beliau untuk keluar dari zon selesa.
Menyifatkan dirinya sebagai introvert, Beto merupakan seorang yang pemalu dan lambat mesra dengan orang disekelilingnya.
Apabila mula diberikan watak berdialog, Beto memaksa dirinya untuk keluar sedikit demi sedikit dari zon selesanya.
“Dia jadi satu bentuk macam terapi untuk saya pecahkan malu dan segan untuk berinteraksi. Dia seperti kita pakai satu ‘pakaian lain’ untuk kita berdepan dengan orang.
“Jadi saya jadikan ia sebagai terapi, dan selepas beberapa fasa ia menjadi passion,” katanya lagi.
Terdahulu, Man Of The Moment menampilkan jejaka seperti Aeril Zafrel dan Dato’ Zainal Abidin untuk berkongsi kisah suka dan duka dalam hidup mereka.
Saksikan episod penuh di saluran Youtube Maskulin, dan nantikan siapakah jejaka yang akan tampil pada episod seterusnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya sesiapa sahaja yang menadu kereta pastinya mahukan pengalaman pemanduan yang selesa dan mudah. Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah kestabilan kereta dari penggunaan tereng hinggalah tayar.
Tapi pernahkah kereta anda berdepan situasi di mana ia berasa tidak stabil. Stereng rasa berat dan kadangkala kereta ke kiri atayu ke kanan tanpa di pusing semasa bergerak di jalan lurus.
Besar kemungkinan alignment kereta anda itu sudah terjejas atau dalam bahasa pasarnya, ‘sudah lari’. Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa petunjuk dari kereta anda yang menunjukkan perkara tersebut telah berlaku. Sekurang-kurangnya anda tahu untuk terus ke bengkel sebelum ia membahayakan pemanduan anda.
Terdapat 5 petunjuk utama yang kita boleh perhatikan:
Ini petunjuk paling jelas kereta anda berdepan masalah alignment. Ia di mana bila kereta berada di jalan lurus, tapi menuju ke kiri atau kanan tanpa stereng digerakkan.
Kondisi di mana stereng tidak berada pada kedudukannya yang betul.
Berlaku apabila getah tayar sudah mula haus, Jadi selepas ganti tayar baru sebaiknya alignment sebelum tayar itu botak.
Situasi lebih parah apabila kereta yang membelok ke kiri atau kanan tapi stereng tidak kembali ke posisi asal.
Stereng terasa bergegar dengan sangat teruk walhal hanya melalui jalan yang lurus.
Terdapat beberapa punca utama mengapa alignment kereta boleh terjejas.
1. Hentakan yang kuat pada sistem suspensi
2. Wear and tear pada komponen suspensi
3. Kerosakan parts pada sistem suspensi (spring, absorber, cross member, bushing etc)
Oleh itu MASKULIN mengesyorkan anda supaya selalu melakukan pemeriksaan alignment. Sekurang-kurangnya tiga bulan sekali lakukanlah pemeriksaan ini.
Selain itu, anda juga dinasihati untuk selalu memeriksa keadaan tayar samada bunga tayar masih dalam keadaan baik atau tidak. Andai kata terdapat perubahan fizikal ketara maka periksalah alignment dengan segera.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan pemanduan lebih selamat.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sebenarnya sudah acap kali MASKULIN perkatakan tentang senaman plank. Namun perkara baik tidak salah untuk kita selalu kongsikan bersama. Apatah lagi jika ia dilakukan dengan teknik dan objektif berbeza. Kali ini MASKULIN ingin tunjukkan beberapa teknik dan rutin senaman plank tiga minggu yang mampu bantu anda ‘ghaibkan’ lemak perut.
Siapa sangka senaman yang dengan menahan badan dalam posisi melintang dengan menahan tangan mampu melakukan semua ini. Apa tidaknya, plank membuatkan teras badan menjadi lebih keras dan bekerja keras.
MASKULIN kongsikan tip senaman plank untuk anda lakukan selama tiga minggu atau 21 hari berturut-turut. Setiap satu minggu memberikan kesan serta impak berbeza buat anda.
Pelan aksi untuk melakukan senaman ini bergantung kepada teknik dan juga tempoh masa. Berikut pelan senaman yang boleh anda ikut:
Mulakan hari pertama rutin senaman dengan melakukan forearm plank. Letakkan tangan anda di atas lantai dan selarikan tangan hingga siku di bawah bahu. Pastikan tangan anda berada pada kedudukan selari dengan badan kira-kira pada kelebaran bahu.
Untuk lebih selesa anda boleh genggam kedua belah tangan semasa melakukan. Amat penting juga untuk anda tetapkan kedudukan kepada selari dengan tulang belakang. Lakukannya selama 20 saat.
Selepas selesa dengan forearm, anda boleh ubah dengan melakukan single-leg plank. Ia boleh dilakukan dalam kedudukan sama cuma sebelah kaki diangkat. Di akhir minggu pertama selang-selikan senaman sehingga mencapai 30 saat.
Ingat, jangan memaksa diri dan berehatlah seketika dengan meletakkan lutut di atas lantai untuk beberapa saat.
Mulakan hari pertama minggu kedua dengan melakukan standard plank. Letakkan kedua tangan di bawah bahu dengan kedua kaki di atas lantau. Kuatkan teras perut untuk menstabilkan badan. Dalam masa yang sama betulkan kedudukan tulang belakang dan juga leher. Tahan kedudukan ini selama 10 saat.
Kemudian bengkokkan siku sebelah kanan dan letakkannya di atas lantas. Ulang dengan siku sebelah kiri. Selepas itu kembali kepada kedudukan asal. Secara beransur tingkatkan masa plank anda dari 60 kepada 90 saat.
Untuk minggu terakhir, selang-selikan melakukan forearm dan dolphin plank. Senaman ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh gerakan senaman yoga. Ia mampu menguatkan kekuatan teras badan, perut dan juga bahu.
Mulakan dengan melakukan forerm dan angkat pinggul ke atas sehingga badan membentu ‘V’. Kemudian kembali kepada forearm plank yang asal. Lakukannya sebanyak 15 kali.
Selepas semakin selesa, ulang senaman di atas yang dimulakan pada masa 90 saat kepada 120 saat pada hari yang ke-21.
Semoga tip senaman selama 21 hari ini mampu membantu anda membakar lemak degil yang berkampung di bahagian perut.
Ikuti YouTube MASKULIN untuk tip senaman menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BMW F 450 GS kini rasmi di Malaysia! Jentera adventure kompak ini hadir dengan enjin 48hp, pelbagai teknologi bantuan tunggangan dan harga bermula RM39,900.