Ads

Diskaun 50 Peratus Untuk Bayar Saman Tertentu Secara e-Payment Bermula 25-29 Mac Ini!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun 50 peratus bagi saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini bersempena dengan Hari Polis ke-213.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan melancarkan kempen pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari tersebut.

Ads

“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara dalam talian berikutan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac.

Ads

“Ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ads

Mengulas lanjut, Azisman berkata pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal
www.myeg.com.my DAN www.rilek.com.my.

“Inisiatif ini diberikan sebagai langkah untuk meringankan beban ditanggung oleh masyarakat,” jelasnya.
Perkongsian kenyataan media Pengarah JSPT di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)
Diskaun 50 Peratus Untuk Bayar Saman Tertentu Secara e-Payment Bermula 25-29 Mac Ini!
Diskaun 50 Peratus Untuk Bayar Saman Tertentu Secara e-Payment Bermula 25-29 Mac Ini!
Sumber: Astro Awani
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.