Tepat jam 12 malam, pasti wajahnya sering terpampang di kaca televisyen bagi siaran berita tengah malam berbahasa Inggeris terbitan TV3, Nightline selama bertahun-tahun lamanya.
Namun kini, wajah dan suara emas milik Raymond Goh tidak lagi akan ke udara buat selama-lamanya.
Rakyat Malaysia berduka cita semalam diatas pemergiannya, seorang lagi figura ternama dalam dunia penyiaran tanah air.
LEBIH 30 TAHUN DI BIDANG PENYIARAN
Memetik laporan Buletin TV3, Allahyarham yang dilahirkan di Pulau Pinang pada 27 Mei 1961 itu telah memulakan kerjaya di bidang penyiaran sebagai penyampai berita di Seven O’Clock News sebelum beralih ke Nightline.
Perkhidmatannya di bidang itu telah pun mencecah lebih 30 tahun, manakan tidak wajah dan suara emasnya begitu dikenali dan dianggap sebagai legenda bagi penonton.
Pada 31 Mac 2003, Allahyarham telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah.
Allahyarham dilihat bersiaran buat kali terakhir di Nightline pada 24 Ogos lalu.
Ads
Foto: Penampilan terakhir Raymond Goh di Nightline, 24 Ogos 2023. (Sumber: Youtube Buletin TV3)
Allayarham juga merupakan antara barisan penyampai berita kumpulan pertama di TV3, demikian menurut bekas penyampai berita TV3, Datuk Ras Adiba Radzi.
Ras Adiba yang telah bersahabat dengan Allahyarham sejak tahun 1986 itu menyifatkan pemergian Raymond begitu terkesan dihatinya, apatah lagi selepas pemergian sahabat seperjuangan yang lain seperti Robert Lam, Mahadzir Lokman dan Amin Mahir.
BANYAK BANTU PELAPIS BAHARU
Dalam pada itu, Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi di dalam kerjaya, demikian lapor Berita Harian.
Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Azhari Muhidin berkata yang Allahyarham banyak menyumbang untuk membantu generasi atau pelapis baharu dengan mendidik serta mengajar kaedah penyampaian berita.
Ads
Bekas penyampai berita, Zahir Kelvin Ong juga memberitahu yang Allahyarham merupakan mentornya ketika beliau menyertai stesen penyiaran berkenaan.
Selain itu, Allahyarham juga sering tiba lebih awal untuk meneliti kandungan berita yang akan dibaca sebelum bersiaran.
MEMANDU KE HOSPITAL SENDIRIAN
Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan penyampai berita bersuara emas itu dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya dan sedang kritikal akibat diserang angin ahmar.
Ads
Menurut penerbit Nightline, Amelia Nadia Azaharul Nahar, Allahyarham mula merasa kebas pada bahagian kanan badannya ketika sedang minum bersama rakan-rakan, demikian lapor Berita Harian.
Susulan itu, Allahyarham langsung memandu sendirian ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan disahkan kritikal selepas membuat imbasan CT, lalu ditidurkan.
Setelah hampir dua minggu bertarung dengan penyakit itu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 12 September 2023, kira-kira jam 10.43 pagi.
Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada jam 4.45 petang sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 5.25 petang hari yang sama.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Faridah Teh dan seorang anak tiri dikenali sebagai Fendi.
Jika anda terfikir untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal tetapi tidak mahu mengeluarkan bajet yang tinggi, joging adalah pilihan yang terbaik. Anda hanya memerlukan kasut dan kawasan lapang sahaja. Paling mudah, jadikan sahaja kawasan perumahan di taman atau kampung anda sebagai tempat anda berjoging.
Jika masih belum memiliki kasut yang sesuai, anda boleh gunakan kod promo ini untuk dapatkan harga yang menarik
1. Baik untuk tulang
Tulang akan menjadi semakin kuat apabila selalu menerima rintangan. Tulang kaki khususnya mendapat manfaat yang paling besar bagi senaman ini.
2. Menguatkan otot
Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit tetapi lama-kelamaan, badan akan akan menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
3. Sihat untuk jantung
Joging akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen lebih tinggi semasa bersenam. Ini akan menjadikan jantung lebih sihat.
4. Membakar kalori
Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah sia-sia. Ia membakar kalori di dalam badan anda dan membantu menurunkan berat badan.
Anda boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal atas tujuan berbeza. Setiap tujuan itu juga mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza.
Contoh teknik joging berbeza mengikut tujuan adalah:
1. Meningkatkan stamina – jika anda baru ingin bermula, mulakan dengan berjalan laju. Kemudian, beralih kepada berlari anak sebelum menambah tempo larian anda.
2. Menurunkan berat badan – kalori lebih banyak dibakar apabila kelajuan bertambah kerana simpanan tenaga dalam bentuk lemak akan digunakan. Jika anda inginkan hasil yang efektif, kawal juga jumlah kalori daripada pemakanan anda.
3. Menambah kenalan dan teman sosial – sukan sememangnya medan yang baik dalam menambah kenalan kerana ia adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tiada teknik khusus untuk tujuan ini. Anda boleh menyertai mana-mana kelab joging atau larian amal yang dianjurkan secara umum.
4. Menyertai pertandingan – ini sudah tentu memerlukan latihan sesuai mengikut jenis pertandingan. Jika anda menyertai mana-mana kelab, ia kebiasaannya menyediakan panduan dan latihan. Bagi pertandingan terbuka, anda boleh jalani latihan sendiri.
Bagi kami, baju Melayu untuk lelaki seharusnya direka dengan perincian yang masih berpegang utuh kepada ciri kemelayuan asal. Tidak salah untuk menyuntik elemen kontemporari, tetapi janganlah keterlaluan dan menimbulkan rasa jengkel tatkala menyarungnya.
INI DI ANTARA KATA-KATA NETIZEN MENGENAI BAJU RAYA YANG DIREKA SEDIKIT ‘PELIK’ INI.
KENALI BAJU MELAYU PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA
Walaupun Fesyen sesuatu yang Relatif, namun indentiti yang menjadikan ia dikenali sebagai Pakaian Tradisional Baju Melayu perlu dikekalkan. Selain Perbezaan Asal Usul dan Sajarah Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Idetiti utama pakaian tradisional kaum melayu ini terletak pada perbezaanJenis Jahitan Leher Baju dan Cara Sambungan Lengan ke Badan Baju yang unik. Malah Cara Pemakaian Sampin Baju Cekak Musang dan Baju Teluk Belanga juga berbeza
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Potongan Cekak Musang adalah merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut dimana berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya.
Potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Manakala jahitan bahagian leher adalah Tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher.
Baju Melayu Cekak Musang dijahit berpesak. Ia juga dikenali dengan potongan moden. Lengan Baju Melayu Cekak Musang disambungkan kepada badan baju dengan cara pesak dan kekek. Sambungan Jahitan ini menjadikan potongan kelihatan lebih moden.
PEMAKAIAN BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Baju Melayu Teluk Belanga
Mengenali Ciri Potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.
Lengan Baju Teluk Belanga disambungkan kepada badan baju dengan cara sambungan terus. Sambungan Jahitan ini juga lebih dikenali dengan potongan Cina.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PELUMBA SIC Racing Team, Adam Norrodin tidak gusar dengan catatan masa ke 15 terpantas yang diraihnyanya pada seisi kelayakan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Bakal memulakan perlumbaan dipetak ke 15, Adam mencatatkan masa 2 minit 13.847 saat namun pelumba kelahiran Parit Raja, Batu Pahat Johor ini tekad melakukan yang terbaik pada perlumbaan esok.
“Saya masih dalam perlumbaan dan hari ini adalah penentu untuk Moto3 ini, jarak dengan pelumba didepan tidaklah jauh sangat, saya yakin masih ada ruang untuk terus ke hadapan.
“Keadaan motosikal juga berada dalam keadaan terbaik jadi tidak mustahil untuk saya memberikan saingan kepada pelumba dihadapan,” katanya yang bersedia untuk perlumbaan penting esok.
Mengulas sasaran dan tekanan yang bakal dirasai beraksi dilaman sendiri, pelumba Petronas Sprinta ini mengakui akan tekanan namun mengambil pendekatan positif dengan menganggap ia motivasi.
“Bagi pelumba, apabila beraksi dilaman sendiri pasti ada tekanan, ia normal. Melihat sokongan padu dari ahli keluarga dan rakan akan menaikkan motivasi dan semangat untuk melakukan yang terbaik.
“Sudah pasti saya ingin menamatkan perlumbaan dikedudukan 10 terbaik dan doakan kejayaan saya,” ujarnya yang menghargai sokongan peminat Malaysia terhadapnya.
Musim lalu di Litar Antarabangsa Sepang, Adam gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dengan perlanggaran ketika perlumbaan dipusingan pertama.
Catatan Seisi Kelayakan Masa Terpantas Moto3
1 – Joan Mir ( Leopard Racing / 2’12.078 saat)
2- Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3 / 2’12.457 saat)
3- John Mcphee (British Talent Team / 2’12.816 saat)