Kita selalu keliru antara sakit pinggang atau slip disc. Bila sakit belakang menyerang ramai yang ambil mudah kerana menyangka yang ia hanyalah sakit biasa.
Namun jangan ambil mudah keranan simptom sakit pinggang itu mungkin slip disc. Tanpa kita sangka, kini ramai anak muda yang diserang slip disc kerana kekerapan memandu dalam tempoh yang lama.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang slip disc, Dr Khairul Faizie berkongsi di laman Facebooknya punca ramai anak muda diserang slip disc dan rawatan untuk mengatasinya.
Moga dengan perkongsian ini akan membuka mata anak-anak muda untuk lebih mementingkan kesihatan sekali gus membendung terjadinya slip disc.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya ” pernah dengar pasal Slipped Disc?”
Dia jawab ” Masalah tidur (sleep) ke doktor?”
Slipped disc ni makin banyak kita jumpa. Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).
Ads
Utk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan/ dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH/ KEBAS/ HILANG POWER pada kaki.
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak/ koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut. So jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Walau bagaimanapun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara puncanya:
1. Trauma/ jatuh/ accident
2. Obesiti – berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
Ads
3. Kerja/ aktiviti yang berulang-ulang melibatkan belakang seperti angkat barang/ membongkok
4. Gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yg akan support tulang belakang)
5. Selalu memandu terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
Tak semua slipped disc perlu pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.
Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan (inflammation).
Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail… Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan (temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc/ menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti MASKULIN nyatakan sebelum ini, ‘Fit Journey’ seseorang itu cukup bersifat peribadi dan berbeza-beza dengan individu lain.
Begitu juga dengan pendekatan dan juga kaedah yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan. Bagi MASKULIN, apa jua kaedah adalah baik asalkan ia dijamin selamat untuk dilakukan dan digalakkan oleh pakar perubatan.
Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan baik dan cepat ialah dengan melakukan pembedahan bariatrik.
Bagi ramai orang, sebut sahaja tentang pembedahan mesti berasa cukup gerun dan takut. Terlebih dahulu anda harus fahami dengan apa itu pembedahan bariatrik.
Pembedahan bariatrik merupakan sejenis pembedahan boleh membantu seseorang menurunkan berat badan dengan membuat perubahan kepada sistem pencernaan.
Ia sama ada dengan mengecilkan saiz perut ataupun memintas sebahagian daripada usus kecil. Pembedahan bariatrik boleh dijadikan pilihan terutamanya buat individu yang mempunyai BMI lebih daripada 32 kg/m2 dengan keadaan perubatan.
Untuk mengetahui sama ada anda layak menjalani pembedahan ini atau tidak, anda perlu berunding dengan kumpulan bariatrik pelbagai disiplin.
MASKULIN turut menemu bual seorang indvidu yang pernah menjalani prosedur ini yang dilalui dengan cukup berjaya sekali.
MASALAH SLEEP APNEA
Abdullah Hilmee Rifin yang kini berusia 33 tahun seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat Tracol Capitol berkongsi bersama MASKULIN tentang perjalanannya menurunkan sebanyak 30 kilogram berat badan.
Sebelum melakukan pembedahan, Hilmee berdepan dengan masalah obesiti hingga berat badan mencecah 116 kg. Selain sukar untuk bergerak masalah utama yang ditempuhinya ialah ‘sleep apnea’, gangguan pernafasan yang berlaku terutamanya ketika tidur.
“Hidup saya masa tu macam kurang produktif. Orang rumah (isteri) sering risau melihatkan saya seolah-olah sedang sesak nafas ketika tidur. Sleep apnea ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian ketika tidur,” jelasnya.
Selain itu, dia turut berdepan dengan masalah tertidur ketika memandu kereta. Ia satu situasi yang cukup berbahaya bukan sahaja kepada diri dan keluarga malah kepada pengguna jalan raya yang lain.
Memilih saiz baju yang sesuai juga merupaan satu perkara yang sangat sukar untuk dia lakukan. Sebelum ini dia pernah melakukan beberapa jenis diet namun ia kurang berhasil. Dalam hal senaman pula tidak dapat dilakukan dengan baik kerana kecederaan yang ada pada lututnya.
Pertemuan dengan seorang doktor yang mencadangkan dia untuk melakukan pembedahan bariatrik. Selepas itu dia ambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik.
RISIKO
Dalam apa jua bentuk prosedur pastinya ada risiko serta baik atau buruk. Namun risiko itu tidaklah terlalu besar kerana ia boleh dilakukan dengan selamat di bawah kendalian doktor pakar.
Berat sekarang, 86kg
“Ia bukan open surgery. Hanya masukkan lima alat ke dalam perut dan potong dari dalam. Sacaea ringkasnya ia pembedahan minor di luar dan major di dalam.
“Sehari selepas pembedahan saya dah boleh berjalan. Untuk recovery pula saya ambil masa selama 3 bulan,” tambahnya lagi.
Hilmee turut berkongsi beberapa tip yang baik untuk mereka yang mungkin berminat melaukukan prosedur ini. Anda boleh ikuti dengan lanjut temu bual MASKULIN bersama Hilmee menerusi video di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Secara jujurnya apakah yang akan bermain di minda anda apabila terdengar perkataan ‘diet’. MASKULIN dapat rasakan ramai di antara anda beranggapan bahawa ia adalah perbuataan menahan lapar atau mengurangkan pemakanan dengan cukup signifikan.
Tapi tahukah anda maksud umum sebenar diet ialah merujuk kepada tabiat pemakanan. Diet tidak bermaksud menahan diri daripada makan dan berlapar. Ia membawa maksud tabiat pemakanan harian kita. Jadi tidak semestinya bila berdiet kita kena paksa diri untuk berlapar.
Menerusi perkongsian dari influencer kesihatan bersama MASKULIN, Aiman Radzi mengatakan bahawa diet yang baik adalah satu rutin pemakanan yang meliputi pengambilan makanan secara seimbang.
Bila ditanya tentang ‘clean diet’, dia mengatakan bahawa diet tersebut bermaksud rutin pemakanan yang tiada gula, tiada minyak, rendah garam dan tiada campuran bahan luaran yang lain. Ia biasanya diamalkan oleh seseorang yang aktif membina badan dan juga model yang ingin mengekalkan bentuk badan.
Baginya, ‘clean diet’ bukanlah cara terbaik untuk diikuti oleh orang kebiasaan seperti kita kerana ia memerlukan disiplin luar biasa tinggi. Namun, rutin diet yang adalah mengikuti pola pengambilan makanan berdasarkan piramid yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ikuti penjelasan lanjut tentang diet terbaik menerusi video terbaik anda amalkan bagi melalui FIT JOURNEY yang lebih sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak ada sesiapa pun yang mendoakan dirinya untuk mati secara mengejut pada bulan Ramadan dalam keadaan yang memalukan.
Lebih-lebih akibat makan terlampau banyak pada waktu berbuka puasa sehingga perut gagal berfungsi dan berdepan masalah lain.
Makan banyak sesakkan nafas
Apabila perut gagal berfungsi dengan baik untuk menghadam setiap makanan yang disumbat, seseorang itu akan mengalami sesak nafas.
Selain itu, mereka yang banyak terlampau banyak secara mengejut juga boleh mengakibatkan masalah sakit jantung.
Sakit jantung ini pula bukan biasa-biasa masalah kerana jika tidak cuba untuk mengelaknya, seseorang itu berdepan dengan risiko kematian.
Makan ala kadar
Sebab itulah dalam Islam dianjurkan untuk berbuka puasa dengan menu yang ala kadar tanpa mengurangkan budaya berjimat-cermat.
Kalau ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, memadailah dengan menjamah buah kurma serta segelas air kemudiannya, tunaikanlah solat Maghrib.
Selepas itu, barulah isi perut untuk menambah semula tenaga bagi menunaikan solat Isyak serta solat sunat tarawih.
Hikmat berpuasa
Bulan Ramadan tidak dinafikan mempunyai banyak hikmahnya yang tidak terduga di sebalik arahan menahan diri daripada lapar, dahaga serta pelbagai nafsu.
Dari segi kesihatannya, perut dapat berehat dan meneutralkan semula kandungan dalam tubuh untuk proses ‘penyucian’.
Sehubungan itu, tidak salah untuk mengharungi bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh keinsafan.
Wajar kurangkan mulut bercakap perkara yang bukan-bukan dan perbanyakkan ibadah untuk memburu ribuan pahala.
Jangan otak asyik fikir lapar, lapar dan lapar sahaja!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.