Gigi putih bersih menjadi idaman semua tidak kira wanita mahupun lelaki. Ramai yang beranggapan menggosok gigi sahaja sudah cukup untuk merawat gigi kuning dan mencegah gigi berlubang. Tetapi, sebenarnya menggosok gigi sahaja tidak mencukupi, apatah lagi jika anda memiliki gigi kuning dan gigi berkarang.

Doktor Jelas 9 Mitos Tentang ‘Scaling Gigi’, Paling Penting Ia Tidak Menyebabkan Gigi Jarang

Kaedah scaling gigi juga merupakan salah satu cara untuk membersihkan karang gigi.Walaupun kaedah ini tidak meninggalkan kesan buruk, tetapi ramai individu yang tidak berani untuk mencuba kerana terpengaruh dengan mitos-mitos tertentu. Dr. Iqbal Rosli memberikan penjelasan melalui bebenang di Twitter fakta yang salah dan fakta yang benar melalui kaedah scaling atau cuci gigi.

Doktor Jelas 9 Mitos Tentang ‘Scaling Gigi’, Paling Penting Ia Tidak Menyebabkan Gigi Jarang

Scaling menyebabkan gigi jarang

Scaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.

IKLAN

Scaling menjadikan gigi nipis

Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.

Scaling menjadikan gigi sensitif

Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi TERDEDAH dan gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi dan memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif

IKLAN

Scaling menyebabkan gigi bergoyang

Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah BERKURANG apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.

Scaling untuk putihkan gigi

Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.

IKLAN

Sudah berus gigi 2 kali sehari, tidak perlu scaling lagi

Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.

Scaling adalah rawatan terbaik untuk merawat karang gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.

Semoga perkongsian dari doktor ini mampu memberi info dan penjelasan berkaitan isu scaling gigi ini. Lepas ini tak perlu la risau kalau pergi scaling gigi ye!

Sumber: Dr Iqbal Rosali

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI