Usus manusia membabitkan kawasan yang merangkumi usus kecil bermula dari pangkal yang bersambung dari perut, menjadi usus besar hinggalah ke lubang dubur. Kanser boleh tercetus di mana-mana sepanjang saluran itu. Keturunan bukan faktor utama berlakunya kanser usus. Faktor penyumbang kepada kanser usus termasuk peningkatan usia, pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak, daging merah yang diproses, minuman keras, merokok dan juga kegemukan.
Golongan lelaki lebih berisiko menghidap kanser usus berbanding wanita. Simptom bagi kanser usus bergantung pada lokasi di mana kanser itu terbentuk. Ada pesakit mengalami simptom susah membuang najis. Ada pula keadaan di mana sukar membuang air berselang-seli dengan cirit-birit yang berlaku berulang kali serta berpanjangan.
Muntah, hilang selera makan, susut berat badan secara mendadak boleh berlaku. Ada kalanya najis pesakit bercampur dengan darah.Jika simptom ini berlaku, pesakit hendaklah segera berjumpa doktor. Pemeriksaan klinikal boleh membantu mengenal pasti sama ada seseorang itu disyaki menghidap kanser usus atau tidak.
Untuk pengesahan, pemeriksaan menggunakan imbasan tomograf berbantukan komputer (CAT scan) perlu dijalankan bagi mengenal pasti bahagian usus yang terbabit dengan kanser, sama ada kanser itu sudah merebak juga dapat memberi gambaran pilihan rawatan kepada pesakit. Ujian darah juga perlu dilakukan untuk melihat keadaan fizikal pesakit. Pilihan rawatan bergantung pada ujian imbasan dan keadaan fizikal pesakit.
Ads
Pilihan sama ada pembedahan, kemoterapi atau radioterapi perlu dibincangkan antara pesakit juga keluarga supaya semua risiko dipertimbangkan. Perlu diingat, jika pembedahan tidak dilakukan, kadar kebarangkalian kematian juga adalah tinggi. Mereka yang mempunyai risiko, disaran menjalankan ujian darah berkala. Ada ujian darah yang dapat mengenal pasti kanser usus tahap awal.
Apa yang penting ialah penjagaan kesihatan seperti menjaga berat badan, tidak merokok serta tidak mengambil minuman keras. Selain itu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser usus.
Ads
Masalah kronik usus besar
Ads
Walaupun sindrom ini kerap berlaku dan mengganggu kehidupan, ramai yang tidak mahu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Sesetengah pesakit menganggap gejala yang dialami seperti perut kembung dan kejang serta cirit-birit adalah masalah biasa. Namun, rasa sakit, tidak selesa dan masalah perut kembung benar-benar membuatkan individu itu berada dalam keadaan membimbangkan sekali gus mengganggu tugasan harian.
Doktor dapat mengenal pasti seseorang itu mengalami masalah IBS berdasarkan beberapa gejala yang biasa dialami dan sejarah kesihatan pesakit. Dalam beberapa kes, pesakit mungkin perlu melakukan pemeriksaan lain seperti analisis najis atau ujian darah dan kolonoskopi untuk mengenal pasti masalah dihadapi jika terdapat gejala yang mencurigakan.
IBS membabitkan masalah yang berlaku pada usus besar. Ia bukan sejenis penyakit, namun dikaitkan dengan masalah usus sensitif yang berlaku kepada sesetengah individu. IBS tidak menyebabkan perubahan dalam jangka hayat pesakit dan tidak membabitkan sebarang kepincangan dari segi struktur fizikal seseorang. Pada masa sama, ia juga tidak membabitkan perubahan kekal dari segi fungsi usus. Namun, ia boleh mengakibatkan perubahan besar dari segi kualiti hidup pesakit dan dianggap sebagai masalah yang kronik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum masuk ke gym, terdapat 4 perkara yang perlu anda lakukan terhadap tubuh badan anda.
Antaranya mencapai keseimbangan tubuh badan terlebih dahulu sebelum menggunakan peralatan dalam gym untuk menaikkan otot dan sebagainya.
1. Tekan tubi
Buat tekan tubi sebanyak 20 kali sehari pada peringkat permulaan. Cuba curi-curi masa anda mungkin selepas bangun daripada tidur pada waktu pagi.
2. Bangkit tubi
Sama seperti tekan tubi, buat gerakan ini 20 kali pada peringkat permulaan. Pastikan anda dapat rasa tegang di bahagian perut untuk hasil yang berkesan.
3. Squat jump
Untuk gerakan squat jump pula, buat sebanyak 30 kali. Squat jump dapat menguatkan otot jantung selain melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
4. Pull up
Pull up akan menguji bagaimana anda dapat mengimbangkan tubuh anda selain menunjukkan tubuh anda sudah bersedia untuk mengangkat beban. Buat pull up sekurang-kurangnya sebanyak 10 kali untuk peringkat awal.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengenal konsep rapi diri secara menyeluruh, ia tidak hanya terikat pada formula bagaimana anda menjaga wajah, badan dan rambut semata. Ideanya berkait daripada apa yang boleh dilihat luaran termasuk dalaman. Penjagaan gigi tidak ketinggalan dalam senarai perapian seseorang lelaki. Penting buat anda semua memastikan gigi sentiasa sihat dan bersih sempurna.
KENALI MASALAH UTAMA ORAL
1-Plak dan kalkulus
Merupakan organ oral paling sensitif. Plak merupakan lapisan nipis dengan permukaan sedikit melekit yang mengandungi bakteria- sentiasa terbentuk di dalam mulut. Struktur plak yang lembut mudah dihilangkan dengan memberus menggunakan berus gigi atau flos. Buat pengetahuan anda, bakteria yang wujud pada plak adalah hasil daripada sisa makanan yang melalui satu proses yang dinamakan penguraian bakteria. Keadaan ini membentuk plak dan jika tidak dibersihkan dalam masa 24 jam plak ini akan membentuk menjadi satu kerasan disebabkan enapan garam kalsium dari air liur, akhirnya membentuk kalkulus atau tartar. Cara terbaik menyempurnakan enapan keras ini adalah dengan melakukan proses pengikisan oleh pakar gigi.
2-Periodontal
Selain masalah plak, hal lain yang akan merosakkan penampilan pada gigi anda dikenali sebagai Periodontal. Ia disebabkan pengumpulan bakteria yang tidak dibersihkan tadi. Keadaan seperti gusi bengkak dan berdarah merupakan simptom pada permasalahan yang dinamakan sebagai Gingivitis. Kesan daripada plak yang tidak disingkirkan akan memusnahkan gentian yang memegang gigi dan akhirnya mengakibatkan kerapuhan pada sistem sokongan gigi. Hal ini dikenali sebgai periodonitis yang pasti akan mencacatkan penampilan harian anda.
3-Karies gigi
Merupakan penyakit disebabkan oleh mikrobakteria yang bertidakbalas dengan tisu-tisu gigi keras. Sesetengah bakteria terhasil daripada bahan terbuang karbohidrat yang membentuk asid. Asid ini pula akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang merosakkan penstrukturan gigi yang tidak dirawat.
PENJAGAAN GIGI TERBAIK
Terdapat beberapa cara untuk anda mengekalkan dan memastikan gigi berada dalam keadaan baik. Antara hal yang paling penting adalah cara menggosok itu sendiri. Berikut ikut tip Maskulin buat anda praktikkan.
1-Gerakan membulat – Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi dan gusi mengelilingi permukaan gigi.
2-Gerakan menggetar – pegang berus di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi dan gusi
3-Gerakan menyapu – letakkan berus pada pangkal gigi dan gusi. Sapukan atas ke bawah di bahagian depan dan belakang gigi.
TIP PERLU DIIKUT
1-Penggunaan Flos – ramai mengabaikan penggunaan flos kerana faktor mengambil masa untuk menyudahkannya. Namun perlu anda tahu bahawa penggunaan flos mampu mengeluarkan sisa makanan yang ada di celah-celah gigi dan bahagian lain yang tidak boleh dibersihkan oleh berus biasa. Selain itu, secara umumnya flos juga mampu mengurangkan bau mulut yang diakibatkan bakteria. Ini kerana kaedah memberus hanya mampu bertindak menghilangkan 70% bakteria yang ada dalam mulut, dan kaedah flos mampu mengatasi permasalahan ini.
2-Elak alkohol dan makanan manis- Antara cara lain yang boleh anda amal dan elakkan adalah dengan tidak mengambil bahan makanan atau minuman beralkohol serta makanan yang terlalu manis. Lebihkan pemakanan yang mengandungi kalsium tinggi seperti susu segar, sayuran hijau, ikan salamon, cereal dan makanan yang berasas kacang soya. Manakala kandungan bahan vitamin seperti C dan D mampu membantu menguatkan struktur gigi. D
3-Mengunyah gula-gula getah- Tahukah anda, habit mengunyah gula-gula getah mampu membersihkan sisa makanan setiap kali selepas makan.
4-Berjumpa doktor pakar gigi- Selain itu, jumpalah pakar pergigian bagi mendapatkan rawatan profesional seperti periodontik (cuci), filling (tampalan) atau cabutan bagi gigi yang perlu.
Buat anda yang memiliki tubuh badan dan fizikal yang sihat, larian merupakan antara aktviti senaman yang paling mudah dilakukan.
Sama ada anda berlari di atas permukaan trek, jalan atau di treadmill sekalipun, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada anda.
Jadi apakah perlu kita berlari setiap hari untuk lebih sihat. Ada kajian menunjukkan bahawa seseorang yang berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan kelajuan yang sederhana mampu menjauhkan anda dengan pelbagai ancaman penyakit.
Apakah yang anda akan dapat bila berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan pacing 7 kilometer per jam?
Sekumpulan saintis dari Belanda memberi rekomen kepada setiap individu untuk berlari selama 2.5 jam setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.
Selain itu kelebihan lain yang anda perolehi bila sentiasa berlari ialah;
Jika anda ingin berlari pada setiap hari ada beberapa faktor perlu diberi perhatian. Ini adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan terutamanya di bahagian kaki.
Untuk mengelakkan kecederaan anda boleh ikuti langkah berikut;
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.