Tak ramai yang mampu mengubah arah hidup daripada dunia hiburan kepada dunia akademik. Namun, itulah yang dibuktikan oleh Dr. Diddy Hirdy, atau nama sebenarnya Syamsul Hirdi Muhid.

Beliau yang pernah mencuri perhatian sebagai peserta Akademi Fantasia musim keempat kini memegang peranan penting sebagai tokoh pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Baru-baru ini, dia telah diberi penghormatan menerima Anugerah Penjawat Cemerlang sempena Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti (HIMPU), sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan luar biasa beliau dalam dunia akademik.

Dr. Diddy Hirdy AF4 Terima Anugerah Penjawat Cemerlang UUM

Sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Dr. Diddy bukan sekadar hadir untuk mengajar.

Beliau memainkan peranan penting membentuk karakter dan jati diri mahasiswa UUM, baik dalam kelas mahupun di luar.

Ads

SIMBOLIK KEBERANIAN

Komitmen dan semangatnya jelas apabila beliau sanggup menerima anugerah dalam keadaan berkerusi roda akibat pembedahan kaki. Satu simbolik keberanian dan keteguhan hati seorang pendidik sejati.

Dr. Diddy Hirdy AF4 Terima Anugerah Penjawat Cemerlang UUM

Apa yang lebih menyentuh hati, Dr. Diddy tidak pernah mengimpikan anugerah itu. Dalam satu hantaran Instagram dia berkata, “Saya tak pernah terlintas untuk kejar anugerah, tapi saya percaya bila kita ikhlas bekerja, hasilnya akan datang dengan sendiri.”

Ayat ringkas itu cukup menggambarkan prinsip hidup dan kerendahan hati beliau dalam menjalankan amanah.

Ads

BACA: Pengambilan Gula Sesuai Untuk Lelaki Setiap Hari Mengikut Umur

Pengiktirafan terhadap Dr. Diddy bukan datang dari universiti sahaja. Tokoh industri seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Dr. Soo Wincci dan Zed Zaidi turut tampil mengucapkan tahniah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam dunia akademik.

Dr. Diddy Hirdy AF4 Terima Anugerah Penjawat Cemerlang UUM

Ini membuktikan bahawa kejayaan dalam kerjaya bukan bergantung pada satu bidang semata, tetapi pada nilai dan dedikasi yang dibawa oleh seseorang individu.

Ads

Bagi lelaki moden, kisah Dr. Diddy adalah satu inspirasi ampuh. Kalau anda tengah tercari-cari hala tuju, mungkin ini masa untuk seriuskan diri. Ilmu itu bukan hanya tiket kejayaan, tapi asas untuk jadi lelaki berprinsip dan berpengaruh.

Tahniah Dr. Hirdy, semoga anda terus menjadi isnpirasi buat lelaki yang ingin mengejar kejayaan akademik!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI